Monday, July 5, 2021

Sos Sriracha TABASCO® Diperkenalkan di Malaysia

Hi Korang,

Pencinta makanan pedas di Malaysia kini boleh bersorak gembira, kerana Sos Sriracha TABASCO® serba baharu keluaran Syarikat McIlhenny kini boleh didapati di Malaysia. 



Mula ditemui di Si Racha, sebuah bandar pesisir kecil di Thailand Tenggara pada tahun 1949, sos klasik Thai ini kini telah diadun dengan keenakan Sos TABASCO® untuk menjadikannya lebih pekat dan kaya dengan perisa sebagai versi baharu sos Thai yang digemari oleh semua orang.

Sejajar dengan misinya untuk “Make Everything Better”, pelancaran Sos Sriracha TABASCO® telah menggambarkan dengan baik tentang rasa cinta warga Asia Tenggara terhadap kepedasan! 


Sos Sriracha TABASCO® diperbuat daripada cili manis dan bawang putih, tetapi juga turut menampilkan lada tabasco yang diperam, iaitu elemen pembuatan istimewa Syarikat McIlhenny yang tidak dapat ditandingi. Sos yang dihasilkan adalah pekat, padat dengan perisa, bebas bahan pengawet serta sesuai untuk dimakan oleh golongan vegetarian dan vegan. Disamping itu, kesemua produk TABASCO® yang diedarkan di Malaysia adalah Halal dan diperakui oleh JAKIM.

Kaya dengan perisa, Sos Sriracha TABASCO® yang sederhana pedas ini boleh dinikmati oleh semua orang! Enak digunakan sebagai perapan, Sos Sriracha TABASCO® juga boleh dijadikan sebagai bahan perasa dan pencicah, serta boleh dipadankan dengan pelbagai makanan Asia Tenggara seperti nasi goreng, mee goreng, gorengan kilas, sup kuey-teow dan banyak lagi. 



Tidak hanya itu, Sos Sriracha TABASCO® turut boleh dihidangkan bersama dengan makanan Barat seperti burger, kentang goreng dan skewers.

Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn. Bhd. yang merupakan pengedar eksklusif Sos TABASCO® berkata, “Kami menyedari keperluan untuk mencipta produk-produk baharu bagi memenuhi kehendak pengguna yang kian berubah. Inilah sebabnya TABASCO® dengan bangga menghasilkan perisa-perisa yang menarik dan istimewa yang menawarkan pengalaman makanan yang luarbiasa kepada semua penggemar makanan pedas. Kami yakin bahawa rakyat Malaysia akan menikmati Sos Sriracha TABASCO® serba baharu ini, Tidak dapat dinafikan, apa jua hidangan pastinya akan menjadi lebih enak dan tidak dapat ditolak dengan hanya setitis Sos Sriracha TABASCO®. Kami akan terus menyediakan sos yang hebat dengan menggunakan bahan-bahan yang premium”.

TABASCO®, jenama sos pedas yang paling dipercayai di dunia boleh didapati di kebanyakan kedai makanan runcit di Malaysia serta di platform-platform E-dagang.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sos Sriracha TABASCO® yang menggoda selera ini di Malaysia, sila layari :



Mengenai Syarikat McIlhenny

Sejak 1868, Syarikat McIlhenny telah menghasilkan produk-produk berjenama TABASCO®, yang telah dijual di 195 buah negara dan kawasan di seluruh dunia serta dilabel dalam 25 bahasa dan dialek. Rangkaian sos lada keluaran syarikat ini termasuklah Sos TABASCO® yang dikenali di seluruh dunia, Sos Hijau TABASCO®, Sos Chipotle TABASCO®, Sos Manis & Pedas TABASCO®, Sos Habanero TABASCO®, Sos Bawang Putih TABASCO®, dan Sos Gaya Buffalo TABASCO®.

TABASCO® diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn. Bhd. GBA kini menguruskan pelbagai jenama terkemuka hasil daripada kerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia dengan ramai peneraju jenama dalam kategori-kategori tertentu.


No comments :