Showing posts with label KRU. Show all posts
Showing posts with label KRU. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Gambar | Artis Popular Di Blue Carpet AIM 2011

Hi Korang,

Sabtu lepas sempat jugak lah ktorg ke Stadium Putra Bukit Jalil ni tengok AIM 2011. Thanks to Nuffnang coz sudi bagi aku last pair of this AIM ticket. Memang bernasib baik lah sebab aku dah frust masa Astro announce 40 winner untuk AIM tiket nie kat websitenya tapi nama aku tak de kan. 

Ktorg sampai dalam kul 7 lebih cam tuh, then gate bagi Blue Zone pun belum bukak kan. So menempek aku dengan Hazman dan Kid kat Blue Carpet untuk tengok artis lalu kan. Mr Big plak dah hilang pi amik gambo.

Mehlah tengok gambo yang tak seberape ni dari photographer yang tak bertauliah

Amanda Imani

Amy Search dan wife

Andrea Fonseka

Awal dan Azlan The Typewriter

Marsha 

Norman dan Edry KRU

Neelofa

Najwa Latif

Sarimah Ibrahim

Stacy

Shila Amzah

Qi dan Yuna - sweet couple

Ziana Zain

Bukan senang nak amik gambo diorg ni, eventho dekat pun ramai media lain yang blocking area lbue carpet tuh. So Mr Big cakap 3-4 orang depan dia masa dia nakamik gambo tuh. Ermm itu je yang aku rasa yang ok kot untuk letak kat entry ni, yang lelain tu aku simpan buat kenangan dan jugak study kenape gambo2 yang lelain ni tak berape nak cantik kan. 

Later bagi peminat Bang Nuar Zain, aku akan postkan beberapa gambo beliau masa dalam stadium ek.

Aku rasa Mr big ni dah macam paparazi dah, segala mak neka gambo orang semua dia amik sampai gambo yang tak sepatutnya pun dia amik jugak hehehehhehe

Hope kroang enjoy yeah..


Saturday, September 25, 2010

MAGIKA! Dendangan Fantasi & Reality. Sangat Magiklah

Hi Korang,


Malam tadi, sempat jugak aku book tiket untuk tengok citer nie. Nasib baik maybank2u ada. So process book dan bayar tiket berjalan lancar.


Ktorg pi tengok ala dekat je, kat Alamanda Putrajaya. Ingatkan tak ramai orang la rupa-rupanye berlambak manusialah. Kecik besar tua muda semua adalah. Ktorg tengok show pukul 11pm. Seat pun dapat cantik. Belakang sekali.

Magika!

Sebuah muzikal filem arahan Edry KRU, buatan pertama kat Malaysia nie. Wah gah gitukan!.Nak korang baca sinopsis sket citer nie.

Filem ini mengisahkan dua beradik, seorang lelaki yang bijak dan kakaknya (lakonan Diana Danielle) telah tersesat dalam hutan belantara. Di situlah mereka termasuk dalam dunia Magica dan bertemu dengan pelbagai karektor popular dalam cerita dongeng dan mitos Melayu.Antaranya Badang ,(lakonan Mawi), Bawang Putih & Bawang Merah (Sharifah Amani & Aleya), Puteri Gunung Ledang ( lakonan Ning Baizura), nenek kebayan ( lakonan Ziana Zain) dan bermacam-macam lagi watak lakonan cameo ramai superstar Malaysia. Syabas diucapkan kepada KRU dan Edry kerana mampu mengangkat watak-watak terkenal dalam dongeng Melayu ke layar perak kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengalih seketika tumpuan daripada Sleeping Beauty, Spider-Man, Cinderella, Zorro, Peter Pan dan macam-macam lagi watak rekaan Hollywood.


Ini di antara lagu dalam filem Magika nie. Aku suker sebab kelakar lah. Majoriti lagunya sedap. Tapi aku suka bila pokok menyanyi, ada muka lagi tau.


Aku rasa baik korang pi tengok citer nie. Memang sesuai untuk tontonan semua golongan. Bebudak kecik bagus. At least diorg boleh kenal watak2 citer dongeng kita dulu. Tapi aku tau ramai yang tak berapa minat tengok cerita melayu kan. But filem nie tak melewe tau.

Pas nie nak tengok citer nie plak.

I recomend la kat korang!