Showing posts with label Haqqi Bangi Sentral. Show all posts
Showing posts with label Haqqi Bangi Sentral. Show all posts

Sunday, February 23, 2020

Lokasi Butik HAQQI Baru Di Bangi Sentral, Kelengkapan Umrah Dan Haji Ada Di Sini!!

Hi Korang, 

Butik Haqqi merupakan butik pakaian yang menawarkan dan menjual kelengkapan Haji dan Umrah serta pakaian yang berfesyen islamik bagi leilaki dan wanita. 


Ye kak lily pernah mebeli belah di butik Haqqi ni di cawangan Bangi Sentral dan Shah Alam, ya ampun kedua-duanya menawarkan pelbagai jenis pilihan baju untuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak selain daripada kelengkapan umrah dan haji. 

Pada dahulunya Butik Haqqi di Bangi ni bahagian belakang Hotel Adriana dan kini ianya pun berpindah di tengah-tengah kawasan Bangi Sentral so kira kalau korang nak masuk ke sini dah boleh nampak dah Butik Haqqi ini, ermm maka senanglah akak ko ni nak bershopping. 

Sangat strategik lokasinya 

Kerjasama Di Antara HAQQI dan KOPERASI TABUNG HAJI 

Tahun ini merupakan tahun ke 4 Butik Haqqi telah berkerjasama dengan Koperasi Tabung Haji. 



Ianya akan meneruskan lagi beberapa caturan perancangan untuk memastikan Haqqi kekal sebagai pembekal kelengkapan Haji dan Umrah depada masyarakat sekali gus dapat melebarkan sayap menjual kelengkapan lengkap Haji dan Umrah bukan sahaja di Malaysia malah akan berada di luar Malaysia tidak lama lagi. 

Tahniah di ucapkan kepada team Haqqi yang menjayakan usahasama ini. 

Dr Fitri Haris Dan Perancangan Butik HAQQI Untuk 2020 

Haqqi dan pihak Koperasi Tabung Haji akan bersama - sama untuk memikul tanggungjawab dan dibantu dengan pengurusan baru di bawah Dr Fitri Haris di dalam organisasi Haqqi, kedua-dua pihak mengimpikan lebih banyak kejayaan yang akan di bawa di masa hadapan. 


Dr Fitri Haris yang sebelumnya Duta bagi Haqqi selama setahun, turut mendapat penajaan oleh Haqqi sepanjang berada di dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) sangat berbesar hati untuk terlibat secara langsung di dalam organisasi Haqqi. 


Dengan kepercayaan kedua dua pihak, diharapkan dapat memberi pembaharuan dan lebih banyak idea segar dapat di lahirkan oleh beliau untuk memastikan Haqqi lebih luas dikenali ramai. 

Pilhan Pakaian Menarik Di Butik HAQQI 

Sempat jugak lah kak lily dan kawan-kawan singgah masuk ke Butik Haqqi yang baru ni hari tu selepas majlis pelancaran pembukaannya. Banyak pilihan pakaian berfesyen muslim dan muslimah yang cantik dan menarik. 



cantik kan, koleksi baju-baju di Butik Haqqi ni




Dan harga yang ditawarkan pula kemain cukup murah dan sangat berpatutan.

Untuk pengetahuan korang semua sehingga kini Butik Haqqi sudah mempunyai 4 cawangan iaitu di Shah Alam, Terengganu, TTDI Kuala Lumpur dan juga Bangi. 

ermm tershopping jugak akhirnyer...


Jom kita ke : 

Butik Haqqi Bangi, 
3-43, Jalan Medan Pusat Bandar 8, 
Bangi Sentral, 43650 
Bandar Baru Bangi, Selangor 

Waktu operasi adalah : 10.00 pagi - 10.00 malam 


Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Laman Web : 

Facebook : 


Twitter: