Sunday, October 20, 2019

Vit Dekat Di Hati di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang

Hi Korang,

Vits Makanan (Kuala Lumpur) telah mengadakan Program CSR: Vit Dekat Di Hati di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang pada 4 Oktober 2019. Ini adalah program CSR pertama yang dianjurkan. Objektif utama program ini adalah untuk mendekatkan lagi dengan masyarakat sekeliling yang memerlukan. 


Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Jalan Pahang merupakan sebuah lokasi yang telah dibangunkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan. Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dikhaskan untuk penghuni lelaki dan boleh menampung sehingga 250 penghuni pada satu masa. Pusat transit gelandangan ini dikelola oleh En.Baharin dan diselia oleh En. Izzul Haziq Pengarah Zon Tengah, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia. Pusat transit ini menyediakan tempat penginapan, kaunseling, bilik sakit, tempat untuk menyimpan barang peribadi dan unit bilik mandi. 

PEMBABITAN VITS 

Menerusi inisiatif ini, Vits (Vit Makanan KL Sdn Bhd) sebuah jenama mee segera Malaysia serta merupakan pengilang Mee Segera Halal, Mee Ramen Halal, Mee Udon Halal telah mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan sumbangan kepada penghuni di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan menyediakan makanan dan sedikit sumbangan (produk vits) bagi meringankan beban mereka. 




Pengarah Pembangunan Perniagaan Vit’s yang dihormati, Encik Lai Yaeh Tat telah menyampaikan sumbangan kepada setiap penghuni disini. Walaupun sumbangan ini adalah kecil tetapi ianya diharapkan dapat memberi sinar baru kepada penghuni di sini dan agar mereka terus merasakan bahawa masih ada insan yang prihatin kepada mereka. 

“Alhamdulilah dengan bantuan ini, kami harap agar dapat di teruskan agar mampu memberi semangat kepada kami dan penguhi di Pusat Transit ini” ulas En Izzul Haziq selaku pengarah Zon Tengah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia. 

Kami dapat melihat senyuman terpancar dari mereka dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada pihak Vit’s. Pihak Vit’s juga telah merancang agar program sebegini dapat diteruskan kepada badan-badan lain. 


Inisiatif “Vits Dekat Di hati” ini adalah merupakan tanda terima kasih kami kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah bersama-sama menyokong produk Vit’s di sepanjang 45 tahun semenjak penubuhannya. Produk Vit’s yang telah mendapat pengiktirafan Jakim Halal semenjak 35 tahun yang lepas ini telah dipelopori oleh generasi kedua. Semenjak 1975 lagi Vit’s telah banyak membantu pelbagai lapisan keluarga terutama yang mempunyai ahli keluarga yang besar dengan menyediakan sajian mee kering yang sihat, mudah disediakan dan mampu milih serendah RM 0.50 sekeping. 

“ Kami berharap agar Vit’s dapat membantu lebih ramai lagi keluarga dengan menyajikan menu makanan yang berkhasiat dan dapat menerajui industri makanan Malaysia dengan lebih maju dan terus menjadi pelopor jenama mee segera di Malaysia’. Jelas En Lai Yaeh Tat lagi. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 



No comments :