Showing posts with label KLCC. Show all posts
Showing posts with label KLCC. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

Why I want a Havaianas!

Hi Korang,

Kalau nak pi berjalan time-time weekend nie aku selalunya akan sempoi manjang.


Malas nak dress up sangat kecuali kalau ada formal event dan theme party, itu memang wajib la kan. Biasanya aku pakai jeans dan t-shirt je, kasut plak sometimes sandal tak pun flip-flop. Tapi tak la pakai selipar jepun kan. Cantik la sket.


Sekarang ni flip flop pun banyak yang cantik-cantik. Colourful design. Salah satu brand yang tenGaH 'IN' now ialah Havaianas.






Kalau korang check it out kat website Havaianas ni memacam rupa, bentuk, warna, design yang sangat awesome ada kat sini. Boleh tergoda dibuatnya.


Why I want a Havaianas?

1. Aku sukakan pelbagai warna yang vibrant dan design yang funky pada flip-flop Havaianas ni. Barula kena dengan lifestyle aku yang sukakan keselesaan bila berjalan.

2. Boleh di bawa ke pantai dan kemana-mana tempat yang casual. So tak delah rasa canggung sangat kan bila berada di mana-mana kan.

3. Of course lah aku nak gunakan masa The Butterfly Project's June Campaign: Spa Party! yang bakal di adakan di Posh Nail SPA anjuran Only Beauty barulah bertepatan dengan theme party. ishhk tak sabar betullah...


Memintak lah aku dapat flip-flop dari Havaianas ni kan, so barulah jadi best companion for my feet. Selesa, funky dan colourful...

Yeah!

pics : credit to google.com



Thursday, March 7, 2013

COWAY B-Day Hi-Tea Party

Hi Korang,

Aku terlupa nak citer event ni

Jom kita flashback kejap ke bulan lepas.


Aku dapat invitation ni dari Real Women Real Voices, alah yang sponsor aku COWAY Bidet selama sebulan tuh. Event cakap invitees untuk ladies je, so Mr Big teman aku sampai Acme Bar dan kemudian dia terus ke KLCC. Tak kan nak join plak kan. Ishkkk segan wokeh!


So my partner is Farah. Sebab orang lain semuanya busy bagai, aku ajak dia pi, then dia cakap ok je coz nothing to do kat umah. Ktorg sampai before 2pm cam tu, chop tempat dan borak dan borak dan borak…

Event start lambat, I knew it!


Sebab tu diorg sediakan a plain drawings and varisty type of colour pencil for us to kill the time!. Betul ko memang sangat lambat. So main kaler-kaler je.


Dah nama pun event pompuan, seharusnya citer pasal orang pompuan jelah. 


Citer pasal experience sharing toilet with men, funny storries about toilet, ada game kising-kising the artist dan memacam lagi.


Sambil tuh, makan-makan haruslah ada kan. Dah nama pun COWAY Hi-Tea. Tak kan adanya mee hoon bagai ye, kesemuanya pastries je lah.


Oh ye ke, setiap game ktorg akan diberikan markah in ice-cream sticks. Alah sket je team ktorg dapat coz lambat angkat tangan. Tapi yang paling ralat tuh tak menang satu voucher pun.

Alah tak per lah, kasi chance orang lain plak la. Nak sedapkan hati konon.


Event abis dalam kul 5pm cam tu and sebelum balik tuh, ktorg bergambo sakan lah uols.


Thanks to COWAY and Real Women Real Voices yang sudi jemput aku ke event ni, best gak dan jugak thanks to Farah coz suri jadi my partner ni crime.


Kalau korang nak baca lagi pasal event ni, klik kat link bawah ni tau. Diorg ni citer lagi details pasal games tuh.






Memintaklah lepas ni, RWRV ni sudi jemput aku lagi kan. Aku memang suka event2, party2 cam ni..

Hilang stress wokeh, di samping dapat kawan baru..




Thursday, October 25, 2012

Burberry Beauty Workshop, Cantik! Menarik!


Hi Korang,


Lately ni banyak plak media invitation pasal beauty. Mulanya memang aku malas nak pi sebab aku bukannya minat sangat bab-bab make-up ni tapi bila fikir balik alah apa salahnya tambah ilmu kecantikan diri sket so ok lah aku pun ON.


Setahu aku Burberry jenama untuk apparel dan fragrance je tak tau pun ada make-up bagai. So masa introduction dari Marketing Manager Burberry ni baru lah aku tau yang diorg ni baru je setahun jagung menjinakkan diri dalam kosmetik ni so now it time to promote lah their product.



Beauty workshop ni tak ramai pun dalam15-16 orang je yang semuanya aku tak kenal langsung. So haruslah buat networking untuk business kan. Kenal 3-4 orang amoi cino yang HOT gituh.



Kat Burberry workshop ni ktorg di ajar cara make-up yang betul. Cam ne nak sapu foundation kat muka, pilihan eyeshow, cara lukis eyeliner kat mata dengan senang dan memacam lah. Aku paling fail lukis eyeliner tu, dengan ikut teknik yang betul rasa cam mudah plak.


Yang penting kata make-up artis Burberry Adrian tuh, kena confidence bila letak something kat muka. Jangan mengigil ye, itu akulah tu. Aku memang nervous sket bila orang duk peratikan cara aku menconteng muka aku yang lebar cam pinggan ni, sampai Mike (assistant Adrian) tu tolong ajar aku cam ne nak pakai semua menda ni.



Ok now cantik tak? Mestilah cantik. Lepas dah tuntut ilmu ni melaram ni kan.




Jenama Burberry ni memang dah terkenal di merata dunia, now dengan beauty collection ni aku rasa lagilah ramai orang akan pi cari Burberry counter ni.


Yang best tu dapat goodies bag bebarang Burberry. Ada lipstick, liquid foundation, make-up base. Best lah, tak sabo nak cuba nanti.


Anyway thank you Hello Magazine for this special invite. Bertambah sket ilmu pengetahuan aku kan.



Monday, April 30, 2012

Coklat Time, tHks Starbucks


Hi KoranG,

Weekend adalaH Hari bersenanG-senanG untuk semua oranG. YelaH kan weekdays dah berHempas pulas keje menunaikan tanGGunGjawab kan. So masa ni laH semuanya nak spend time with tHe loves one. Aku pun cam tu Gak.

KtorG Harusla melepak-lepak kat kedai kopi kan. Tempat biasa. 


Pekena yogurt cHocolate cake - sedap Gak kek flavor baru kat Starbucks ni. Atas tu diorg tabur kelapa. unik sket


Aku cam biasa pekena mocHa Frappacino. Sangat cHill


YanG tinGGi (venti) tuH, Mr BiG punya CHocolate cookie crumble Frappacino. Rasa-rasa macam Mc Flurry Mc Donald pun ada but sedap sket banyak serdak biskut coklat.


Semua sekali FREE je tak yah bayar pun. 

Thanks Starbucks for our Hi-Tea. Syiok oooo

CLP notes : Rezeki laGi. AlHamdulillaH syukur atas nikmatnya. 

Gambo di ambil Guna SamsunG Smart Camera DV300F 


Saturday, February 25, 2012

4 jam Explorasi Di Petrosains KLCC

Hi Korang,

Last week kot ktorg pik e Petrosains KLCC. Kiranya ini first time masuk ke sini. Kalau tak pasal kene review memang confirm aku tak kan masuk ke sini.


Bila ktorg dapat tiket tu, terus je call for booking. Yelah pi time weekend of course ramai orang kan. Once dapat reference no. je mandi2 dan bersiap ke KLCC. Lepas kurang kul 10.30am ktorg sampai coz time masuk ktorg kul 10.45am memang breakfast dalam kete je makan biskut kering untuk tambah energy.


Sesampai je ktorg di sambut oleh receptionist yang lobby Petrosains. Dah bagi booking no dan tiket  ktorg pun masuk siap reception tanya nak guide ke,rasanya no need coz ktorg nak rasa sendiri experience dalam Petrosains tanpa sesiapa pun guide kan.


Memula sekali kena naik The Dark Side untuk ke dalam Petrosains. Kira macam naik keretapi cam tulah sambil melihat di kiri kanan wall tu penuh dengan pemandangan mengenai Malaysia. Ada hutan2, lalu kat gunung ganang, dapat tengok planet dan memacam lagi lah. Kata Mr Big dah macam naik roller coaster kat USS tapi version slow. Seronok!


Kiranya dalam Petrosains ni ada 6 area untuk di lawati seperti Petrojaya, Geotime Diorama, Exploration, Sparkz, Speed, dan The Molecule Nano World. Setiap area ni ada function yang tersendiri. Dari dunia zaman batu beratus tahun dulu hingga zaman hari ni.


Zaman yang aku suka sekali is Geotime Diorama sebab ada dinosaur besar yang boleh menyanyi dalam bahasa melayu dan English. Klik kat sini untuk tengok video Mr Big joget dengan T-Rex tu ek. Ada gak harimau besar yang sangat menakutkan lah.


Belajar Pasal Tenaga

Belajar Pasal Batu batan

Mr Big paling suka kat area Exploration dan Speed coz dekat Exploration tu ada Mesin Gempabumi. Kita boleh duduk kat bangku yang disediakan dari rasa sendiri macammana gegaran gempabumi tu dari level rendah hingga kekuatan yang tertinggi sekali. Kira terpelantinglah botol air yang aku pegang tu kan.

Sliding Tube


Kat Speed plak, area F-1 Racing. Ada F1 punya kereta di pamerkan. Then boleh gak rasa cam ner berlumba dengan naik kereta F1 tu kan. Hah nasib baik dia muat naik, kalau tak tak merasalah nak berlumba.

Mesin Gempabumi

Korek Pasir plak


Making Cloud

Ktorg sempat jugak ke tayangan 3D.Walaupun dah selalu pi tengok wayang 3D but still nak masuk dan layan kartun walaupun 15 minit je. Kahkahakha. Tengok cam ne keadaan dalam pelantar minyak, dengar talks pasal tanah runtuh, live science shows, main banyak games dan memacam lagi lah.

Main Bayang-bayang

Kemudahan awam yang tersedia di Petrosains

Dunia molekul

Pelantar minyak di Petrosains

Korang cuba bayangkan, ktorg yang dah tua bangka ni bukan main seronok main segala mak neka games dalam Petrosains, inikan plak bebudak sekolah kan. Pendek kata segala jenis peringkat usia boleh dating ke Petrosains ni. Even masa time ktorg melawat tuh, ada ramai foreigner duk seronok tengok sejarah mengenai Malaysia.


Nak datang melawat, meh aku citer sket camne caranya:

Tiket masuk:-
Senior Citizen (56 years above) - RM8.00 (MyKad holder)
Adult (18 – 55 years) RM15.00 (MyKad holder)
Youth (13 – 17 years) RM10.00 (MyKad holder)
Child (3 – 12 years) RM5.00 (MyKad holder)
Child (2 years below) Free Admission
Petrosains Family Package (2 adults & 2 kids) RM30.00
(Kalau foreigner mahal sket lah, cuma tambah RM10.00 je)

Time Melawat:-
Tuesday – Friday : 9.30am – 5.30pm (Last admission : 4.00pm)
Weekend and Public Holiday : 9.30am – 6.30pm (Last admission : 5.00pm)
Monday : Closed.

Better buat booking, kalau nak pi time weekend or public holiday, ni nombornya:-

Nak pesan sket, at least korang kena freekan time sekurang-kurangnya 2  1/2jam untuk enjoy dalam Petrosains. Dek sebab dah terlalu enjoy, ktorg sampai kat 4 jam duk dalam Petrosains ni. Sampai duit parking jadi RM18.00 hengget okeh.


Aku memang recommend parents bawak anak-anak diorg melawat Petrosains ni, memang betul-betul boleh belajar sambil main lah.

Anyway, thank you Petrosains for this entertaining journey.

CLP notes : Sebenarnya nak tulis panjang lagi Cuma takut korang boring nak baca kan. Khakahkahakhak