Showing posts with label Program “Summer School 2018”. Show all posts
Showing posts with label Program “Summer School 2018”. Show all posts

Thursday, April 12, 2018

Program “Summer School 2018” Anjuran UiTM Melaka

Hi Korang,


Buat julung kalinya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka akan menganjurkan Program “Summer School” yang bertemakan Media, Arts, Culture in the City: Exploring the Dynamics of Melaka, Malaysia World Heritage City 2018 (MACC 2018). 


Program yang akan berlangsung bermula 30 Julai 2018 sehingga 3 Ogos 2018 ini bertujuan memberi peluang kepada para peserta meneroka Bandaraya Melaka yang diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2008.



Berkonsepkan experiential learning atau pembelajaran berasaskan pengalaman, para peserta MACC 2018 akan didedahkan dengan keunikan budaya dan cara hidup pelbagai lapisan masyarakat di Melaka melalui aktiviti-aktiviti berbentuk lawatan, games, aktiviti rekreasi, syarahan, tutorial dan lain-lain. 

Antara tumpuan utama MACC 2018 adalah pendedahan budaya dan sejarah Bandaraya Melaka melalui perspektif media baharu. Peserta MACC 2018 turut berpeluang melihat dan merasai sendiri keunikan budaya dan kesenian di sekitar Bandar Melaka. 



MACC 2018 juga mensasarkan penyertaan khususnya di kalangan mahasiswa/mahasiswi luar negara. Dengan kadar bayaran yuran sebanyak US$380, para peserta MACC 2018 juga berpeluang untuk bertukar pendapat dan pandangan mereka dari latar belakang pendidikan yang berbeza, mahupun di peringkat diploma ataupun ijazah sarjana muda. 

Penyertaan MACC 2018 dibuka sekarang sehingga 29 Jun 2018 di laman sesawang http://summerschool.uitm.edu.my/

Jom LIKE dan FOLLOW MACC 2018 seperti berikut :

Facebook:

Twitter:

Instagram: