Showing posts with label Cardiac Vascular Sentral KL. Show all posts
Showing posts with label Cardiac Vascular Sentral KL. Show all posts

Thursday, November 28, 2019

Cardiac Vascular Sentral KL terima akreditasi MSQH

Hi Korang,

Selepas 2 tahun penubuhan,Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) meraikan ulangtahun dengan penuh bermakna atas pencapaian gemilang apabila dianugerahkan sijil akreditasi oleh Malaysian Society for Quality Healthcare(MSQH) bagi tempoh 4 tahun. 


Pengerusi CVSKL,Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang berkata ulangtahun ini pastinya perlu diingati kerana ia melonjakkan nama hospital ini dalam usaha mempromosi destinasi pelancongan kesihatan dikalangan pelancong asing. 

“Penganugerahan akreditasi oleh MSQH ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan CVSKL kerana ini menunjukkan kami komited dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti sejajar dengan misi- memberi pengalaman dan khidmat terbaik kepada setiap pesakit pada setiap masa”, tambah beliau. 

CVSKL Chairman, Tan Sri Dr. Yahya Awang (Left) receives MSQH Accreditation from MSQH CEO, Prof. Dr. Kadar Marikar

Program Akreditasi Hospital oleh MSQH menyediakan cara efektif dimana organisasi kesihatan dapat menilai tahap pencapaian menurut standard kebangsaan yang ditetapkan. Program ini dibangunkan oleh para profesional dunia perubatan dan aplikasinya diterima iktiraf di seluruh Malaysia. Standard akreditasi oleh MSQH menjadi tanda aras yang membolehkan sesebuah organisasi kesihatan menilai dan memperbaiki pencapaian secara lebih kerap dan berterusan. 

“Pencapaian ini sangat bertepatan dengan masa sempena Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020. MSQH telah dibangunkan hasil gabungan kerjasama pakar, profesional dan pengguna dari sektor perubatan awam juga swasta. Mereka menilai dan mengemaskini kemajuan terkini dalam sistem penjagaan kesihatan” - tambah Dr. Yahya. 

Prof. Madya Dr. Kadar Marikar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif MSQH menekankan bahawa akreditasi ini memberi jaminan kepada pesakit tempatan mahupun luar negara bahawa CVSKL mematuhi standard dunia perubatan terkini. 



Turut hadir menyaksikan penganugerahan akreditasi ini adalah Dolly Lim, Ketua Pegawai Operasi dari Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). CVSKL akan berganding bahu dengan MHTC dalam menaikkan nama Malaysia sebagai hub kardiologi pilihan dikalangan pesakit luar negara. 

“Kami menerima sambutan hangat dari pesakit luar negara kerana lokasi yang strategik di KL Sentral dan ini meletakkan kami sejajar dengan matlamat MHTC untuk menjadikan Malaysia sebagai hub kardiologi. Dengan adanya sokongan berterusan dari MHTC, kami berharap dan menjangkakan lebih ramai bilangan pesakit yang berkunjung pada tahun hadapan,” jelas Timothy Chang, Ketua Pegawai Eksekutif CVSKL. 



9 % pesakit yang menerima rawatan di CVSKL tahun ini adalah dari luar negara. Bersempena Tahun Pelancongan Kesihatan 2020, CVSKL yakin bakal menerima 15% ketibaan pesakit luar negara dengan lebih separuh darinya adalah dari Indonesia. 

Februari lalu, MHTC mengumumkan sebanyak 60% dari pesakit luar negara yang mendapatkan pelbagai rawatan adalah dari Indonesia dengan peningkatan pertumbuhan tahunan dari 12% ke 18% .


Untuk informasi tambahan dan pertanyaan insuran berkenaan CVSKL, boleh hubungi 03-22767000 atau emell ke info@cvskl.com.