Showing posts with label Nestle Natural Set Yogurt. Show all posts
Showing posts with label Nestle Natural Set Yogurt. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

Nak Masuk Contest Nestle #BlissSweep Supaya Dapat Shopping FREE


Hi Korang,

Aku memang suka minum Nestle Yogurt drink ni. 

Senantiasa ada je stok dalam fridge, la bukan apa kalau malas nak sangat nak buat air sedap jawabnya togak jelah botol ni.

balik keje, mesti singgah shopping dulu jap

Flavour yang aku suka adalah mango, blackcurrent, strawberries, tropical fruit dan kesemuanya lah. Bukan setakat sedap malah bagus untuk sistem perkumuhan perut kan, lazat dan menyihatkan.


Eh ada lagi, selain daripada Nestle yogurt drink, aku suka jugak yogurt yang pelbagai perisa tuh. Kalau malas nak masak dinner, makan jelah yogurt tuh. Mr Big pun suka gak


Bila Nestle buat Nestle Bliss Supermarket Sweep Contest ni terus aku terkinja-kinja di buatnya. Ye lah korang, sangat sangat sangat mudah nak join #BlissSweep contest. 


Ok mudah kan.





Ini plak rangkaian produk Nestle Bliss yang korang boleh hantar borang penyertaan sebanyak mungkin. Ada Nestle Natural Set Yogurt, Nestle Bliss Yogurt Drink, Nestle Smooth & Fruity Yogurt, Nestle Greek Yogurt, Nestle Fat Free Yogurt, tengok jer gambar tuh so dah tau lah ek.

So korang boleh start cari dan beli barang barang ni dan join terus contest mudah ni.

Lagi banyak korang beli, lagi banyak peluang nak menang tuh tau. Jangan beli-beli tapi tak hantar plak.

Nestle Bliss Supermarket Sweep Contest ni bermula dari 1hb Mei 2014 hingga 9hb Julai 2014. Ada lebih 100 pemenang Grand Prize untuk 8 minit of FREE SHOPPING yang bernilai sehingg RM500K ye. 


Cuba bayangkan kalau aku yang jadi salah sorang pemenang Grand Prize tuh. Erm memacam boleh beli dalam masa 8 minit kan. 


Untuk nak tau lebih lanjut lagi pasal #BlissSweep contest ni, meh layari Nestle Bliss Facebook Page https://www.facebook.com/NestleBliss



Thursday, December 12, 2013

Si Jagung Manis Berperisa Nestle Natural Set Yogurt

Hi Korang,


Bila ada entry yang membabitkan resipi dan produk memang agak payah sket.

Mana tak nya, aku kena berfikir dekat seminggu untuk decide apa nak buat dengan produk ni.


Bebaru ni, dapat plak produk Nestle Natural Set Yogurt untuk di jadikan resipi dalam masakan aku. Berpeluh jugak ketiak, walaupun ramai orang cakap alah kacangnya, boleh campur kat semua masakan je.

Ewah-wah kemain sedap lagi korang kan. Pening-pening kepala aku memikirkannya tau.

So malas nak masak yang berat-berat, aku buat sesimple yang boleh ek


Memula sediakan barang-barang dulu. Pi beli kat Giant The Mines hari tuh. RM5.79 je, murah.



Pilih dulu jagung yang berkenan dek hati, tak kisahlah apa brand pun jadi jagung lah.

Inilah dia resipi

Si Jagung Manis Berperisa Nestle Yogurt.

Bahan-bahan:-


Jagung yang telah pun direbus tanpa letak apa-apa perasa ye


2-3 sudu Nestle Natural Set Yogurt

Caranya:-

Mudah benar. Lepas je jagung tu direbus, korang sejukkan seketika. Alah janganlah sejuk sangat dalam 5 minit cam tuh.




Kemudian masukkan Nestle yogurt tu ke dalam mangkuk jagung rebus tadi. Gaul hingga sebati, lepas tu bedal lah.

Sekejap betul.


Modal nak buat ni tak sampai pun RM15.00 tau, setakat nak beli yogurt dan jagung frozen je. Masak pun sekejap je, rebus jagung pun bukannya lama cam rebus daging kan.

Ok sebab apa Nestle Natural Set Yogurt ni baik untuk kesihatan kita, meh baca kat bawah ni.

Khasiat Nestle Natural Set Yogurt

1. Rendah lemak

2. Tiada gula tambahan

3. Mengandungi kalsium

4. Tiada pewarna

Lagi plak, Nestle Natural Set Yogurt ni merupakan bahan gantian bagi santan yang berkolesterol tinggi dan juga susu. Setiap 100gm kandungan dalam Nestle Yogurt ni hanya mempunyai 57 kalori dan 1.6g lemak berbanding dengan santa yang mengandungi 28.3g kolesterol.

Apmacam? ok kan produk Nestle Natural Set Yogurt ni


Itulah selain daripada snacks yang aku buat ni, boleh gak korang gunakan Nestle Natural Set Yogurt ni dalam pelbagai jenis masakan baik appetizer, main dish, baking, dessert dan any beverages.


Pendek kata, kalau korang kreatif guna Nestle Natural Set Yogurt ni dalam semua jenis masakan korang, confirm korang pasti di sayangi lah....

Anyway, selamat mencuba.