Tuesday, October 11, 2022

FINWORLD TECHNOLOGY BERJAYA TEROKAI PERISIAN PELABURAN KEWANGAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA

Hi Korang,

Tahu mengenai teknologi kewangan atau Fin Tech?

Kalau iyer, bagus tapi kalau tidak ermm meh sini kak lily terangkan serba sedikit.

Teknologi kewangan lebih dikenali sebagai Fintech digunakan untuk menerangkan teknologi baharu yang berusaha untuk menambah baik dan mengautomasikan penyampaian dan penggunaan perkhidmatan kewangan.


Bila cerita mengenai pelaburan, tak ramai yang ingin mengambil risiko untuk melabur seriously kak lily pun tidak betapa mengemari aktiviti ini kerana bimbang ianya akan merugikan. Maklumlah kak lily kurangnya ilmu mengenai bagaimana nak menguruskan kewangan dalam bidang pelaburan.

Walau bagaimana pun setelah kak lily mendengar mengenai informasi perisian pelaburan kewangan dari Finworld.com iaitu Encik Simon Liau kak lily rasa lega sedikit serta kurang sedikit ragu-ragu terhadap proses pelaburan ini. Kalau korang nak tau yang beliau adalah pengasas dan ketua pegawai Eksekutif di dalam Finworld yang Berjaya membawa nama Finworld itu sendiri dengan memenangi anugerah Golden Bull Award 2022.

Nak bercerita tentang turun naik seorang usahawan ni memang kita tak sangka bahawa beliau telah mengharungi banyak dugaan tetapi dengan berkat usaha beliau dan tidak mudah patah semangat membuatka beliau Berjaya sekarang ni.

Kata Encik Simon Liau, syarikat yang tidak dicabar, tidak boleh menjadi lebih besar. Betul tu, kalau kita tidak menerima cabaran, masakan kita oleh berubah untuk menjadi lebih baik kan?

Mari kak lily kongsikan serba sedikit tentang latar belakang Finworld Techology Sdn Bhd.

LATAR BELAKANG FINWORLD TECHOLOGY SDN BHD

FINWORLD TECHNOLOGY ialah sebuah syarikat yang memandang ke hadapan yang memberi tumpuan kepada penyelesaian pelabur yang diperlukan.

Mereka menghubungkan pelabur kepada rangkaian data dan maklumat yang dinamik dalam pergerakan harga saham yang menyampaikan pasaran saham dan keputusan kewangan syarikat tersenarai.

Visi Finworld ini ialah memanfaatkan teknologi canggih dan data yang dipercayai kepada pelabur. Mereka mempunyai misi dalam menyampaikan data dan maklumat kewangan dengan berkesan melalui teknologi inovatif terutama untuk pelabur dan professional pasaran saham.

Melalui FInworld kewangan terperinci disediakan termasuk juga data dan analisis kewangan.

Bukan itu sahaja, pelabur juga boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas apabila melakukan sebarang analisis pelaburan. Yang paling penting ialah mereka dapat meningkatkan prestasi pelaburan mereka.



Pengarah Finworld iaitu Encik Simon, selepas menamatkan Sarjana dalam kejuruteraan Kewangan di UK, berazam untuk membawa dunia kewangan negara Barat tekad untuk pulang ke Malaysia. Sebab utamanya ialah di Malaysia tiada satu pun syarikat perisian dan saham tempatan yang membantu pelabur-pelabur di Malaysia terus berkembang.

Walau banyak cabaran yang dilalui oleh beliau dan beliau merasa kesuntukkan masa, beliau tetap berusaha kerana peluang ada dimana-mana.Kalau tidak bertindak segera, pasti akan merugikan.

Beliau menerapkan ilmu yang dipelajari. Untuk cabaran dan risiko yang dihadapai, En Simon dan pasukannya telah mendigitalkan semua risiko dan ganjaran kemudian membuat keputusan yang sesuai dengan kepentingan syarikat.

Namun bukan senang nak senang, tapi bila kita sentiasa menganggap masalah itu satu cabaran, insyallah kita boleh mengatasinya dengan mudah dan tenang.


Jangan berhenti, jangan berputus asa. Usaha selama ini beransur-ansur berkembang dengan mantap. Hasilnya pada tahun 2022 mereka telah memenangi GOLDEN BULL AWARD.

En Simon percaya bahawa pencapaian ini dipercayai dari dua aspek. Produk Finworld yang dibangunkan diiktiraf oleh pelanggan.Sebenarnya Simon dan pasukan telah berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dan kualiti perkhidmatan.

Beliau berkata “Kami tidak akan memilih untuk berhenti kerana prestasi cemerlang lebih ramai tidak akan memilih untuk berputus asa kerana prestasi yang lemah.

Dari segi aspek dalaman pula, En Simon berpegang kepada empat perkara iaitu

1. Semua keputusan diukur berdasarkan pertubuhan syarikat

2. Keupayaan untuk mengubah kos syarikat secara fleksibel dan penggunaannya.

3. Teruskan merealisasikan ruang pembangunan

4. Semua operasi harian perniagaan diautomasikan dan digitalkan

Dua tahun berlalu, banyak perniagaan menghadapi peringkat cabaran.

Ianya menjadi cabaran kepada En.Simon dan dalam tempoh ini adalah peluang yang sangat mencabar. Tiada kejayaan tanpa cabaran dan tiada keuntungan tanpa risiko namun En.Simon berani dalam menghadapi cabaran yang datang kepada beliau.

RANCANG, GUNAKAN DAN KEMUDIAN BERTINDAK

Melihat ke masa hadapan, En.Simon berazam untuk membangunkan produk domestik yang boleh dibeli dan dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, kita perlu memikirkan setiap langkah sebelum kita ambil tidakan, daripada kita bertindak melulu tanpa perancangan yang betul.



Sekiranya ianya berlaku, kita cuba untuk hadapi dan selesaikan pada masa yang sama, inovasi dan perbaiki produk dan perkhidmatan kualiti.Ia juga penting bagi memastikan kemampaman perniagaan.


Pada pendapat beliau sendiri, apabila pasaran tidak boleh hidup tanpa produk kita, ianya sudah berjaya pada langkah pertama. Peringkat seterusnya ialah produk kita tidak boleh digantikan dengan produk lain. Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, En Simon mengingatkan supaya tidak berhenti bercakap, mesti bertindak. Sebagai tambahan, apabila tiada hasil, jangan berlagak merata-rata kerana ini juga kepercayaan yang beliau pegang sejak beliau memulakan perniagaannya.

Finworld sangat berbesar hati untuk melantik Dr. Ridzwan Bin Bakar menjadi penasihat korporat syarikat.

Berikut kak lily kongsikan sedikit latarbelakang Dr. Ridzwan Bin Bakar sebagai rujukan korang.



Latar belakang pendidikan:

1. (CPA CMA CA ACIS FCMA CIIF RFP Shariah) Akauntan profesional bertauliah

2. Berkhidmat sebagai ketua Program Akauntan Awam Islam Bertauliah (CIPA CIMA Australia 2018-2021)

3. Pemimpin Standard Perakaunan Islam Malaysia

4. Lembaga Penasihat Pelan perakaunan (KPB) dan Wakaf

Seronok bila kita mendengar tentang kejayaan seseorang, tapi kalau nak ikut jejak langkah mereka yang Berjaya, kita kena tahu latarbelakang, segala perjalanan yang mereka lalui sebelum mereka Berjaya.Dari situlah kita akan nampak betapa susahnya mereka yang berjaya ni, berjaya untuk sekarang ni.

Dalam dunia pelaburan ni kita memang perlukan sifoo yang boleh mengajar kita mestilah seorang berpengalaman yang mana pernah melalui zaman susah dan senang.

Untuk korang yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dalam pelaburan dan kewangan bolehlah mengggunakan khidmat dari Finworld Technology Sdn Bhd ni.



Oh ya, ada berita baik untuk korang yang ingin menyertai seminar anjuran FINWORLD Tech ini, korang boleh gunakan PROMO CODE https://wa.link/2rrc72 ini untuk dapatkan promosi terkini dan juga PERCUMA 3 jam latihan.

Untuk maklumat lanjut tentang Finworld Technology ni oleh layari laman sosial dibawah.

FINWORLD TECHNOLOGY SDN. BHD.

Alamat:No7-2 Jalan PJU5/6, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,

Selangor, Malaysia.

Telefon:+ 6010-5315491




Ayuh kita serahkan kepada yang pakar untuk terus membimbing kita agar tidak tersasar dari landasan yang salah.

No comments :