Showing posts with label Tech Blogger. Show all posts
Showing posts with label Tech Blogger. Show all posts

Wednesday, October 30, 2013

My WD Passport Slim

Hi Korang,

Kita-kita blogger ni kalau citer pasal camwhoring bukan main lagi kan.


Pose sana pose sini, lepas tu mestilah heboh nak simpan gambar tu kan mana plak. Kalau dalam laptop, tak ke berat nanti laptop korang loading kan.

Kenalah cari hard disk.


Pilihan hati aku harus lah hard disk yang berkapasiti tinggi. Sekali pi event amik gambo kekadang sampai 1gB. Kena 10 event, amik ko mana nak di sumbatkan.


Bila Western Digital (WD) duk war-warkan yang hard disk My Passport Slim yang aku rasa amat nipis sungguh ni dengan kemampuan 1 TB dan 2 TB, macam nak angkat satu plak kan. Ianya metal case dan 256-bit hardware-based encryption. Ada disertakan juga WD smartware pro data protection yang membolehkan pengguna menyimpan data di dalam My Passport Slim dan juga di account DROPBOX mereka.


Maknanya save sekali 2 tempat gituh.

Ada 2 kapasiti iaitu


1 TB - 4.33 x 3.14 x 0.48 - inches
2 TB - 4.33 x 3.14 x 0.7 - inches


Dengan saiz sebegini, korang boleh bawak kemana saje tanpa nak kisah samaada berat ke besar ke kan.



In terms of harga plak, 1 TB dalam RM309.00 dan 2 TB dalam RM489.00. Alah bukan kena keluar duit setiap kali korang nak save data kan. Lagipun duit blogging korang kan banyak, apa gunanya.


Boleh lah angkat satu kan.

Monday, March 5, 2012

Super Blogger Di Digi Fandroid Day


Hi Korang,

Dapat lagi invitation dari Nuffnang untuk ke DiGi Fandroid Day di D’House Digi HQ kat Subang Hi-Tech. Di sebabkan aku tak tau langsung nak ke sana, so aku dah upah GPS bergerak + bercakap blogger Putra87 untuk convoi dari Putrajaya. Hah cam cam sekali okeh.




Sesampai je, dah ada blogger lain yang tiba seperti Madammondoq, Jejai, Adameben,Uzair,  Isscac, Jackei dan Ben. So apa lagi bercamwhore kejap sebelum breakfast. The tarik sangat terbaik dan jugak  karipap, banyak jugak aku sapu kan.



Sementara menanti tetamu agung yang lelain (blogger yang lambat) ktorg sempatlah pi usha segala jenis smartphone yang ada kat situ. Semuanya Samsung, SII lah, Nexus lah, Note lah and ntah apa jenis aku pun tak tau lah.  Bergambar jugak lagi dengan diorg ni. Seronok.


Then acara pun di mulakan dengan MC Mark. Kata dia kene warming up dulu sebelum dengar talk. So ktorg dibahagikan into 5 group untuk main Ninja Fruits. Hah ko dah lah tak tau apa tuh Ninja Fruits then main plak dengan Samsung Tab 7.7 tak ke tergagap di situ. Terbahak-bahak bebudak ni gelak2 team yang kalah termasuk team aku kan. Hehehehehe memang kelakar.


So ktorg di perkenalkan dengan 3 speaker which is Mr Su Lin from DiGi memperkatakan tentang ‘DiGi Network for Future’ then ada Mr James Yeang  dan Google Malaysia menceritakan tentang function terbaru Google dalam Samsung Nexus dan akhir sekali Mr Leonard Kee from Samsung Malaysia yang menunjukkan phone or tablet yang terbaik masa kini. 

Semua details yang speaker ni cakap aku tak berapa nak faham so agak payah nak citer dengan korang but Tech Blogger ada sekali dalam session ni bersungguh-sungguh menanyakan soalan-soalan yang menggunakan IT Term/jargon yang buat aku kagum lah. Maklumlah mak kan buta IT sket noks.


Abis je speaker ni citer-citer dengan ktorg, sekali lagi MC Marks bagi peluang kat ktorg melawat DiGi HQ ni. Woi beso ooo penat gak jalan, naik tangga turun tangga, masuk sana sini, sempat jugak tengok cam ne DiGi Customer Service beroperasi. Gerekk seh, ada mesin urut untuk hilangkan stress diorg ni.


Bila dah penat jalan tuh, trus je meluru kat tempat lunch yang dah disediakan. Walaupun simple but sedap especially udang goreng tepung tuh, krang krung aku bedal sambil borak-borak dengan diorg nie. Amik-amik gambo bagai kan.


Memang banyak info dan ilmu yang aku belajar dalam event ni. Memang yang pelik-pelik mengenai technology akan datang pun aku dah tau dah.


Congrats ti Nisa Kay sebab dapat Samsung SII dalam tweet contest masa event berlangsung. Aku? just dapat pegang je.. khakahkahka


Anyway thanks to DiGi dan Nuffnang for this great invitation. Sangat best walaupun tak dapat goodies bag but ilmu yang dibagi tuh terbaekk ooo

CLP notes : Dah terasa cam auntie-auntie dah coz tak pandai IT kan. Kata Mr Big auntie with tablet yang ada FB dan tweet2 je.. Sedey oooo

Gambo cilok kat blog NisaKay dan Issac Tan. Thks guys.