Showing posts with label fullhouse. Show all posts
Showing posts with label fullhouse. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Leka Layan DVD Baik Punya

Hi Korang,

Dah 2 minggu dvd ni sampai kat umah but aku still tak de masa nak tengok. So now tengah ada masa coz dah boring sangat tengok tv. Bukak lah dvd ni. Memang baik punya lah. Nak tau dvd apa?

Ermm nie lah...


Apa macam baik tak? Memang lah baik okeh. Memacam info yang kita boleh mengenai EXORA nie. Sebenarnya dvd ini adalah hasil daripada EXORA test drive event bulan april hari tuh. Alah yang aku dengan Mr Big pegi tu lah. Meh sini baca kat sini.

Yea yea ooo kan..

Kena interview

Memang enjoy sangat hari tuh, memacam benda yang aku  baru tahu mengenai EXORA ni. Walaupun dapat test drive sekejap je tapi pengalamannya memang cukup berbaloi lah. Tengoklah gambo2 tu kan.

Anyway thank you again Proton.

Monday, April 25, 2011

Seharian Di Exora VIP Test Drive Day

Hi Korang,
Last weekend ktorg dapat invitation untuk ke Proton Exora VIP Test Drive Day. Ermm itulah cam tak percaya jugak. Actually dah 2 minggu diorg ni call but confirmation last minute plak but dapat jua akhirnya pegi.


Ktorg adalah first couple yang sampai kat Sunway Giza ni. Mr Big kalau bab2 cam nie, dia memang puntual. Tak suke menyusahkan orang katanya. So sesampai je, kene register dulu. Then borak2 kejap dengan staff Proton yang lelain sambil breakfast. Tengah makan2 tu, makin ramai plak yang sampai. Tak sangka plak aku jumpa jugak bloggers yang lelain.


Dalam kul 9.30am cam tu acara dimulakan. Cam biasa ada speech sket dari Proton. Then ada talk about kids safety while travel dan memacam lagi lah.


So acara yang di tunggu iaitu mentest drive Exora lah kan. So every of every couple dapatlah rasa bawak Exora ni kan. Ktorg ditemani dengan host Proton iaitu Nik. Kelakar jugak mamat nie. Ktorg di arahkan untuk drive Exora ni dari Sunway Giza ke Desa Park City untuk acara selanjutnya. Memula bawak partner couple ktorg Si Nafnaf dan hubbynya. So ktorg duk belakang jelah. Bercamwhore bagai. Bila duk belakang ni best betul, rasa luas betul lah. Air-con pun kuat. Tapi disebabkan Si Nafnaf ni kakinya panjang so dia rasa cam tersepit sket lah kaki dia. Then sampai satu area, ktorg diarahkan untuk switch driver. Then mr Big plak yang drive sampai ke tempat yang seterusnya.


 
Ktorg sampai ke Desa Park City. Tempatnya cantik sekali. Kat sini ada 3 activities yang each couple kena buat. Satu susun barang dalam bonet Exora dengan pantas, drive Exora then break secara mengejut dan satu lagi parking Exora dengan tutup mata. Adui yay, dahlah tengah panas tapi ktorg harungi jua lah. Yang paling senang of course lah susun bag tu kan, ktorg dapat tak sampai satu minit pun. Yang paling susah, kena parking Exora tutup mata. Aduh, kena bambu jugak aku dengan Mr Big coz bagi instruction terbalik kan. Sampai tengahari jugak lah kat sana.


On the way balik ke Sunway Giza, aku plak kena drive. Kena mengharung jem teruk area 1 Utama tuh kan, nasib baik Exora ni memang smooth on the road lah. Walaupun Exora ni besau but still aku boleh bawak. Sampai Fullhouse. Apa lagi, makan dulu lah kenyang2. Memang sedap lah makanan kat Fullhouse ni. Dory fillet tu sedap sampai K Red pun sibuk tanya ikan tu ada lagi ke tak kan.

 

Lepas makan, ada sambungan lagi talk pasal personal image dan family financial. Langsung tak de rasa bosan dan sleepy sebab penceramahnya best2. Kaki lawak betul lah. Abis semua talk, diorg collect form untuk kira markah plak. Time nie lah ktorg duk sambung bercamwhore bagai abis semua sudut bergambo lah. Tak lupa jugak ada interview session untuk every couple. Ktorg lagi yg first kena lagi.


 
So acara yang di tunggu2 iaitu prize giving lah. Table ktorg, semua couple memang consolation prize je. Tak perlah janji enjoy kan. Dapat kenal ramai lagi bloggers kan.


Anyway thank you Proton coz bagi ktorg enjoy dengan Exora. Now tengah berkira-kira nak angkat colour merah punya. Boleh eksen sket dengan K Red kan hahahahaha