Showing posts with label bloggers gathering. Show all posts
Showing posts with label bloggers gathering. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

3 Cara Untuk Menang Honda CR-Z Dalam GUARDIAN Customers’ Choice Award 2013

Hi Korang,

Bab-bab contest ni memang aku suka.


Yelah beli barang, isi borang dan hantar. Kemudian tunggu je jawapan menang ke tidak. Senang kan tapi afford dan semangat tu kena kuat sket lah.


So untuk tahun 2013, sekali lagi Guardian mengadakan  Customers‘ Choice Award untuk loyal customers mereka termasuk aku lah tuh. Award ni bertujuan untuk mengenalpasti produk yang manakah menjadi pilihan para pelanggan Guardian di seluruh negara. Para pemenang di pilih berdasarkan 'Vote and Win' contest yang sedang di adakan pada 1hb - 29hb April 2013.


Korang pun boleh join, caranya senang je.

1. Spend minimun RM10.00 dalam single receipt kat memana store Guardian

2. Nanti korang diberikan form dan korang just VOTE produk mana yang menjadi pilihan hati korang mengikut kategori yang dipertandingkan.

3. Dah siap, hantar balik kat Guardian. Itu je.

Senang dan mudah kan.

Hadiah utamanya kereta tuh, Honda CR-Z Hybrid 1.5L (AT). Ada gak hadiah 3D2N Holiday Spa di Mandarin Oriental Hotel, RM5000 Guardian vouchers dan pelbagai lagi.

Best kan! I Iike tau!



So ktorg yang hadir masa PC event ni, dapat merasai sendiri apa yang di namakan Shopping Sprees Challenge. Ktorg kene identified beberapa produk mengikut list yang diberikan dan kena cari produk tu semua dalam masa paling cepat. Masa ini korang boleh tengok bersungguh-sungguh aku berlari ke sana kemari dalam Guardian Sunway Piramid ni mencari barang.


Namun apakan daya, tak dapat jadi yang tercepat tapi dapat goodies yang aku search tadi. Best tuh. So Congrats to Max (photographer) dan amoi (journalist) yang menang tu ek.

Selain dapat gak Guardian vouchers wokeh, boleh shopping lagi.


So korang jangan lupa join tau. Aku ni pun tengah duk sibuk isi form, ada 10 keping nak diisi. Usaha tangga kejayaan, ermm mana tau tak menang kereta dapat shopping vouchers pun jadi lah kan.

Tuesday, March 5, 2013

GAMBAR | Nuffnang 6th Birthday Bash

Hi Korang,

Baru lepas transfer gambo dan buat editing sket.


May I present to you, some of the photos yang sempat Mr Big amik masa event Nuffnang 6th Birthday Bash kat Lust Club, KL.

Dah layan ni cepat..












Ok cukup sampai sini dulu ek

Actually ada banyak lagi tapi tunggu next entry la.

Kepada kengkorang yang mukanya ada dalam gambo yang aku attached ni, sila komen dan bagitau korang yang mana satu dan bagitau sekali URL korang ek.

Maklum memory otak aku dah tahap low dah ni, akibat terhentak motor pergi - balik keje ari ni kan.

boleh tersama plak baju kan

So citer nanti dulu la ek, lagipun korang suka tengok gambar dari membaca kan.

Eh, jangan lupa komen ek




Friday, February 22, 2013

REDMUMMY Bloggers Gathering Lasertag Tournament

Hi Korang,

Dapat gak merasa main lasertag for first time.

Kejadian berlaku ari tu Ahad hari tuh, nasib baik tak de menda nak buat so ktorg joinla event ni coz nak rasa main lasertag ni.


Lepas berjam-jam lepak kat IKEA makan meatballs sorang 15 biji, berjalan kaki je ke Laser Warzone E-Curve dengan harapan lemak-lemak akan turun dan dapat berlari masa tournament tu nanti.



Start lambat sket coz ramai yang lambat, ktorg pun memain scrabble dulu, kekonon nak uji minda sangat time hari cuti ni, semuanya main ayat2 pendek je, kelako


Ok ok start time, of coursela kena briefing dulu. Kemudian bahagikan group ikut meja yang ktorg duduk. So harusla team MAK JEMAH POWER ktorg ada Cik Epal dan Shaheizy Sam, adik beradik food blogger dan Mr Big lah.




Main ikut league, lawan first time kalah dah rasa down sket but lepas kena basuh dengan team kapten yang kecik tapi garang, terus ktorg jadi champion. Dapat medal sorang satu, jadilah for first timer cam aku ni kan.

Perasaan masa mula main lasertag ni.


Kalau menda-menda baru ni, aku memang panik + gabra sket. Nama pun laser kan, so tak kotor langsung baju tapi dalam tu gelap sangat, cuma  ada lampu floursent je, berlaga-laga dengan dinding. Yelah kan mana tau tetiba boleh kena strok ke apa ke wow imaginasi giler siot. Lepas 2 round mood stable sket, so kurang pressurenya, tapi bila masuk semi-final jantung aku dah berdegup kencang dak dup dak dup, kira macam main untuk negara lah, Masa final tu abis-abisan aku bedal, sampai Nurul kata nampak muka K Lily puas menembak orang ek.

Cam tu sekali. Padahal main suka-suka je kan tapi semangat nak menang tu mak ai cam giler lah.

ktorg dengan tokeh lasertag ni..

ketua purplelicious

adik beradikk

kapten ktorg dan assistantnya


Apa-apa pun Thanks to K Red dan Nuffnang coz sudi ajak aku + Mr Big main lasertag ni. Memang seronok, selain dari dapat medal, dapat jugak ktorg keluarkan peluh jantan yang lama tersorok dalam badan ni.



Kengkorang yang rasa nak cuba main lasertag ni, boleh ajak aku ek sebab nak main kena reramai so baru masyuk. Alah RM50 untuk unlimited game apalah sangat kan, siap makan minum lagi tapi kali ni ktorg main FREE la kan mak merah belanje.

Best siot!

Rasa nak repeat balik this weekend.

Jom korang!






Tuesday, February 19, 2013

My Song Playlist For Nuffnang 6th Birthday Bash!



Hi Korang,

Rasanya cam baru je Nuffnang celebrate birthday diorg yang ke 5 last year.

Sekejap sungguh rasanya


Sedar tak sedar diorg dah masuk tahun ke- 6 pun. Now diorg dah sibuk duk invite bloggers ni untuk ke party diorg.


Haruslah aku nak join sekali, last year punya celebration sememangnya dah best, inikan plan untuk tahun ni, mestilah lagi GEMPAK punye!


Senang je cara nak dapatkan invitation, ikut je langkah-langkah yang aku buat ni ek. Aku siap letakkan gambo sekali nak bagi korang paham tau.

1.  Register kat www.deezer.com dengan account FACEBOOK korang


2. Korang create playlist kat tepi sidebar tu dan namakan “NN Stickman’s Birthday”

3. Lepas tu pilih 5 lagu yang korang rasa sesuai untuk dimainkan pada party tu nanti. Kat bawah ni pilihan hati aku lah. Ikut suka koranglah, citarasa kita kan berbeza.


Locked Out Of Heaven Bruno Mars
One More Night Maroon 5
Little Things One Direction
One Swedish House Mafia
Girl On Fire Alicia Keys


Mesti lama pilih lagu tu kan, aku pun dekat 1 jam gak ni duk fikir yang mana sesuai dengan citarasa aku ni

4. Bila dah siap tu, korang bolehlah ‘SHARE’ playlist lagu korang tu di FACEBOOK dan TWITTER.Korang bolehlah tulis message iktu suka hati korang lah kan.

Ini yang aku ‘SHARE’ di FACEBOOK


Ini plak yang aku ‘SHARE’ di TWITTER

5. Apalagi submit je entry korang kat link ni.

Itu aje

Mudah dan senang kan.

Jangan lelambat plak hantar, miss dateline nanti baru tau.


Ada pesanan sket untuk Nuffies,

Dear Nuffies,

Pls pick me ye, sudah lama tak get together with bloggers dan ouls gak tau. Boleh story panjang-panjang kan.



Friday, January 25, 2013

Sepetang Bersama Bicara Mak Dara

Hi Korang,

Seronok betul dapat pi gathering dengan blogger-blogger HOT anjuran Blogger Mak Dara ni. Actually Mak Dara buat majlis ni sempena anniversary blognya yang ke 2 iaitu ‘BICARA MAK DARA’ dan jugak birthday beliau sendiri yang jatuh pada bulan Januari ni gak.

Masa dalam invitation cuma 10 orang blogger esklusif saja yang dijemput tup-tup bila aku sampai lebih 22 orang blogger yang datang tau. Tengok betapa hebatnya penangan Mak Dara ni.


Sesampai je terus Mak Dara bagi tag kat ktorg, even Mr Big pun dapat tag ye. Jangan memain-main. 



Tup-tup dapat goodies sorang satu. Aku dapat set make-up jenama Mak Dara sendiri wokeh dan Mr Big dapat t-shirt. Tak sangka plak Mak Dara dalam proses membina jenama sendiri. Hopefully bloggers boleh bagi support la ye.



Sementara tunggu makan, ktorg kenal-kenal lah dulu. Ye walaupun dah kenal lama kat dalam blog, ada yang first time aku jumpa macam Hafiz dan Dkna tu. Lelain-lelain semua geng-geng biasa cam Yana, Ruby, Nurul, DeqNoor. Ada juga yang baru kenal macam Melastik Bintang dan Farah. Mak Eila Jejari Runcing pun ada.

ini pinggan pertama je tau, belum tengok pinGGan seterusnya

Ok makan sampai walaupun lambat dihidangkan sebab ada miscommunication sket tapi sedap tau. Simple  je menunya tapi mengenyangkan sungguh.

birthday girl dengan cake comelnya

potong  kek time

Tak de aktiviti pun, just borak-borak biasa tapi gathering ni dah gempak. Mana tak nya ktorg ada je menda yang nak di gossipkan. 



Tapi Mak Dara ada buat lucky draw, hah time tu yang best tu riuh rendah dibuatnya kat Rampai Palace tuh.

Ok camwhoring time!








Sebelum balik tuh, apa lagi photo op la dulu. Walaupun tak de photo booth but Mak Dara dah prepare props untuk ktorg bergambar. Best ooo


Terima kasih kepada Mak Dara sekeluarga termasuk anak dara Mak Dara yang comel tuh coz sudi jemput ktorg berdua. Walaupun simple je gatheringnya tapi awesome sangat. Dress code warna putih tu memang terbaik, nampak cam suci murni.


Anyway Selamat Ulangtahun yang Ke 2 kepada Bicara Mak Dara.Com semoga lebih maju dan sukses di masa depan.

Kat bawah ni nama-nama blogger yang join sekali gathering ni ye.



So feel free to check it out apa cerita diorg pasal gathering ni tau.

Meriah sungguh tau!