Wednesday, December 20, 2023

Preview Filem | The Lord Musang King

Hi Korang,

Selepas menjalani 21 hari Penggambaraan filem yang mengangkat usahasama antara industri perfileman tempatan bersama gergasi filem Asia iaitu Korea Selatan, filem berjudul THE LORD MUSANG KING akhirnya bakal menemui pencinta filem tempatan yang akan ditayangkan diseluruh pawagam tanahair mulai 21 Disember ini.



Pada Majlis Malam Gala, Tayangan Perdana Filem The Lord Musang King yang diadakan di GCS LALAPORT baru-baru ini, ia bertujuan meraikan kejayaan kolaborasi pertama Malaysia dan Korea Selatan disamping menghargai sokongan seluruh industri perfileman tempatan untuk membawa lebih banyak lagi filem tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Meskipun The Lord Musang King merupakan filem sulung terbitan HUNDRED YEARS POPCORN PRODUCTION SDN BHD yang dimiliki oleh Penerbit Muzik Veteran, Ong Peng Chu, namun pengalamannya selama 38 tahun dalam industri Muzik tempatan dan antarabangsa memberi keyakinan tinggi baginya untuk menceburi dunia perfileman yang dirasakan satu bidang yang seiring.

Filem Malaysia pertama arahan Pengarah dari Korea Selatan, Lee Moon Ho yang sebelum ini terkenal dengan filem arahannya seperti My Way dan Underground Dragon King, berharap dapat diterima oleh pencinta filem negara ini sekaligus memberi sokongan dengan menontonnya dipawagam seluruh negara.

Informasi Ringkas Tentang Filem The Lord Musang King



Tajuk Filem : The Lord Musang King

Saluran : Pawagam

Tarikh Tayangan : 21 Disember 2023

Waktu Tayangan :

Pengarah : Lee Moon Ho

Terbitan : Hundred Years Popcorn Production

Pelakon : Eddie Chow, Yusuf Bahrin, Hafidzuddin Fazil, Fimie Don, Jay Iswazir, Harissa Adlynn Halim, Azri Sabri, Kim Bo Yeon, Kwak Dong Hyuk

Sinopsis Filem The Lord Musang King


Filem yang menggunakan tiga bahasa iaitu Malaysia, Korea dan Inggeris ini mengangkat kisah Haikal, anak pekebun durian Musang King yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan. Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan syarikat perdagangan antarabangsa untuk membebaskan anaknya. Namun, Samad dibunuh 'taikun' Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya. Haikal berjaya menemui musuh dan pembunuh bapanya dengan bantuan rakan-rakannya dan akhirnya bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa dalang pembunuhan ke muka pengadilan.






The Lord Musang King dibarisi dengan pelakon pelakon seperti Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlynn, Jay Iswazir, Azri Sabri , Eddie Chow yang juga merupakan penerbit filem ini dan pelakon hebat Korea Selatan iaitu Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.

Review The Lord Musang King


Bagi kak lily barisan para pelakonnya sangat hebat, baik pelakon antarabangsa mahupun tempatan. Jalan cerita amat menarik, nampak macam straight forward tetapi ada plot twist di situ. Aksi-aksi pergaduhan sememangnya real walaupun hanya lakonan semata-mata terutamanya aksi pergaduhan di dalam penjara.

Apa-apa pun, filem ini sesuai di tonton seisi keluarga di musim cuti sekolah ini.


Filem ini juga mendapat sokongan daripada KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) menerusi DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD).



Terbitan : Hundred Years Popcorn Production

Pengedar: Metrowealth (MiG) Penerbit: Eddie Chow

Penerbit Eksekutif: Ong Peng Chu

Pengarah: Lee Moon Ho (Korea Selatan)



No comments :