Saturday, February 19, 2022

ADIK BERADIK BERLAINAN AGAMA MENERIMA ANUGERAH DI KONVENSYEN TAHUNAN YANG KE-17 AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD

Hi Korang,

Sedikit berita gembira yang kak lily nak kongsikan kepada korang semua hah

Nur Elaine Aisyah Binti Abdullah bersama adiknya Jocelyn Ong Siew Feng diiktiraf sebagai penerima Anugerah Perancang Harta Pusaka Islam bagi Kategori Rekruit Tertinggi bagi tahun 2021, bersempena meraikan Konvensyen Tahunan Yang Ke-17 di pusat persidangan Bangsar South baru-baru ini.


Pengiktirafan tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Dr Ashar Abdullah, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah as-Salihin Trustee Berhad dan Tn. Hj Abdul Aziz Peru Mohamed, Pengarah dan Ahli Lembaga as-Salihin Trustee Berhad. Majlis anugerah ini turut disaksikan oleh lebih 50 tetamu undangan khas di majlis makan malam tersebut dengan bertemakan ‘BATIK.


Kejayaan yang diperolehi kedua beradik ini telah disatukan dalam kerjaya yang sama iaitu sebagai Perancang harta pusaka Islam di mana kedua-dua adik beradik yang berlesen Certified Financial Planner (CFP) ini menubuhkan agensi yang dinamakan ERA ADVISORY, berdaftar di bawah as-Salihin Trustee Berhad - syarikat amanah yang ditubuhkan sejak 18 tahun lalu oleh Allahyarham Tun Mohd Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara.

“Alhamdulillah, kami berdua adik beradik amat teruja dan rasa syukur atas anugerah yang kami terima pada malam ini. Kami percaya bahawa anugerah ini adalah hasil usaha dan berkat doa daripada semua pihak. Misi kami di ERA Advisory adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan perancangan pusaka dan fokus kami adalah memberi peluang pendapatan kepada mereka yang minat untuk menceburi bidang Perancangan Kewangan Islam, khususnya bidang perancangan harta pusaka bagi umat Islam. Di ERA ADVISORY, kami menyediakan pelbagai latihan dan kursus untuk membimbing ahli-ahli kami demi menjadi perancang harta pusaka yang berkualiti dan bertauliah. Keunikan yang dapat kami adik beradik sampaikan adalah penyampaian latihan dalam pelbagai bahasa, termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Ini menjadi satu tarikan kepada orang ramai yang ingin menuntut ilmu perancangan Harta Pusaka Islam dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Mandarin.” Kata Elaine Aisyah.

“Hukum Faraid bagi umat Islam sangat lengkap dan terperinci. Saya rasa syukur kerana banyak ilmu dan pengetahuan yang saya belajar selama saya menceburi bidang ini. Niat saya ialah memberi kesedaran dan peluang kerjaya kepada lebih ramai professional di industry kewangan melalui pendekatan dan bahasa yang mereka selesa untuk belajar.” Ujar Jocelyn Ong.

Kerjaya sebagai Perancang Kewangan, khususnya dalam bidang Perancang Harta Pusaka Islam ini telahpun merapatkan lagi sillahturahim kedua-dua adik beradik yang berlainan agama ini.


Elaine Aisyah dan Jocelyn Ong muncul sebagai penerima “Anugerah Top Recruiter Tahun 2021” atas kejayaan mereka mencatatkan bilangan recruit tertinggi di seluruh Malaysia. Kini, ERA Advisory mempunyai lebih 100 orang perancang harta pusaka yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, latar belakang termasuklah akauntan, auditor, guru, engineer, pengurus hotel, professional kewangan, ustadz dan sebagainya yang berlokasi di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.

“Bagi sesiapa yang ingin mencari peluang pekerjaan dan peluang pendapatan, inilah peluang anda untuk menjadi kaya di dunia dan kaya akhirat.” Elaine Aisyah mengakhiri ucapan beliau dengan mengajak orang ramai menceburi bidang kerjaya sebagai Perancang Harta Pusaka.


No comments :