Showing posts with label Cuci Muka Untuk Cantik. Show all posts
Showing posts with label Cuci Muka Untuk Cantik. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Cuci Muka dengan Garnier Pure 3 in 1 Cleanser


Hi Korang,

Bila bercakap mengenai kulit muka, rasanya 80% daripada rakyat Malaysia  mempunyai masalah kulit muka berminyak dan pori terbuka macam aku ni kan. Maklumlah cuaca negara kita yang tak menentu panas lembap merupakan salah satu punca kulit muka jadi cam ni.


So nak kurangkan masalah sebegini, seharusnya lah kita semua cuci muka sebersih yang mungkin kan. Tapi apa yang kita cuci tu bersih ke? Setakat hilangkan minyak sementara waktu bolehlah but if untuk selama-lamanya cam ner?

Haruslah risau gak kan especially aku kan.

So berketepatan lah dengan masalah ni, rasanya Garnier memperkenalkan Garnier Pure 3in1 Cleanser yang merupakan produk pencuci muka yang bertindak bukan 1 atau 2 tapi dengan 3 cara untuk membuatkan kulit muka kita kelihatan segar dan bersih.


Tiga cara untuk menjadikan kulit muka korang bersih dan segar.

  • Wash - Membersihkan kulit dan menghilangkan kekotoran. Ia juga membantu melindungi daripada ketidaksempurnaan sebelum mereka muncul.
  • Scrub -  Membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan bintik hitam dan liang-liang unclogs untuk mendedahkan kulit yang lebih berseri.
  • Mask -   Gunakan setiap minggu sebagai produk rawatan untuk membantu mengawal kulit berminyak.


Untuk menjadikan 3 cara ini menjadi berkesan, Garnier telah menggabungkan bahan-bahan yang terbaik yang aktif secara semulajadi untuk memerangi kulit berminyak dan ketidak sempurnaan seperti jerawat, noda dan parut yang terselindung. 


Di antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini White Clay, Zinc, Smithsonite and Pumice Stone dan ianya berfungsi untuk menyerap kilaun minyak dimuka, mengawal pengeluaran minyak, menyingkirkan kotoran seperti blackheads dan mengurangkan keradangan.

Pendek kata apa saja yang berkaitan dengan kulit berminyak semuanya dapat di atasi oleh Garnier Pure 3in 1 Cleanser ni.


Nak cuba? Ok je. Garnier Pure 3 in 1 Cleanser ni boleh di dapati di mana-mana hypermarket, famasi, kedai runcit dengan harga RM19.90 for 150ml. Erm besar gak tu leh lah pakai lama kan, jimat sket duit shopping.

Aku? haruslah cuba kan muka aku berminyak!