Thursday, January 26, 2023

SANTAN MAWAR, Memang Enak Lagi Berkhasiat

Hi Korang,

Untuk mereka yang kaki makan makan bersantan seperti kari, lemak cili padi, rendang mahupun pemanis mulut seperti cendol, bubur, kuih muih dan banyak lagi, kak lily syorkan korang gunakan jenama Santan Mawar.


Seriously kak lily tak pernah dengar mengenai Santan Mawar sehingga ada orang bagitau yang Doktor pun encourage pesakit jantung, yang pernah kena stroke supaya minum terus je santan segar ni. Maklumlah husband kak lily Mr Big kan baru jer lepas daripada operation stem jantung hari tuh so memang nak kena jaga corak pemakanannya tau.

Oh ya, meh sini kak lily kongsikan cara memilih santan yang baik untuk setiap masakan korang tau. Pilih lah santan yang baik dan berkualiti seperti Santan Mawar. 


Santan mawar adalah produk makanan berstatus premium Ini adalah kerana :

Diproses menggunakan kelapa tempatan yang dipilih kualitinya dan dipetik segar dari ladang setiap hari.

100% santan asli - Tidak campur air.

Diproses setiap hari bagi menjamin kesegarannya.

Packaging lebih selamat iaitu menggunakan konsep three sided seal bagi menjamin kesegaran santan tersebut. Sangat kukuh dah tidak mudah pecah

Zero trans fat iaitu tidak mengandungi lemak yang tidak baik untuk kesihatan.


Santan Mawar merupakan santan premium halal yang didatangkan bersama tiga saiz kuantiti iaitu 250ml, 500ml dan 1000ml.

Jika dilihat diatas pembungkusan memang kita boleh nampak sendiri kandungan bahan Santan Mawar secara terperinci. Sekaligus, menambah keyakinan kepada pengguna terhadap kandungan Santan Mawar.

Kak lily sendiri telah mencuba Santan Mawar ni tau, dengan memasak Rendang Ayam.



Resipi Rendang Ayam

Bahan bahan:

1/2 ekor ayam

1 ulas bawang besar – di blend

5 ulas bawang putih – di blend

Halia, lengkuas, kunyit hidup, serai – agak-agak sukatannya dan di blend

1 paket Santan Mawar

Garam, Gula

Sedikit kerisik

Cara cara:

Masukkan ayam dan gaul rata kesemua bahan-bahan yang di kisar sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.


Tetapi tidak dinafikan rasanya tetap sedap, cukup lemak berkrim dengan adanya Santan Mawar.

Masak menggunakan Santan Mawar memang mudah dan jimat masa. Kualiti premium menjadikan hidangan yang menggunakan Santan Mawar ini lebih enak.

Disebabkan kualitinya yang premium, penggunaan terbaik Santan Mawar adalah dalam tempoh 7 hari selepas pembelian. Dan jika korang nak dapatkan santan ini bolehlah hubungi di talian +60172097173


Harga *SANTAN MAWAR (segar)*

· RM16 untuk1kg,

· RM8 untuk 500gram

· RM4 untuk 250gram

Untuk lebih info tentang Santan Mawar, boleh 👍 like dan follow media sosial :-

IG santan mawar :

Tiktok santan mawar :

No comments :