Showing posts with label Bazaar Le Marché de Noël. Show all posts
Showing posts with label Bazaar Le Marché de Noël. Show all posts

Friday, November 21, 2014

Jom Ke Bazaar Le Marché de Noël, CARCOSA Seri Negara & Hadiah Menarik Menanti Korang

Hi Korang,

baca sampai abis untuk sertai giveaway tau!


Sekarang ni, kan dah dekat dengan bulan Disember kan


So Christmas is coming, yeah.. walaupun kita ni tak menyambut, tapi kemeriahan di Malaysia ni tetap terasa. Sana sini shopping complex sibuk dah gantung sana-sini deko untuk Krismas kan. Office aku ni lagi lah, keje dengan orang German ni ikutlah adat diorang. Tak lama lagi, adalah pokok yang siap berlampu-lampu dengan pintu office ni.


Bagi mereka yang menyambutnya ermm dah sibuk dah cari barang-barang untuk di hadiahkan pada yang tersayang, dah cara diorang cam tuh. Bertukar-tukar hadiah…

By the way, kalau tak tau apa lagi nak dihadiahkan pada yang tersayang, korang boleh ke Le Marché de Noël iaitu Bazaar Amal Perancis yang di adakan setiap tahun.


Lebih 50 gerai yang mengambil bahagian di dalam Bazaar ini yang menjual produk-produk buatan tangan seperti, baju kanak-kanak, wanita, aksesori unik, makanan tradisional Perancis, boleh minum-minum kopi sambil di dendangkan dengan alunan lagu-lagu tradisional Krismas Perancis. 

Ermm bestnya


Ini merupakan tahun keempat Bazaar Le Marché de Noël dan Parti Amal Krismas anjuran sekumpulan like-minded wanita Perancis yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur ini. Segala hasil amal kutipan akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Pada tahun ini, acara amal yang bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM130,000 untuk Make-A-Wish Malaysia dan A- Heart for A-Heart Programme (oleh Gleneagles Kuala Lumpur). Tahun lalu, anak-anak menderita kanser tulang, kanser ovari, dan leukemia limfoblastik akut dan osteosarkoma dibantu dengan memenuhi kehendak mereka dan pembedahan jantung disokong untuk mereka yang bertuah ini.

Le Marché de Noël berharap dapat membawa kegembiraan kepada anak-anak dan keluarga mereka dengan menyumbang ke arah penjagaan perubatan mereka atau dengan menunaikan hasrat- hasrat Krismas mereka. Ahli-ahli jawatankuasa, Barbara Bersano-Bosc, Elodie Michel, Flavie Causse-Ozair, Nadege Lubrano, Sandra Cociella dan Zou Little, akan sedaya upaya membantu mereka-mereka insan yang teristimewa ini.

Korang yang excited nak pi, ermm ini aku kasi details ek


Le Marché de Noël 

Venue: 
Carcosa Seri Negara 

Date: 
4 December 2014 

Time: 
Christmas Bazaar: 10:00 am - 5:00 pm 
French Christmas Party: 7:30pm - late 

Ticket Price: 
Christmas Bazaar: RM20 per person pre-sale and at the door 
French Christmas Party: RM150 per person with advance purchase 

Where to buy tickets: 

1. Gadis Manis, Publika 
2. Lycee Francais de Kuala Lumpur 
3. French Association of Malaysia 
4. Selected international schools 


Ok ada berita baik untuk korang,

Team Bazaar Le Marché de Noël bermurah hati untuk hadiah kat pembaca setia blog www.ciklilyputih.com ni. 

Eleh sukar lah tuh.

Korang kena jawab 2 soalan dan 1 slogan kreatif mengenai bazaar ni tau.

Soalan 1 : 
Bila tarikh Bazaar Le Marché de Noël akan di adakan ?

Soalan 2 : 
Dimanakah lokasi Bazaar Le Marché de Noël ni ?

Slogan kreatif, lengkapkan ayat ini.

Saya teringin ke Bazaar Le Marché de Noël kerana_______________ (ikut kreativiti koranglah dan yang penting meletopss)

Just jawab di ruangan komen ni ek dengan details seperti:

Nama :
Email : 

So senang sket aku nak contact korang nanti.

Hadiahnya adalah :

Pemenang Pertama : 
1 Melvita hamper worth RM250
Pemenang Kedua : 
 1 Sothys Voucher worth RM50
Pemenang Ketiga : 
 1 Melvita Voucher worth RM20

Itu sahaja


Untuk details lebih lanjut mengenai Bazaar Le Marché de Noël, korang boleh log in ke 


ataupun 

Facebook page https://www.facebook.com/leMarchedeNoel.


Telefon : Barbara Bersano-Bosc 017-351-4871 or Flavie Causse 012-6823-411 

So cepatlah jawab ek..