Friday, July 28, 2023

Set HOT POT Istimewa Di Armada Hotel Petaling Jaya

Hi Korang,

Hidangan Hot Pot kini mula mendapat perhatian rakyat Malaysia khususnya si kaki makan macam kak lily nih.

Ketika ktorang berstaycation minggu lepas di sana, sempatlah kak lily merasai sendiri keenakan hidangan Hot Pot yang dibawakan oleh Restoran Utara.


Set Hot Pot yang sedia maklum kita tahu ia adalah makanan macam steamboat tapi kat sini ada set-set hidangan untuk dua orang makan yang boleh dipilih. Kalau yang nak makan protein boleh pilih Set Daging Lembu atau juga Set Daging Ayam. Kalau pecinta untuk makanan laut boleh pilih Set Seafood. Bagi yang memang vegetarian boleh pilih Set Vegetarian.

Set Hot Pot ini akan dihidangkan dengan satu jenis sup yang boleh dipilih.



Sup terdiri daripada empat jenis sup yang cukup menyelerakan. 

Korang boleh pilih Sup Mala yang suka pedas dan berapi-api kat mulut. Bagi yang suka Sup Ayam atau Sup Tom Yam yang tidak pedas dan nyaman-nyaman kalau hirup. Serta ada juga Sup Vegetarian untuk yang memang makan sayur sahaja.

Setiap set ada harga yang berlainan. 




Harga bermula daripada RM36+ setiap orang untuk pilihan Set Vegetarian, RM40+ untuk Set Daging Ayam, RM58+ untuk Set Daging Lembu, serta paling istimewa RM68+ yang mewah bagi setiap orang untuk Set Seafood.


Sebagai hidangan tambahan, korang boleh dapat diskaun sebanyak 15% untuk bulan Julai pada Set Hot Pot. Tetapi bukan itu sahaja untuk tempahan Set Hot Pot bulan Julai ini juga akan dapat pencuci mulut percuma.


Tapi ingat ia hanya bulan Julai ini sahaja tau ada beberapa hari ni lagi boleh dapat promosi ini. Jadi tunggu apa lagi datang sekarang makan Hot Pot di Utara Cafe Hotel Armada Petaling Jaya.

Hidangan Set Hot Pot disediakan dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 5.00petang hingga malam.

Jadi jangan datang tengahari kerana ia untuk korang makan malam lepas kerja datang dengan kawan-kawan atau bawa keluarga sangat sesuai. Tapi kalau korang nak buat tempahan khas pada waktu lain boleh cuma kena buat tempahan awal agar pihak restoran boleh sediakan bila masa yang korang nak tu.

Untuk tempahan, sila hubungi di (03) 7954 6888 or email us at armada@armada.com.my.

Jom kita ke :

Utara Cafe
Hotel Armada Petaling Jaya
LOT 6 LORONG UTARA C,
SECTION 52,
46200 PETALING JAYA, SELANGOR


Tel (603) 7954 6888
Fax (603) 7956 8088


No comments :