Showing posts with label branded cosmetic. Show all posts
Showing posts with label branded cosmetic. Show all posts

Friday, May 24, 2013

Mivva Beauty Box May edition : Happy Mother’s Day


Hi Korang,

Bulan May ni kan Mother’s Day.



So Mivva telah pun sediakan barangan kecantikan yang bersesuaian dengan sempena dengan Hari Ibu. Walaupun aku dapat lambat sket but still I love to share it with my mother.

Jom tengok apa yang ada dalam kotak ajaib ni ek


1. Aupres Aqua Sleeping Mask @RM95 (80gm)

Best ni coz sambil kita berehat, kita boleh rileks dengan mask ni. BErbentuk jelly dengan ada tiny beads. Bau harum je bila dipakai dan lembut je kat muka.

Ultimate White Extra Intensive Spot Serum @RM150 (30ml)

Untuk hilangkan bintik hitam dan cerahkan kulit, baunya harum semerbak melekat kat kulit muka


2. Nature’s Lab Antioxidant Body Scrub @76 (250ml)

Dapat hilangkan kotoran degil kat kulit coz ianya mengandungi mineral asli. Baunya macam bau tanah, sedap je.


3. Somang Danahan RGII Premium Ex Deep Wrinkle Line Cream @RM349.90 (35ml)

Menganjalkan kulit muka, memperbaiki garisan kedut-kedut yang dah mula muncul kat muka aku ni.


4. O’slee Rosehip Hydra-White Cleansing Powder @RM49.90 (55gm)

Pembersih muka yang kaya dengan mineral dan hilangkan bintik hitam tanpa keringkan kulit muka. Guna sket air je untuk membersih. Lepas cuci tu muka kelihatan lembut je.


5. Claire Organics Handmade Soap @RM16-RM22 (100g)

Sesuai untuk kulit sensitive sebab ianya handmade soap.


6. Garden of Eden Jojo E Serum @RM39.90 (15ml) & RM63.90 (32ml)

Untuk hilangkan parut dan stretch mark. Aku ada gak parut-parut di bahagian tak nampak so hopefully berkesan.Orang kulit kering dan gatal-gatal memang patut gunalah.



Vouchers dari Skinlab dan Mary Chia

Cash Discount Voucher worth RM20 to be used on Antipodes and NVEY Eco Products and Mary Chia Voucher for 4-in-1 Body Detoxification Therapy worth RM400


Dapat gak special gift sekali, a cute vantage cup.  Comel sangat, tak nak guna but nak simpan boleh isi barang-barang cute kat dalam



Apa yang aku suka dengan MIVVA Beauty Box ni

1. Untung sesangat. Aku rasa total semua sekali dalam RM200++ cam tu, but kalau subscribe baru RM38 per box. Jimat kan

2. Banyak skincare yang aku jarang dengar namanya, so dapat merasa mencuba kan.

3. Dapat kotak cantik dan FREE. Boleh buat simpan sample lagi. Sekarang sudah ada 2 kotak, yeah.



Nak dapatkan kotak cantik nie setiap bulan? Meh ikut instruction kat bawah ni

Subscribe for a month at RM38 each, 
or RM114 for 3 months with 190 points,
or RM228 for 6 months with 570 points.
More information available at www.MIVVA.com

 Facebook: fb.com/MIVVAcom



Memang serious murah lah bagi aku. Barang pun banyak dapat. Saiz kecik-kecik ni senang nak bawak travel. Betul kan. Lagi plak kita boleh try dulu samada barang tu sesuai dengan kulit muka ke tak, kalau sesuai baru beli saiz besar.

Itu je…

Chow..