Showing posts with label Fizomawar Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Fizomawar Kitchen. Show all posts

Thursday, December 14, 2017

Makan-Makan Di FizoMawar Kitchen, Bangi Seksyen 8

Hi Korang,


Ya ampun memang kak lily lalu lalang dengan restoran artis Fizo dan Mawar ni tapi you know me lah, langsung tak de masa nak singgahlah. Lagipun kalau siang malam kat KL je event bila masa nak melepak di Bangi kan. 

Kalau lalu tuh, nampak cam penuh je restoran ni so lagilah malas nak singgah sebab malas nak tunggu kan, memang dasar pemalas nauzubillah sungguh. 

So last week, jumaat lepas. Abis kerja je terus ke sini sebab bebudak ni hah ajak makan. Cun-cun sampai restoran tak ramai orang lain so boleh pilih tempat mana nak duduk ek hehehhee


Meh akak lily citer sket sejarah penubuhan FizoMawar Kitchen ni ek.

Fizomawar Kitchen ini ditubuhkan di bawah Fizo Omar Catering Sdn Bhd pada 15 disember 2015. 

Pengasasnya merupakan seorang selebriti yang minat memasak disamping isteri beliau yang sukakan makanan & menjelajah menyebabkan tertubuhnya restoran ini. 




Selain itu restoran ini adalah inisiatif beliau diatas kesukaran menemui makanan berasaskan thai yang menepati citarasa. Cita rasa selebriti ini terhadap makanan thai amat tinggi berikutan ibunya yg berasal dr narathiwat. Beliau mengambil inisiatif sendiri utk belajar resipi & cara masakan menu asli thai di negara gajah putih itu selama 6 bulan dan menetapkan SOP penyediaan makanan di FMK. 

Penubuhan restoran ini juga adalah salah satu cara pengasas berkongsi rezeki dan keenakan masakan thai kepada orang awam khususnya di lembah klang. Pilihan lokasi yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi adalah lokasi yang strategik disamping Bandar Baru Bangi merupakan antara pusat tumpuan membeli belah utama.

Keistimewaan FMK terletak pada variasi menunya yg berteraskan kpd hidangan tradisi negara gajah putih. Tidak berkrompomi ttg keaslian rasa & kualiti sajian, bahan2 masakan FMK dibawa khas dr Thailand. Segar & yg paling penting halal.

Penat nau bercerita ek..

Apa lagi meh layan menu-menu yang kitaorang order hari tuh.

Tapi sebelum tuh, jangan menyesal ye hehehhee


Kami order minuman seperti Mojito, Ice Green Tea, Cha Yen dan Cocoa Chocolate. 


Unik packagingnya kan, kalau salah cucuk boleh pecah plastic ni tau hehehee. Bagi kak lily senang cam ni, kalau tak habis boleh terus bawak balik tapi takkan tak abis kan. Sedap tuh Cha Yen kan

Pad Thai Tomyam

Ini kiranya mee goring Thai yang menggunakan special mee dari Thailand. Di goreng basah dengan pes yang tersendiri, ada udang, sayuran dan kat tepi ada kacang dan serbuk lada ini memang cara orang-orang Thai makan ek.


Dragon Tomyam

Kenapa dragon?? Of courselah sebab ada bahan-bahan yang ala –ala dragon saiznya macam ketam, udang yang banyak, isi ikan, sotong, lala dan lelain lagi. Rasanya unik ada rasa santan sket tapi tak lemak at all. Pedas lagi mengancam. Hidangan untuk 4 orang sebenarnya tapi kitaorang makan sampai 6 orang pun still tak habis jugak tau.

Daging Bakar Tomyam 

Daging ini di bakar di depan kedai so boleh tengok sendiri cara ianya di masak, harumnya bau masak di salai tuh. Di cicah plak dengan sos homemade lagilah sedap ek. Sesuai untuk pembuka selera

Ayam Goreng Bijan

Kak lily ratah gituh je, sebab ranggup luar dan dalam. Tapi kalau bijannya lagi banyak then lagi sedap bak hang!

Ostrich Premium Burger

Teringin pulak nak makan burger so kitorang orang Ostrich burger ni, rasa dagingnya lembut dan padu. Langsung tak de rasa hanyir at all, memang kena makan panas-panas tau.

Untuk pemanis mulut, kami order :

Akedut

Harum baunya tak de rasa hanyir telur pun, selalu tengok orang jual tak berselera tapi bila pekena akok di Fizomawar Kitchen ni terus bertambah-tambah seleranya. Saiz boleh tahan besar jugak ek

Chakoi 

Ini di makan panas-panas sambal di cicah dengan sos buatan sendiri, sangkaya pandan. Lemak-lemak manis gituh

In terms of harga, bagi kak lily berpatutan dan sesuai dengan hidangan yang di persembahkan. Lagi pulak harga bahan mentah pun boleh tahan melambung tinggi so dah tentu menu makanan pun akan naik harga jugak. Tapi kalau sedap bak hang no hal kalau kena bayar lebih sket. 

Ok nak bagitau ni, 

Sempena ulangtahun ke2 FMK pd 15 Disember 2017 ini, potongan harga sebanyak 15%* akan dihadiahkan kepada pengunjung sepanjang hari istimewa tersebut!

**15% potongan dr jumlah total harga dlm satu resit

Murah tuh kan!!!!

Jom Kita ke :

FizoMawar Kitchen
Persiaran Bangi, 
Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi, Selangor
(waze)

Waktu Beroperasi : Selasa – Ahad, 11am – 11pm.



Layari social media FizoMawar Kitchen ni tau untuk info lanjut dan promosi



Rasa cam balik ni nak singgah lagi lah sebab teringat kat Dragon Tomyam tu lah










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com