Showing posts with label bolasepak. Show all posts
Showing posts with label bolasepak. Show all posts

Friday, July 9, 2010

Debaran Perlawanan Akhir Piala Dunia

Hi Korang,

Untuk hilangkan debaran piala dunia akhir yang akan berlangsung ahad nie. Cuba korang layan lawak bola sepak nie.


Hah apa macam hilang tak rasa berdebar tu? Aku berdebar? dah tak de makna langsung. Malas dah aku nak tengok bola lagi. Aku sangat kecewa... huhuhuhuhuhuhuhuhu..

Dahlah pemain idaman hati aku dari German team 'Klose' tu dah sakit belakang plak, camne nak lawan dengan Uruguay nanti ek.

Dah! enough this entry pasal world cup!

p/s: entry tak berapa nak sedih di pagi Jumaat yang indah ini. Sebab apa indah? Sebab aku dapat tulis entry pagi nie tanpa gangguan sesiapa pun... Hebat!

Wednesday, July 7, 2010

Nenek Perkasa - Memang Kelakar

Hi Korang,

Nothing much update. Sebab busy dengan kerja-kerja di opis. Tapi sempat update blog lagi kan. Ala aku dah buat draft bebanyaklah.


Korang perasan tak, lately nie Astro ada tayang citer Nenek Perkasa nie? Sempena musin Piala Dunia nie kan. Aku siap 2-3 kali tengok citer nie. Totally memang kelakar.


Telemovie nie mengisahkan sekumpulan kaum wanita yang mempunyai minat yang sama iaitu bermain bola sepak. Kebetulan kampung mereka mencari pemain bola sepak untuk mewakili kampung mereka nie. So pelbagai suka,duka, gembira dan yang penting aksi2 kelakar dapat ditonton dalam telemovie nie. Yang penting, kapten Nenek perkasa FC iaitu Mak Tom cakap dalam loghat negeri sembilan. Itu yang best tuh.


Nah korang tengok sedutan cerita nie yang aku amik kat Youtube nie. Banyak part sebenarnya. Ini je yang dapat aku jumpa.

Apa macam kelakar kan citer nie? Kalau korang tak sempat nak tengok korang boleh layan youtube nie.Dah ada orang upload  dari mula sampai abis citer nie.

Anyway Selamat Menonton!

p/s : nak tengok citer lain plak kat youtube. Agak2 citer Kiah Pekasam dah ada orang upload ke belum ek?