Showing posts with label Irma Hasmie. Show all posts
Showing posts with label Irma Hasmie. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

LISTERINE ® Natural Green Tea Bersama Dalam Kempen Semurni Senyuman, Seikhlas Hati.

Hi Korang,


Selain dari berus gigi tiap-tiap hari, korang ada kumur2 tak sket dengan Listerine? Aku ade tapi aku malas nak guna sebab rasa cam pedas  je, sangat mencucuk-cucuk lah. Itu yang jadi gigi aku pelbagai bentuk kan khakhakahka tipulah mane ade gigi memacam bentuk.


Mengapa pentingnya berkumur dengan Listerine ni?

Sebenarnya memberus gigi sahaja tidak memadai. Kajian terbaru menunjukkan 90% rakyat Malaysia masih menghadapi kerosakan gigi walaupun mereka memberus gigi dengan baik dalam rutin harian mereka. Ini adalah kerana terdapat tempat-tempat yang tidak boleh dicapai untuk dibersihkan hanya dengan memberus gigi.

Ingat tu tau!


Nasib baik lah Listerine yang femes dengan air kumur2 ni dah perkenalkan perisa terbaru ladi lembut dan segar iaitu LISTERINE Natural Green Tea yang menggabungkan kuasa membersersih secara mendalam dengan kebaikan semulajadi the hijau.  LISTERINENatural Green Tea yang serba baru ini dirumuskan untuk membantu menguatkan enamel gigi yang lemah di samping membentuk salutan perlindungan untuk menjadikan gigi tahan kerosakan.



Dr Arunee Laiteerapong, Pengarah Bersekutu Kajian Global Johnson & Johnson,Pembangunan dan Kejuruteraan untuk Rantau Asia Pasifik turut hadir di majlis perlancaran LISTERINE Natural Green Tea  bagi menerangkan aspek saintifik produk tersebut.


Kelebihan LISTERINE Natural Green Tea  ialah rahsia keajaiban teh  hijau ini terletak pada bahan antioksidan yang bergelar katekin yang berkesan dalam merencatkan aktiviti bakteria terutamanya bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi. Bakteria ini merupakan penyebab yang menghasilkan asid yang menghancurkan tisu gigi dan akibatnya dikenali sebagai karies.


Sempena pelancaran LISTERINE Natural Green Tea  ini pihak Johnson dan Johnson akan memulakan kempen amal  bersama-sama pelakon Irma Hasmie, model dan pelakon Fizo Omar serta pengacara TV dan guru agama Ustazah Amie Sofia untuk rakyat Malaysia senyum bagi kebaikan rumah anak-anak yatim Asrama Damai, sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kuang, Selangor.


Secara spesifiknya dengan setiap cubaan atau berkumur dengan LISTERINE Natural Green Tea  baru di kaunter percubaan di hypermarket yang terpilih pada Julai ini, Listerine akan menyumbangkan RM1 kepada rumah anak yatim tersebut yang setakat ini menjaga 51 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 17 tahun.

Dengan setiap pembelian botol 250ml atau lebih LISTERINE Natural Green Tea, Listerine akan menyumbangkan sebanyak RM2 kepada rumah anak yatim tersebut. Dapat pahala kan!kan!kan!


‘Kempen Semurni Senyuman, Seikhlas Hati’ merupakan contoh di mana amalan sedekah dilakukan melalui senyuman ikhlas, kata Ustazah Amie Sofia.



Irma Hasmie dan Fizo Omar turut menunjukkan sokongan bagi kempen senyuman ini kerana mereka sememangnya ingin membantu anak-anak yatim Malaysia.


Listerine membasmi 99.9% bakteria oral yang menyebabkan nafas berbau, plak dan gingivitis dengan Listerine yang serba baru dengan the hijau, say good bye to those bakteria ye.


Cecair Listerine Natural Green Tea ni boleh di dapati di seluruh kedai-kedai di Malaysia ini dengan harga RM4.90 (80ml), RM9.90 (250ml) dan RM22.90 (750ml). Tak de lah mahal pun kan, sesuai untuk kegunaan sessi keluarga.


CLP Notes : Best jugak pakai time bulan puasa nanti, harum je mulut kann tapi jangan sampai tertelan dah lah ye