Saturday, March 18, 2023

Buffet Ramadhan 2023 | Iftar Terbesar di Malaysia 2023 di MAHA BUFFET

Hi Korang,

Pernah dengan MAEPS membuka dewannya untuk Buffet Ramadan Yang Terbesar di Malaysia??

Agaknya macam mana lah rupanya tuh kan


Kalau korang nak tau baru-baru ini kak lily berkesempatan ke program FOOD TESTING sempena perlancaran MAHA BUFFET iaitu BUFFET BERBUKA/IFTAR TERBESAR MALAYSIA PADA 2023.

Projek MAHA BUFFET ini melibatkan dua otai dalam dunia FNB iaitu Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan. Mereka yang terkenal dengan menu tengahari seperti sotong giant bakar & western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan ini. Projek MAHA BUFFET ini akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 March 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30pm – 10.00pm di Dewan C, MAEPS Serdang.





Ia digelar sebagai MAHA BUFFET kerana mempunyai lebih 200 jenis menu setiap hari dan 20 stall live cooking menu yang terdiri dari bakar-bakar, masakan kampung, western dan street food, pencuci mulut, kuih-muih & menariknya di MAHA BUFFET turut menyediakan Kids Food Station supaya kanak-kanak juga turut menikmati menu berbuka yang lazat & menepati citarasa anak-anak.


Dengan tagline “Family Friendly Buffet”,mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum waktu berbuka. 


Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami & pelbagai lagi aktiviti menarik. Lebih menarik setiap hari akan diserikan dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid & perkongsian dari penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan.

Julung kalinya, MAHA BUFFET turut menganjurkan program tadarus Al -Quran yang akan diadakan setiap hari sebelum berbuka. Ia memberi peluang kepada semua muslimin muslimat untuk bertadarus sementara menunggu waktu berbuka.








Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar, malah MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP & Valet Parking untuk memudahkan semua pengunjung yang datang.







Sepanjang program food testing ini, pelbagai jenis makanan dan minuman yang di hidangkan rasanya sangat memuaskan hati. Sedap, terasa seperti makan dirumah. Cukup rasa, bahan dan yang paling penting BERSIH. Setiap masakan itu dimasak dengan penuh kasih sayang & teliti penyediaanya. Bab makanan ni, kebanyakan memang cerewet tapi saya yakin di MAHA BUFFET, korang tidak akan menyesal.




Sangat berbaloi untuk nikmati kerana:

👉 200 jenis menu pelbagai jenis

👉 Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak

👉 2 mega Kids area

👉 Persembahan artis nasyid terkenal

👉 Perkongsian penceramah terkenal tanah air

👉 Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya

👉 Parking PERCUMA

👉 Surau yang luas & selesa


Harga untuk MAHA BUFFET 2023 adalah : 

RM89.90 SAHAJA (dewasa)

RM49.90 (kanak-kanak/OKU/Warga emas)

PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah.

Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. 



Untuk pertanyaan dan pembelian boleh klik link di bawah ya! https://linktr.ee/munstermalaysia

#buffetramadhan2023
#makkimbongxexperimentkitchen 
#iftarterbesarmalaysia2023
#mahabuffet2023 

@kakkimbong 
@experimentkitchen


No comments :