Showing posts with label Sungei Wang Plaza. Show all posts
Showing posts with label Sungei Wang Plaza. Show all posts

Saturday, December 7, 2019

Jom Jumpa Di Sungei Wang Kuala Lumpur

Hi Korang, 

Seriously lama betul kak lily tak ke Sungai Wang ni. 

Sejak diorang buat major construction kat sebahagian bangunan ni langsung tak ke sini lagi sehingga minggu lepas kengkawan kak lily ajak ke mari sempena Jom Jumpa 


Wah apa Jom Jumpe ni ek? 

Kalau korang nak tau yang Jom Jumpe ni terletak di pusat membeli belah, ruang yang telah direka khas oleh Urban Architect Co. Ltd yang pernah memenangi 'Bangkok's Award'. Rekaan yang menampilkan ciri-ciri moden dan terkini dengan menampilkan permukaan emas berkilat (glistening gold facade). Pembinaan yang mengambil masa 16 bulan ini ternyata memberi nafas baru yang lebih segar dan menarik.


Dengan tagline 'Live out Loud' Jumpa@Sungei Wang menawarkan pelbagai barangan jualan, makanan dan minuman serta tempat hiburan keluarga di pusat kawasan pelancongan bandar Bukit Bintang. Terdapat lebih dari 100 kedai yang terletak di dalam bangunan 6 tingkat ini. Apa yang menarik di setiap tingkat menawarkan ruang yang luas sekaligus memberikan keselesaan kepada pengunjung. 

Bila keluar dengan kengkawan ni of courselah kitaorang akan hang out di area Instagrammable Spots ni hah untuk apa lagi, bergambarlah kan kan kannn 



I like it tau!! 

Antara ruang unik yang boleh didapati di Jumpa@Sungei Wang adalah seperti:- 

The Little Asia Market 

Memberi suntikan warisan budaya Peranakan terutama dari segi dekorasi, 'printed tiles' di setiap sudut ruangan. Korang kena datang dan tengok sendiri 

The Main Creative Hub 

Ruangan yang menempatkan pelbagai barangan seni, kraft dan cenderahati. Di mana kita akan lihat sendiri karya anak seni tempatan yang mengambil bahagian dipaparkan di sini. 

Urban Street 

Ruangan yang menawarkan pelbagai produk dan barangan khas untuk anak muda atau mereka yang berjiwa muda, keh. Seperti koleksi pakaian dan kasut rekaan esklusif edisi terhad. 






Antara jenama di Urban Street yang korang boleh jumpa seperti TAKA ORIGINAL, VLONE, Outcast Store, RevengeXStorm, UMAMIISM, Sicko dan pelbagai lagi. 

Kalau korang nak cari barangan yang memenuhi gaya hidup terkini dan sukan, bolehlah terjah outlet Anta, Puma, Skechers dan Outside. 






Terdapat banyak pilihan barangan seperti pakaian, aksesori dan 'adrenaline junkies'. Jika korang juga biasa dengan produk atas talian seperti jenama Love Bonito, all together, alongside, Red's Revenge, Boundlezz dan pelbagai lagi, jangan lupa untuk datang dan dapatkan produk mereka di sini. 

Of courselah kedai-kedai makan pun awesome jugak wei 




Korang boleh cuba sendiri makanan daripada Do Do Dim Sum & Bowls, mee yang enak daripada Restoran Yi Poh daripada Seremban, ayam goreng sedap di Torisho (pemenang anugerah - deep fried chicken)/ serta hidangan makanan Sarawak di SRK Noodle House. 

MINNATURE 

Antara tarikan lain di sini adalah seperti MinNature (Mini Stories of Malaysia) 


Di sini kita boleh lihat replika mini yang sangat cantik yang memaparkan kawasan/daerah/negeri di Malaysia. Dengan keluasan 12,000 kaki persegi, MinNature Malaysia merupakan pameran indoor 3 dimensi (diorama) yang terbesar di Asia. 





Paling mengujakan ianya memaparkan tentang budaya, sejarah dan senibina Malaysia. MinNature dijangka akan dibuka untuk pengunjung pada tahun hadapan. 

BEAST PARK

Bagi mereka yang meminati cabaran dan gemarkan sukan ekstrem bolehlah ke tingkat paling atas iaitu di Beast Park. 


Pusat sukan dan hiburan indoor yang menawarkan aktiviti untuk semua peringkat umur ini mengambil konsep Camp5 yang mengandungi climbing gym, taman permainan Beast Junior, parkour dan ninja course, Program Latihan Akademi Beast, Beast Net Floating Nets dan Artisan Roast Cafe. 




Sesuai untuk mereka yang pertama kali menyertai (beginner), biasa dan amatur. Harga tiket adalah bermula dari serendah RM19 sehingga RM55 sahaja. Bergantung jenis permainan dan pakej yang dipilih.


Artisan Roast Cafe, sesiapa sahaja boleh datang dan menikmati hidangan kopi hebat di sini. Ada juga disediakan pencuci mulut seperti kek dan biskut.

Oh ya Beast Park akan mula beroperasi pada 7 Disember 2019. 

Di tingkat yang sama juga akan dibuka Emperor Cinemas, pawagam yang akan mula dibuka pada tahun 2020. Saya difahamkan deko pawagam ini memang ohsem dengan mengambil ciri-ciri rekaan unik dari budaya dan tradisi negara China dan Hong Kong. Dan Emperor Cinemas Jumpa@Sungei Wang merupakan yang pertama dibuka di Asia. 

Apa lagi jom jumpe!!

nak shopping boleh

nak makan boleh

segala-galanya boleh di Jom Jumpe


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Instagram : 



#JomJumpa