Showing posts with label Duta BRANDS. Show all posts
Showing posts with label Duta BRANDS. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

BRANDS InnerShine RubyCollagen Essence Sungguh Menakjubkan


Hi Korang,

Ramai orang ambil collagen semata-mata untuk mengelakkan kesan penuaan yang cepat ke atas mereka, aku pun cam tu gak lah. Tapi korang tak tau apa yang terkandung dalam setiap collagen yang korang amik tuh.

Jeng jeng jeng..


Memang aku tak baca pun ingredients yang terdapat dalam collagen drinks yang aku duk bedal tuh. Alah bukannya pentin pun janji cantik.

Eh, salah tu tau!


Atas dek kealphaan wanita masa kini, Baru-baru ni BRANDS InnerShine telah pun mengeluarkan produk terbaru mereka RubyCollagen Essence iaitu suplemen Suplemen makanan anti-penuaan yang menakjubkan ini mengandungi RubySignature™ yang unik untuk melambatkan proses penuaan dengan melancarkan 3 tindakan penting yakni, "mengekalkan, melindungi dan menyokong" kesihatan kulit.


Berbeza dengan minuman kolagen lain, formula RubySignature™ mengandungi adunan  mikro-kolagen berkualiti yang mudah untuk diserap daripada ikan, dan Astaxanthin, ekstrak  mikro-alga khas dari Sweden. Hah details sangat kan, penting tu tau untuk kita-kita ni.

Mesti korang nak tau Astaxanthin tu ape kan?

Ok jom kita belajar sains kejap ye


Astaxanthin melengkapkan nutrien bagi kulit dengan kesan mikro-kolagen. Ia satu antioksidan semulajadi yang amat berkesan kerana 500 kali lebih kuat daripada Vitamin E, 800 kali lebih kuat daripada CoQ10, dan 6000 kali lebih kuat daripada Vitamin C.

Tengok superb kan!


InnerShine RubyCollagen Essence membekalkan kolagen kepada kulit untuk memulihkan ketegangan dan keanjalannya dengan lebih efektif. Di samping itu, dengan kehadiran Astaxanthin yang berfungsi sebagai pelindung semula jadi, ia dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari yang boleh merosakkan kolagen.  Astaxanthin juga menyokong peredaran mikro untuk menyalurkan nutrien kepada sel-sel kulit dengan berkesan.


Disahkan halal tanpa pengawet, pewarna atau gula, InnerShine RubyCollagen Essence 100% diperbuat daripada bahan semulajadi. Diadun dengan jus delima yang asli, minuman lazat lagi berkhasiat ini merupakan suplemen harian untuk melengkapkan rutin penjagaan kulit  dan kecantikan wanita yang holistik.


Dalam majlis pelancaran tersebut, pelakon dan model terkemuka, Carmen Soo, diumumkan sebagai wajah baru untuk kempen 360-darjah pemasaran produk baru itu, yang termasuk  iklan televisyen dan cetak. Carmen dipilih sebagai duta kerana kejelitaan dan sofisikasinya mencerminkan keunikan minuman kecantikan baru ini. 


Sebab apa aku duk sibuk citer kat korang kebaikan RubyCollagen Essence ni?

Sebab aku di antara beberapa peserta yang jadi testimonial untuk produk ni. Selama 28 hari aku minum Essence ni sebelum tidur. Walaupun ada skip beberapa botol coz terlupa tapi aku dapat nampak perubahan kulit dan badan aku tau.


Kalau korang perasan, lately gambar-gambar muka aku agak comel-comel gituh kan, hah sebab minum InnerShine RubyCollagen Essence ni lah. Walaupun korang tak leh nampak sangat dalam gambo but bila korang jumpa aku in person mesti korang boleh perasan lah. Kekadang bebudak blogger cina yang selalu aku jumpa pun perasan yang kulit muka aku less minyak time amik gambo. Pori-pori yang cam kawah gunung berapi kat tepi hidung aku ni dah start mengecil sket demi sket lah.

Tak de lah nampak sangat perubahan ketara cantik cam penyanyi Adira AF tu kan but oklah not bad aku rasa. So rasa lebih confidence lagi la bila jumpa orang kan.

Alah penatlah aku membebel, korang cubalah sendiri nanti ek.


InnerShine RubyCollagen Essence boleh didapati di farmasi dan pasaraya terkemuka pada harga RM 142.90 untuk 14 botol x 50ml. Untuk maklumat lanjut mengenai keajaiban produk anti-penuaan yang baru ini, sila hubungi Khidmat Pelanggan di talian 1300 228 300 atau layariwww.innershine.com.my/rubycollagen.

Walaupun bagi sesetengah orang agak mahal sket but hasilnya menakjubkan bagi aku.

Alah korang leh cuba sendiri ek kalau tak caya.