Showing posts with label CIDB Malaysia. Show all posts
Showing posts with label CIDB Malaysia. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Team Malaysia Dan TQ PM

Hi Korang,



Malas nak cakap banyak sebab ramai dah tau pasal nie. Anyway


Tahniah team Malaysia sebab berjaya bawak balik Piala AFF Suzuki Cup 2010 ke tanahair kita. Tetiba mood bangga plak datang dalam diri nie.



Eh tak lupa jugak kepada PM kite Dato Najib Tun Razak sebab bagi kita satu Malaysia cuti umum untuk esok.

Selamat Bercuti!

Tuesday, August 10, 2010

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 2010

Korang,


Sedikit informasi aku nak citer kat korang nie.
Ala mesti dah tau bila date nak tengok anak bulan ramadan kan. La apsal plak ada yang tak tau lagi nie ? Meh sini aku bagi tau.

Tarikh melihat anak bulan ramadan 2010 (1431H) iaitu:

Petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah

Tempat Melihat Plak :


Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


Selatan Tanahair
Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor)


Utara Tanahair
Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).


Pantai Timur
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).


Sabah & Sarawak
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah. Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu.

Sumber : BERNAMA dan KulanzSalleh

Mesti best dapat pi tengok anak bulan kan. Tapi korang ingat senang ke nak join group2 yang tengok anak bulan nie. Mesti orang2 yang bijak pandai je. Tapi kalau nak tengok bulan, tiap2 malam pun boleh kan.

Friday, July 23, 2010

Today Is CIDB Day

Morning Korang,

Hari nie kat site aku adalah hari CIDB. Apa tu CIDB ek? Ia adalah insurance card untuk semua site personnel yang keje kat site. Tak kiralah site kecik ke beso tapi semua personnel,workers even makcik canteen pun kene ada CIDB nie. Pendek kata, once dah masuk keje dalam site mesti kene ada CIDB nie.

Ini course lain okeh.Pics by Google

So agak kelam-kabut dan ramai gak orang yang tak penah aku jumpa ada kat site nie. Dari muda sampai ke tua, dari kurang hensem sampai ke boleh tahan hensem, pelbagai bangsa ada, orang melayu,cina,india, Jerman, Indon,British pun adalah semata-mata kena masuk course nie.


Sebelum dapat CIDB green card nie, kene register dulu. Fill up segala bendalah. Then baru boleh masuk course. Satu hari course nie. Once dah pi course baru boleh dapat CIDB green card nie. Banyak faedah oo bila ada green card nie.Salah satunya ianya merupakan penyelamat bagi kita if anything happen to us masa kat site.

Bukan patah cam nie tau.

Dulu masa aku kat site lama, ada satu worker bangladesh tu kaki terhempap crane. Trus hilang kaki. Kena bagi negara. Tapi dia balik pun bukan tangan kosong, banyak jugaklah dia dapat untuk menampung family dia kan. Itu yang bagusnya CIDB card nie.

Tapi aku tak payah masuk pun course nie sebab aku dah ada cume dah expire dan nak renew je. So dapatlah aku lepak kat bilik aku nie tanpa gangguankan.

p/s: Dapat gaklah aku update blog kan sambil nyanyi2 lagu Aizat nie. Sedap plak lagu 'Susun Silang Kata' nie.