Showing posts with label accomodation review. Show all posts
Showing posts with label accomodation review. Show all posts

Saturday, February 22, 2014

Vistana Titiwangsa Kuala Lumpur Hotel Berwajah Baru


Hi Korang,

Pernah dengar tak hotel ni? ermm nama cam familiar kan but betul ke tidak ek


Itulah masa aku memula perasan nama hotel ni. Rupanya Hotel Vistana KL yang terletak betul-betul dekat area Pekeliling tuh di beri nafas baru. 

Ooo revamped balik la ye.


Once aku masuk je ke ruangan lobby hotel ni, rasa cam lain betul. Dah tak de design lobby hotel dulu lagi semuanya bertukar corak. Itu belum tengok area lain lagi ek


Pelancaran penjenamaan semula telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, bersama-sama dengan Pengarah Urusan YTL Corporation, Tan sri Dato 'Dr Francis Yeoh Sock Ping. 


Tagline Vistana jenama baru ialah 'Vibrance, Verve and Value' yang menjanjikan suasana yang moden dan selesa ditambah pula dengan perkhidmatan yang lebih baik dengan tawaran harga yang kompetitif.

HUB 247

Cafe

Gym

Sekarang ada ada kemudahan free WiFi di seluruh hotel, ada HUB 247 yang membolehkan para tetamu melayari internet dan business solution dan juga Cafe yang menyediakan pelbagai jenis makan baik breakfast, lunch dan dinner.

Meh tengok bilik hotel plak ek

Executive Deluxe Room RM300+

produk 'Mangosteen' keluaran YTL sendiri

Executive Suite RM500+

katil king tau

Lokasi Vistana hotel ni, bagi aku memang best sebab sekeliling kawasan hotel ni memang banyak public transport macam hentian putra, station monorel, station LRT. Semuanya walking distance je.

Mari berenang sepuasnya..

Korang bolehlah ke sini


Vistana Titiwangsa Kuala Lumpur
9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, 
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 4042 8000 
Fax: +60 3 4041 1400 
Email: viskl@ytlhotels.com.my 

GPS: N 03° 17' 45.39" E 101° 69' 56.2" 

Sekali sekala chil-chil di KL masa weekend apa salahnya kan. Seronok apa, travel by public transport kan.

Ermm, may be one day kot