Saturday, December 17, 2022

Influenyou Jenama Hebat Influencer Marketing Di Malaysia Terbukti Dengan Pembukaan Pejabat Baharu Di Rawang

Hi Korang,

Korang seorang contect creator, influencer atau KOL?


Rugi kalau korang ada bakat tapi tidak dikembangkan sebaiknya. Cari peluang yang ada untuk terus menjana pendapatan sambilan dengan cara yang korang suka. Sebab itu sekarang ni telah ada satu agensi iaitu Influenyou sebagai platform pemasaran pempengaruh terkemuka di Malaysia yang menghubungkan jenama untuk memberikan pendedahan baharu kepada jenama tertentu dengan pempengaruh yang mereka perlukan.

Kak lily dah lama sertai Influenyou ini.

Agensi yang sangat aktif dalam dunia maya sejak 13 tahun yang lalu. Mereka menghubungkan lebih dari 5000 pempengaruh pelbagai latar belakang dan niche. Ia juga mempunyai sehingga 10juta pengikut untuk bekerjasama dengan mempromosikan beberapa jenama dan lebih daripada 350 jenama produk & testimoni yang berjaya. Selain pemasaran pempengaruh, mereka juga menyediakan fotografi produk, perkhidmatan bakat dan pendidikan influencer untuk membina Pemimpin Pendapat Utama.


Baru-baru ini kak lily berkesempatan untuk berjumpa sendiri dengan pengasas dan juga semua pempengaruh yang pernah bekerja dengan Influenyou. Di dalam satu majlis iaitu "Grand Opening New Office Influenyou" yang berlangsung di pejabat baharu mereka di Rawang pada 17 Disember 2022 yang lalu. Selalu hanya berkomunikasi dalam dunia maya sahaja kali ini dapat berjumpa depan-depan dan secara langsung mengeratkan silatulrahim serta dapat berkenalan lebih dekat. Ramai yang hadir pada hari tu lebih daripada 50 orang pempengaruh dari berbagai latar belakang seperti Instagramers, TikTokers, Youtubers, Bloggers dan ramai lagilah.




Pada majlis tu juga turut diadakan sesi bergambar dengan semua pempengaruh yang pernah bekerjasama dengan Influenyou. 





Juga ada acara pemotongan riben oleh tetamu VIP dan pengasas Influenyou serta persembahan Tarian Singa simbolik meraikan pembukaan pejabat baharu mereka. Serta ada juga sesi makan dan minum yang disediakan oleh penaja-penaja. 



Tidak lengkap juga majlis pada hari tersebut sekiranya tiada barisan penaja yang sudi menaja goodie bag dan juga makanan dan minuman untuk semua tetamu. Penaja seperti ALEXANDRA MICHELLE iaitu penaja lipstik dalam goodie bag. 




Juga penaja makanan dari THE FISH BOWL yang menyediakan hidangan sedap-sedap dalam bowl yang sihat. Nanti nak datang makan kat sana lah sedap yang Salmon tu suka. Kemudian YUEN Homebased Sandwich penaja kepada sandwich yang padat dan penuh satu mulut kalau masuk sandwich ini. Kemudian minuman daripada CHATTO Malaysia yang menyediakan minuman unik tapi sangat sedap.

Juga barisan penaja lain yang taja hadiah dan juga baucer seperti dari SINCERE Skin Solution, CASABLANCA AESTHETIC, THE JEIS dan PIN TEA.


Juga turut sama meraikan dan berada di majlis tersebut barisan VIP seperti YB Tuan Chua Wei Kiat iaitu ADUN Rawang. Juga turut sama YB Tuan William Leong Jee Keen iaitu Ahli Perlimen Selayang serta Prof. Dr. Robin Tan selaku President Asia Excellence Entrepreneur Federation. Memang meriah majlis hari tu walaupun ia dalam suasana yang santai dan relax sahaja.

Semoga terus berjaya menjadi jenama yang dipercayai oleh ramai pelanggan mereka. Kalau korang tak percaya bahawa Influenyou ini juga telah menang beberapa anugerah diperingkat tertinggi.



Antara anugerah yang pernah di terima :

- Annual Emerging Brand Award of the International Supreme Brand Awards

- International Supreme Brand Award Annual Entrepreneur Grand Prize 2022

- IAQ International Service Quality Standards Certification

- The 10th International Prestige Brand Awards 2022

All the best tau Casstine!! I support you tau..

Mungkin ada yang berminat nak sertai komuniti mereka ini. Boleh berhubung dengan maklumat seperti di bawah ni ok.

Instagram Casstine: @ccy24_

Facebook page Casstine: @ccy24_

Alamat : INFLUENYOU (003131235-X)

No 113A, Pusat Komersial Anggun City 2, 
Jalan Anggun City 3
Taman Anggun, 
48000 Rawang Selangor

Tel: +60122288386

Email : influenyou@gmail.com





No comments :