Thursday, October 8, 2020

XORRA Body Wash | Memang Tersurat Rezeki Cik Manggis Bersama Farmasia Sdn Bhd

Hi Korang, 


Pandemik Covid-19 benar-benar memberi impak baik secara mental mahupun fizikal, apatah lagi ia turut terkait dengan ekonomi termasuk menyusutkan kantung dapur kita. Ramai yang hilang pekerjaan dan beralih kepada alternatif mencari mata pencarian. 

Hal ini disedari oleh Pengarah Urusan Farmasia Sdn Bhd, Puan Zohrah Razak sehingga terpanggil untuk membantu mereka memulakan perniagaan sebagai cabang rezeki baru. 



Sepatah dua kata dari Puan Zohrah Razak ketika di majlis pelancaran XORRA Body Wash baru-baru ini di Cyberjaya berkata “Mulanya saya pun tidak terlintas untuk keluarkan produk kecantikan sendiri memandangkan syarikat saya sejak 2009 lagi menjadi pengedar ubat-ubatan ke seluruh negara. Namun dek kerana ingin membantu mereka mencari pendapatan sampingan atau utama, timbul idea untuk saya keluarkan produk di dalam bidang kecantikan. 

“Maka lahirlah sabun mandian Xorra Body Wash kerana dari segi pasaran, saya melihat industri kecantikan sangat berkembang dan memudahkan mereka yang mahu berniaga untuk memasarkannya. 

“Bagaimanapun syarikat kami bukan buat sesuka hati semata-mata pasaran yang besar dan sebagai syarikat yang berpengalaman dalam industri farmaseutikal, kami gabungkan kecantikan dan sains itu dalam Xorra Body Wash: The Science of Care,” 


Xorra Body Wash: The Science of Care 

Produk penjagaan diri ini didatangkan dalam 3 haruman yakni Rose Petals, Morning Breeze dan Sakura Spring. Ketiga-tiganya mempunyai haruman minyak wangi yang berbeza dan tahan lama. 


Xorra diambil daripada perkataan Arab, ZAHRAH yang bermaksud BLOSSOM atau KEMBANG. Biarpun setiap pagi kita melihat bunga yang kembang tetapi ramai yang tidak tahu tentang keunikan essence di sebalik itu. Warna, haruman dan tenaga kembangan bunga itu menjadi inspirasi kecantikan Xorra. 

Menurut Puan Zohrah, sabun mandian Xorra Body Wash ini sangat berbeza daripada apa yang sudah ada di dalam pasaran tempatan terutama kandungannya yang berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi, selain haruman tadi. 



“Kami menggunakan ekstrak tumbuhan dan berasaskan alam semulajadi seperti ekstrak ros dan minyak argan yang sangat baik untuk kulit manusia. Kami cuba mengelak daripada penggunaan bahan kimia kerana ia akan mengganggu kulit kita kemudian hari. 

“Secara tak langsung, kami ingin mendidik masyarakat peri pentingnya menggunakan produk yang bebas bahan kimia. 

“Selama ini orang kita hanya fikir atau mengelak daripada makanan yang banyak bahan terlarang tetapi kadang-kadang mereka lupa terhadap penjagaan diri seperti kulit yang sering terdedah kepada bahan kimia. Kalau mandi dua kali sehari, itu bermakna dua kali juga kita terdedah kepada risiko jika menggunakan bahan mandian berasaskan bahan kimia,” katanya. 

“Kami mempunyai fasiliti pengilangan, makmal dan kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mampu mengeluarkan produk berkualiti. Kami menggunakan kelebihan kami dalam bidang teknologi peralatan perubatan untuk menghasilkan formulasi rangkaian XORRA. So, XORRA is really the SCIENCE OF CARE,” beliau menambah lagi. 


Cik Maggis Di Pilih Sebagai Duta XORRA Body Wash 


Di majlis itu juga, Farmasia Sdn Bhd memperkenalkan duta Xorra Body Wash: The Science of Care iaitu Cik Manggis. Menurut Puan Zohrah, pemilihan selebriti popular itu dilakukan kerana tepat dengan keunikan ciri-ciri sabun mandian tersebut. 




Cik Manggis seorang yang bekerjaya, isteri, ibu dan profesional. Ciri-ciri ini sesuai dengan 3 rangkaian haruman Xorra Body Wash: The Science of Care,” katanya. 



Sempat jugaklah kak lily bergambar dengan beliau, baik dan lembut orang walaupun bila akan pentas menari bukan main hebat lagi yer. 



Setiap botol Xorra Body Wash: The Science of Care mengandungi 300ml yang dijual pada harga RM148 untuk set tiga botol. 

Ermm tak sabar nak cuba balik nanti. 

Tahniah sekali lagi kepada Cik Manggis dan Farmasia Sdn Bhd di atas keluaran produk terbaru yang cukup hebat ini. 


No comments :