Showing posts with label artis Astro. Show all posts
Showing posts with label artis Astro. Show all posts

Saturday, August 16, 2014

Kempen Negaraku Astro #kitasama Menayangkan 48 Rancangan Merdeka

Hi Korang,


Semalam tengahari time lunch sempat pi ASTRO. 

Maklumlah dekat benau dengan office so boleh singgah. Alah tak sampai 5 minit pun. Astro mengadakan kempen untuk National Day 2014 tak lama lagi ni kan.


Sempena Hari Kemerdekaan ke-57 Malaysia, Astro akan menjalankan dua kempen Merdeka yang bermula dari 15 Ogos 2014 hingga 16 September 2014 sebagai tanda penghormatan kepada Malaysia dan semua rakyat Malaysia. Kempen pertama, Negaraku akan mempersembahkan Malaysia melalui 48 program baru di beberapa saluran TV Astro untuk meraikan keindahan dan kepelbagaian negara Malaysia. Kempen Merdeka yang kedua, Kempen Derma Darah #kitasama di seluruh negara yang bertujuan untuk memperkuatkan mesej kami iaitu “Semangat Perpaduan Mengalir dalam Diri Kita”


Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, “Sempena sambutan Merdeka ini, kami akan menjalankan dua kempen. Kempen Negaraku akan menyiarkan 48 program tempatan dan antarabangsa yang baru untuk meraikan kepelbagaian, keunikan, keindahan dan perpaduan Malaysia. Untuk menambahkan lagi elemen keseronokan dalam kempen ini, kongsilah detik-detik kemerdekaan anda bersama kami dengan menggunakan hashtag #kitasama. Pada masa yang sama, kempen derma darah #kitasama ini menekankan kepentingan perpaduan kebangsaan dan sifat tolong-menolong antara rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang”.


Terdapat 48 rancangan baru, antaranya ialah ‘Saloma’ (Astro First, CH480), ‘Selempang Kuning’ dan ‘Kerana Anggun’ (Astro PRIMA, CH105), ‘Sambanthan’ (Vaanavil, CH201) dan ‘Family GO CUTI’ (Astro AEC, CH301), ‘Jiwa dan Ragaku’ (Astro Arena, CH801), ‘Oh My English!: 1957 Merdeka Part 1 dan 2’ (Astro TVIQ, CH610), dan banyak lagi.


Kepelbagaian dan kebudayaan Malaysia juga akan menjadi fokus kali ini dalam saluran TV antarabangsa Astro dengan rancangan-rancangan utama seperti ‘Ride & Seek: Borneo’ (HISTORY, CH555), ‘Jonathan Phang’s Gourmet Trains’ (AFC, CH703), ‘Time Capsule Malaysia’ (HISTORY, CH555), ‘Malaysia Street Food Circus with Makansutra’ (TLC, CH707), ‘Megastructures: The Penang 2nd Bridge’ (National Geographic Channel, CH553), ‘KL Enforcers’ (CI, CH732) dan ‘Eye on Malaysia: Malaysia’s Best Teachers’ (Discovery, CH551).


Dato’ Dr Faraizah Bt Dato’ Abd Karim, Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana menjemput kami untuk menjadi sebahagian daripada kempen derma darah #kitasama. Kempen ini juga disokong oleh sekumpulan artis yang boleh meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kempen ini. Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk menggalakkan lebih banyak rakyat Malaysia untuk menderma darah kepada Pusat Darah Negara kerana hanya terdapat 2.5% daripada rakyat Malaysia yang menjadi penderma.”




Bakat-bakat dan artis Astro telah meluangkan masa untuk menyertai kempen derma darah #kitasama. Sarimah Ibrahim dari MIX FM, Radio Astro menyatakan bahawa, “Kempen derma darah #kitasama ini bertujuan untuk menyampaikan mesej penting bahawa walaupun kita mungkin berbeza dalam pelbagai aspek, tetapi akhirnya, kita semua sama sahaja dan dapat bersatu padu sebagai satu negara. Saya berasa amat bangga menjadi sebahagian daripada kempen yang menggariskan kepentingan perpaduan negara.” 


Kempen derma darah ini akan diadakan di 8 negeri termasuklah Malaysia Timur untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya menderma darah kepada Pusat Darah Negara Malaysia. Orang ramai dijemput untuk menyertai kempen derma darah ini di:

· KSL City Mall, JB (15 dan 16 Ogos), 

· East Coast Mall, Kuantan and Greentown Mall, Ipoh (23 dan 24 Ogos), 

· Cheras Leisure Mall, Klang Valley (30 dan 31 Ogos), 

· Stadium Sultan Mizan, Planet Gempak Kuala Terengganu (5 dan 6 September), 

· Prangin Mall, Penang and Centerpoint, Kota Kinabalu (13 dan 14 September), and 

· Plaza Merdeka, Kuching (16 September).


Para penonton boleh melayari www.astro.com.my/Negaraku untuk mendapatkan jadual rancangan Merdeka dan juga maklumat lokasi kempen derma darah #kitasama