Hi Korang, 
IJM Land Berhad dan rakan kerjasamanya, FCW Holdings Berhad, pemaju bersama Savio telah menganjurkan sebuah majlis yang cukup meriah pada hari ini di bum bung bangunan   tersebut   bagi  meraikan   penyiapan   kerangka   bangunan   Savio   "Multi   Generational" Suites.  Terletak  di  kawasan  Segambut  yang  pesat  membangun,   Savio  merupakan  pembangunan pertama daripada tiga fasa pembinaan  Riana Dutamas, sebuah menara 37 tingkat yang memiliki nilai pembangunan  kasar RM565 juta. 
Sehingga  ke hari ini,  ia telah  mencatat kadar  pengambilan  90%. Dengan  harga  mampu  milik,  lokasi,  pengangkutan  terbaik  dan proposisi  nilai,  tidak hairanlah  jika projek ini  berjaya  menarik minat dari  pembeli  rumah serta  pelabur hartanah.  Pembinaan  1,018  unit Savio yang dijangka siap pada 2021 itu kini mengikut jadual.
Kak lily berkesempatan ke majlis ‘Topping Up’ tersebut bersama-sama rakan media yang lelain ye, of courselah seronok kami dapat menaiki ke bahagian ‘roof top’ bangunan Savio ini. Bukan senang bagi orang-orang seperti kami menjelajahi hampir ke seluruh kawasan pembinaan Savio ini. 
"Kami sangat teruja untuk mencatat pencapaian ini dengan pembangunan  Savio yang bermula sejak Januari 2018. Selari dengan komitmen dan rangka masa, kami berjaya menyiapkan kerja-kerja struktur Savio sehingga  ke tingkat yang teratas dalam tempoh  19 bu Ian.  Perkembangan  projek yang positif ini disumbang oleh kerjasama rapat di antara pasukan IJM Land dan FCW Holdings. Bersamping dengan rakan kami Setiakon Builders yang bertungkus-lumus untuk membawa  kami hingga ke ta hap ini," kata Pengarah  Urusan  IJM  Land  Berhad,  Encik Edward Chong.
Turut  hadir di  majlis  meriah  ini  ialah  Ketua  Pegawai  Eksekutif UM  Corporation  Berhad,  Dato'  Soam Heng Choon; Pengerusi FCW Holdings Berhad, Tan Sri Robert Tan; Pengarah Ekskutif FCW Holdings Berhad, Dato' Anderson Thor Poh Seng dan Pengarah Urusan Setiakon  Builders Sdn.  Bhd.,  Dato' Kuan Ah Hock. 
Terletak di lokasi strategik iaitu di tengah-tengah segi tiga Emas Kiara Utara, Savio mempunyai  akses melalui  banyak jalan  dan  lebuh  raya berdekatan.  lni termasuklah  Lebuh  Raya  DUKE,  Lebuh  Raya SPRINT, Lebuh Raya PLUS, Lebuh Raya NKVE, Jalan Segambut dan Jalan Kuching, sekali gus menjadikan kawasan ini mudah  diakses dari lokasi lain di Lembah Klang. Kemudahan tersebut ditingkatkan lagi menerusi ruang pejalan kaki ke Stesen  KTM Segambut yang menghubungkannya dengan KL Sentral. 
Direka agar bersesuaian dengan setiap generasi pembeli  rumah,  dari pembeli  rumah  kali pertama hingga pembeli matang, pembeli individu hinggalah multi-generasi, pelabur novis dan berpengalaman, Savio merupakan  realiti terbaik tentang hidup,  bekerja dan bermain  di kawasan bandar.   Bukan  itu sahaja, IJM  Land  dan FCW  Holdings juga berjaya  memastikan  pembangunan  ini  mampu dimiliki.  Pada  masa yang sama ia juga memenuhi  impian  setiap  lapisan  pembeli - terutamanya  pembeli  rumah  pertama dan golongan profesional muda.
"Riana  Dutamas  adalah  ikon  daripada  kerjasama  kami  yang  membolehkan  kumpulan  IJM  Land bersama-sama rakan kerjasama kami, membangunkan  kawasan Segambut. Selain menambah  nilai ke atas  landskap  Segambut  dengan  menawarkan  kediaman  yang  mampu  milik,  praktikal  dan  selesa bersama kemudahannya  sendiri dalam satu lokasi yang tidak dapat ditandingi dari segi pengangkutan dan kemudahan-  kemudahannya.  Dengan  pembangunan Savio, kami yakin ia akan meningkatkan lagi aspek   kepelbagaian  kawasan ini.  Sekali  gus mencipta  satu  gaya hidup  yang lebih  holistik  kepada penduduk dari pelbagai generasi," jelas Dato' Anderson mengenai masa depan Segambut.
The Directors of 368 Segambut Sdn Bhd and Setiakon Builders Sdn Bhd on site at Riana Dutamas.
(Left to right) Dato' Kuan Ah Hock, Mr. Edward Chong Sin Kiat, Dato' Anderson Thor Poh Seng, Tan Sri Robert Tan Hua Choon, Dato' Soam Heng Choon, Mr. Foh Meng Wha, Mr. Tan Tong Kwee
"Kami sangat gembira  dengan jumlah  jualan  Savio  dan ia  menjadi  bukti terhadap  nilai  serta  potensi projek ini.  Melihat kepada  kadar pengambilan hingga  ke hari ini,  kami menjangkakan  Riana  Dutamas mampu meningkatkan pemintaan ke atas hartanah kediaman di Segambut," kata Encik Edward. 
Pembangunan itu dikelilingi oleh kejiranan terkenal seperti  KL Metropolis,  Bukit Tunku, Mont'  Kiara, Sri Hartamas dan Dutamas. Demi memenuhi  impian seluruh rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman sendiri, Riana Dutamas menawarkan lebih daripada sekadar hubungan yang rapat dengan rakan-rakan dan keluarga.  Malah, ia  menawarkan satu gaya hidup yang  menggabungkan  aspek  kerja,  hidup dan bermain secara harmoni, seterusnya membolehkan anda untuk tinggal hampir dengan tempat kerja. 
Kejiranan  ini  memang  ideal  untuk  mereka  yang ingin tinggal dekat dan gemar  berada  berhampiran dengan   pusat   bandar,   lokasi-lokasi   popular  dan  kemudahan-kemudahan   di   bandaraya   demi memenuhi  keperluan penduduk  dari semua aspek. lni merangkumi institusi  pendidikan yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa hingga ke ruang-ruang gaya hidup.
Kemudahan-kemudahan   berdekatan   termasuklah   pusat   membeli-belah  seperti   Publika,   Hartamas  Shopping Centre, Sunway Putra Mall, Suria KLCC dan Pavilion. Pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sejauh 7km.
Pembangunan yang  padat  dengan  kemudahan   ini  disasarkan   kepada  individu,   keluarga   muda, golongan  profesional, mereka yang baru berkahwin dan ibu bapa yang anak mereka sudahpun tidak tinggal bersama. la menawarkan beberapa jenis susun atur bermula dari unit pangsapuri satu hingga tiga  bilik  tidur  dengan  keluasan 653  hingga  1,177  kaki  persegi  bagi  memenuhi   keperluan  setiap peringkat kehidupan.
Kemudahan yang ada termasuklah kolam renang infiniti, taman berlandskap lengkap bersama "cabana", bilik gim, dek "lounge", ruang jakuzi, gelanggang futsal dan dewan serbaguna. Savio juga menyediakan kemudahan lot parkir berbumbung bertingkat dan rondaan keselamatan sepanjang masa.
Kemudahan yang ada termasuklah kolam renang infiniti, taman berlandskap lengkap bersama "cabana", bilik gim, dek "lounge", ruang jakuzi, gelanggang futsal dan dewan serbaguna. Savio juga menyediakan kemudahan lot parkir berbumbung bertingkat dan rondaan keselamatan sepanjang masa.
Riana  Dutamas  ialah  sebuah  pembangunan  bersepadu  bercampur di atas sekeping tanah  pegangan bebas seluas  16  ekar  di Segambut  yang  pesat  membangun.   la  terdiri  daripada  enam  buah  blok kediaman servis, ruang pejabat dan kedai. Keseluruhan GDV projek ini adalah sekitar RM1.5 bilion. 
Untuk  maklumat  lanjut  mengenai Savio  @ Riana  Dutamas,  kunjungi  Galeri Jualan  Riana  Dutamas di 
Jalan Segambut atau layari laman web: www.rianadutamas.com 
#SAVIORianaDutamas 
#TheAXISofDream 
#IJMLand 
#FCWHoldings 



