Showing posts with label Sinopsis Filem. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis Filem. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

FIlem #66 - Filem Aksi Dari Indonesia Kini Di Malaysia

Hi Korang,


Nak citer pasal Filem istimewa di bawakan khas dari Indonesia ni ye..


Filem #66 terbitan Creative Motion Pictures bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 November ini serentak dengan di Indonesia. Diantara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Asun Mawardi, Donita, Yayu AW Unru, Franki Darmawan, Erwin ST Bagindo, Ali Syehan,Fandy Christian, Djaitov Tigor, Hendra Louis, Joshua D Pandelaki dan Ricardo Silenzie.

JUDUL FILM: #66

SUTRADARA : ASUN MAWARDI 

DURASI: 116 MINUTES

GENRE: ACTION/MARTIAL ARTS

PEMAIN: : Asun Mawardi, Donita, Yayu AW Unru, Franki Darmawan, Erwin ST Bagindo, Ali Syehan,Fandy Christian, Djaitov Tigor, Hendra Louis, , Joshua D Pandelaki, Ricardo Silenzie

SINOPSIS


#66 (Asun Mawardi) adalah seorang pembunuh bayaran yang ditugaskan membunuh seorang informan polisi untuk melindungi sebuah organisasi kriminal, tetapi Ia kabur dengan uang bayarannya ke luar kota, tanpa menyelesaikan tugasnya. Karena dia ingin meninggalkan kehidupan kriminalnya.

#66 memutuskan untuk kembali ke rumahnya, tapi Ia tidak diterima oleh keluarga karena selama ini dia menghilang tanpa ada kabar berita dan membuat keluarganya kecewa. Dan #66 memutuskan bekerja sebagai supir dan pengawal pribadi gadis cantik bernama Fara (Donita) yang ternyata adalah anak dari kepala organisasi kriminal.






Berniat ingin keluar dari masa lalunya kini #66 terperangkap lagi di dunia kriminal. Semakin ia mengetahui tentang keluarga Fara, semakin terbukti bahwa mereka bekerja untuk para kriminal dan adiknya Ari (Ricardo Silenzie) menjadi pengantar narkoba. Mereka berdua terseret semakin jauh karena ditugaskan menghancurkan sarang narkoba dan membunuh geng musuh.

#66 berusaha untuk berdamai dengan masa lalunya, kegagalannya, dan membangun kembali hubungan dengan ayah dan adiknya. 

#66 dihadapkan pada pilihan untuk tetap loyal dengan pekerjaannya atau melindungi keluarganya. 



Apa lagi jom serang panggung, ermmm sekarang jugak!!!







Thursday, May 31, 2012

Sinopsis Filem Man Sewel Datang KL

Hi KoranG,

Sinopsis Filem Man Sewel Datang KL | Osman/Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.




Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.




Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.



Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.




Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah. Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.
TRAILER FILEM MAN SEWEL DATANG KL

Barisan Pelakon Man Sewel Datang KL | Shuib Sepah, Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rafidah Ibrahim, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam & Chef Yang Jamil.