Showing posts with label best price guarantee. Show all posts
Showing posts with label best price guarantee. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

Hotel DE ART Shah Alam Yang Sangat UNIK

Hi Korang,


Di sebabkan tak de masa nak pi bercuti jauh-jauh so kitaorang ke Shah Alam je.

Alah Shah Alam je, tak de tempat lain ke. Sesekali nak gak merasa jadi orang sini kan, dengar-dengar banyak tempat makan yang best-best.


Nasib baik ada Hotel De Art kat Seksyen 7 ni. So settle hal tempat tidur untuk last weekend.

Ktorang check in lambat sket hari Sabtu tu coz pi hantar kereta tank Mr Big pasang ntah apa menda lah. Aku pun tak tau, sekadar mengikut je.

Dari jauh dah nampak Hotel De Art ni, merupakan shoplot yang di jadikan hotel.






Ini adalah ruangan lobby hotel ni. Nampak elegant sangat. Yelah boutique hotel tuh but more to art. Kira macam korang masuk dalam galeri seni.






Ada 58 bilik yang menampilkan pelbagai gaya bertemakan seni. Ada fairy tales, flowers & nature, movies, cities like Paris dan New York, mystical Egypt, posh Europe dan majestic China dan juga ada lagenda superstar macam Elvis Presley, Michael Jackson, Mickey Mouse, Hello Kitty, eh LADY GAGA pun ada wokeh!! Inilah keistimewaan Hotel De Art ni, lain daripada lain.


Hotel ni jugak mendapat pengiktirafan dari Tripadvisor.com sebagai one of the best hotel.

Bilik ktorang di bangunan sebelah belakang hotel ni. Jalan kaki je senang.



Nak masuk dalam kawasan bangunan ni kalau tak de acess card jangan harap lah dapat masuk, sangat SECURITY. Kira sebarang orang tak boleh naik sesuke hati. Tingkat 1 je bilik kitorang.


Jemputlah masuk ye bilik kitaorang

Inilah dia Bilik 306 - Tudor

Bertemakan zaman Eropah yang elegant, mediecal Tudor Dynasty.
Room Type: Superior Deluxe Room





Kata Mr Big, macam bilik maharaja plak. Semuanya ada emas-emas. Berkilau je dinding bila kena lampu. Akulah maharaja yang datang bersanggah, bengong sungguh lah. hehehehhehehe

eh sempat lagi tuh hahahahaha

Meh tengok lagi apa yang ada dalam bilik Tudor ni ek.


siap ade nescafe 3 in 1 sekali tau


Of course ada LCD TV yang ada ASTRO channel, FREE WiFi, key card canggih dan ada lagi lah.




Bilik airnya sangat bersih, of courselah ada hot shower. Dalam bilik air pun dekorasinya pun hebat gak tau.

Abis, tak de makan ke? ishkkk ada la. 



Walaupun ianya terletak di kawasan shoplot nampak macam tak de restoran kan. 

soda ceria minum petang ari tuh

Jangan bimbang, Hotel De Art menyediakan kupon welcome drinks di Jendela Bali restaurant dan juga kupon sarapan pagi di Hailam Coffee House.

Semuanya kat bawah hotel je. Turun bawah terus pi makan.





Memang sedap nasi lemak di Hailam Kopitiam kat bawah Hotel De Art ni memang sedap. Sambalnya masyuk ooo


Dont worry pasal car park coz melambak-lambak kat depan hotel ni. Pilih yang mana suka. Aku park mengadap bilik, senang-senang nak intai tengok.


Malamnya plak ktorang lepak-lepak kat I-City. La tak kan tak tau plak, glamour tuh tempat ni. Ianya merupakan tempat rekreasi keluarga. Ada memacam kat dalam ni, ada water theme park, trick museum, rumah hantu, red carpet ala tempat makan pun siap siaga di sediakan.


Kalau malam best ke sini coz boleh tengok lampu-lampu kat pokok. Cantik wei.


Selain I-City ada gak tempat-tempat menarik di sekitar Hotel De Art ni macam Bukit Cahaya Sri Alam Agricultural Park, Shah Alam Gallery, Shah Alam Lake Gardens, Sultan Alam Shah Museum dan pelbagai lagi. Dekat gak dengan UiTM Shah Alam (Pintu belakang).

So kalau korang duk tercari-cari tempat untuk berehat di hujung minggu, aku cadangkan ke


Hotel De Art
Lot 3, Jalan kristal AS7/AS,
Seksyen 7, 40100 Shah Alam,
Selangor

Tel : 03-5518 0975 / 76
Fax : 03-5511 1667


lokasinya betul-betul kat simpang 3 traffic light, bersebelahan dengan Tasik


Bagi aku, kalau pihak hotel dapat sediakan TAWARAN HARGA BILIK MURAH time bebudak UiTM ke Unisel konvokesyen lagi menarik sebab hotel ni memang betul-betul dekat dengan university kat sini. Of course diorang mencari tempat untuk menginap sehari dua kan.

Konsep Hotel de ART yang menarik dan harga yang amat berpatutan menjadikannya hotel i-City pilihan pertama semasa mengeksplorasi Shah Alam bersama keluarga.  Untuk maklumat lanjut tentang hotel Shah Alam yang unik ini dan tempahan bilik, sila layari laman web rasmi hotel www.hoteldeart.com.my