Showing posts with label Colossal KAJAL Eyeliner. Show all posts
Showing posts with label Colossal KAJAL Eyeliner. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

Maybelline WHITE SUPERFRESH Cake Powder Launch Di Porcelene Jazz

Hi Korang,

Lama tak pi event Maybelline kan?

Itulah bila Connie ajak je, terus menggeletis nak pergi. Alah bukan apa, nak tau jugak apa produk terbaru Maybelline New York ni kan.


Kira first time aku ke Porcelene Jazz kat Damansara Perdana ni,kalau tak WAZE memang sesat barat dibuatnya. Lepas tu plak, nak naik lift pun kena tukar-tukar. Salah naik lift ke tempat lain, nasib baik ada pak guard yang sedia membantu.


Rasanya ramai yang perasan muka aku jenis kulit berminyak kan, so anytime kene tepek bedak untuk hilangkan minyak tuh. Kalau tengahari lagilah teruk, berkilat je sana sini.



So Maybelline memperkenalkan White Superfresh Cake Powder SPF34 PA+++ di mana bedak ini menjadikan kulit muka senantiasa segar dan bersih daripada peluh dan sebum yang boleh mengakibatkan muka berminyak dan bermasalah.

The beauty report is in for Fall/Winter 2014: Models from New York Fashion Week were seen sporting these beauty trends – fair and fresh skin with intense eyes and shocking pink lips. These were the looks created by celebrity makeup artists who have collaborated with Maybelline New York for New York Fashion Week.



Dengan ciri unik Clean Touch Powder System, White Superfresh Cake Powder SPF34 PA+++ akan meninggalkan kulit andaultra licin tanpa sebarang usaha touch up pun. Sistem inovatif melampaui penyerapan sebum, mempercepatkanpengeringan peluh & penyejatan air di muka.


Bagi menyakinkan lagi mengenai clean touch powder system ni, ktorang media yang datang di beri peluang untuk mencuba sendiri keberkesanan cake powder ni.

Ada 2 demo kit, iaitu satu untuk minyak dan satu lagi untuk air. Mehlah kita cuba ek.


1 demo kit (air) nampak kan perbezaannya lepas aku masukkan setitis air ke dalam kedua-dua sample bedak tuh.


1 demo kit (minyak) nampak kan perbezaannya lepas aku masukkan setitis minyak ke dalam kedua-dua sample bedak tuh.


Daripada gambar tu korang dah boleh nampak perbezaannya kan. Maybelline White Superfresh Cake Powder memang mengeringkan dan menghilangkan apa jua yang dirt yang ada kulit muka kita ni. Terima kasih lah kat Clean Touch Powder System's Mineral Perlite yang mengandungi 5 kali penyerapan di dalam kandungan bedak tersebut dengan sekali sapuan je tau.


Maybelline New York White Superfresh Cake Powder SPF34 PA++ boleh di dapati di seluruh Negara pada harga RM23.90 dan pek refill RM11.90

Selain daripada itu, Maybelline juga memperkenalkan beberapa produk kecantikan lain tau.

Ni hah, aku listkan ye

HyperCosmos Trio Eyeshadow

Boleh di dapati dalam 4 pilihan warna

02 Venus Gold, 04 Pinky Comet, 05 Galactic Purple, 01 Coppered Mars

Retail price: RM29.90


Pink Alert by Colour Sensational

Boleh di dapati dalam 4 pilihan warna


PW1, PW2, PW3, P4

Retail price: RM29.90

Colossal KAJAL Eyeliner

Eyeliner ni diformulasi untuk bahagian bawah mata dan dalam mata yang mengandungi pigmen hitam yang akan menaikkan seri mata. Alah jangan bimbang lah, Colossal Kajal ni waterproof dan smudge-proof hingga 12 jam. Ianya mengandungi minyak zaitun, Vitamin E & C yang lembut pada mata.

Retail price: RM19.90

Ada jugak demonstrasi makeup menggunakan ke empat-empat produk kecantikkan ini.

Trend #1 : Fair Beauty

Trend #2 : Rock Chic

Trend #3 : Hypnotic Eyes



For more information, visit Maybelline Malaysia for more updates:





Ermm raya ni, bergaya sakan la aku ek. Barang make-up bukan main banyak ooo. Hari-hari tukar gaya make up kan.

Jom shopping nak!