Tuesday, October 1, 2019

Rawatan Rambut GROWTH VITAMIN WASH Di MBH HAIRCARE KAJANG

Hi Korang, 

Jarang kak lily citer pasal rambut kan?? 

Sebab rambut akak gugur noks huahauhauaha, kemain banyak syampu dah guna. Sekejap elok sekejap gugur sudahnya terus akak give up hah!. Pakai jelah syampu yang hado janji kotoran minyak kat rambut tuh hilang. 

Itulah sebab rambut ahkak ko ni selalu nau serabai kalah siamang, punyalah pemalas nak sikat. Tarik-tarik guna jari je then terus keluar rumah hahahahaha. Nampak kan kemalasan di situ hehee Adalah sikat tuh tapi siakt slow-slow je sebab takut lagi banyak rambut gugur. Ramai orang cakap ‚ alah biasalah tuh rambut gugur setiap hari tapi kalau dah gugur dekat nak segenggam cam no plak kann hauhauhaua 

Sebenarnya boleh jer pi salun rambut untuk dapatkan rawatan tapi masa tuh tak de dan kesesuaian rambut kita dengan salun rambut tuh kan. 


Bila kebetulan lalu lalang di depan MBH Haircare kat Kajang ni rasa terdetik plak nak berhenti dan tanya boleh tak diorang kurangkan masalah rambut kak lily. Hilangkan gugur memang ambil masa tapi kurangkan gugurnya rambut tuh boleh. 

Apa lagi terus masuk ke MBH Haircare ni. 

MBH Haircare Kajang telah ditubuhkan pada tahun 2008 dengan gabungan teknologi moden daripada India dan herba semulajadi bagi membantu pelanggan yang merana dan menderita dengan masalah rambut yang dihadapi. Dengan keunikan rawatan yang berasaskan 100% bahan semulajadi, semua golongan usia pasti berpuas hati dengan rawatan rambut di MBH Haircare. 

isi form dulu ek untuk proses seterusnya

Di sebabkan kak lily hanya mempunyai masalah keguguran rambut je so diorang cadangkan untuk dapatkan rawatan rambut Growth Vitamin Wash. 

Seriously kak lily memang tak tau apa-apa pun until MBH team terangkan kebaikan Growth Vitamin Wash ni 

- Membersihkan pori kulit kepala sehingga ke akar menggunakan syampu vitamin khas 

- Mematikan kuman pembiak kelemumur dan merencatkan pembikan kuman 

- Melegakan masalah kulit kepala kering dan gatal 

- Menyejukkan kulit kepala dengan kesegaran maksimum 

- Memberi nutrisi kelembapan untuk kulit rambut supaya kekal lembut dan ringan hingga ke hujung 

- Memberi kadar keseimbangan untuk kulit kepala agar tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering 

- Merangsang pembukaan pori baru untuk pertumbuhan anak rambut baru 

Ermm bagus jugak rawatan ni ek 


Sebelum mulakan rawatan, kena buat analisa rambut dan kulit kepala dulu ye. 

nampak kawasan rambut berminyak

rambut nak jadi uban akibat tak sihat

pertumbuhan rambut yang aktif

yang kuning itulah rambut uban, nak kurangkan uban kene makan sayur hijau yer


Kesimpulannya walaupun rambut kak lily mengalami masalah gugur tapi kulit kepala nampak sihat. Pertumbuhan rambut pun nampak aktif sebab kebanyakan pori rambut tumbuh 2-3 helai rambut which is good tapi rambut kurang sihat dan nipis pun ada jugak dan itu menjadikan rambut beruban. 

So untuk ini rawatan ini menggunakan produk MBH Wash & Therapy Series. Di mana produk-produk seperti MBH Hair Essence Stimulating Therapy Shampoo, MBH Hair Growth Stimulating Conditioner, MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic dan MBH Hair Repair Silkening Serum di gunakan. 

abaikan muka akak yang lebar dulang tuh ek hahaahaha

Rambut kak lily dicuci dengan MBH Hair Essense Stimulating Therapy Shampoo dan Conditioner untuk membersihkan dan mematikan kuman kulit kepala serta merawat kelemumur dan kulit kepala yang berminyak. Shampoo tersebut diperkaya dengan ekstrak Bunga Raa, Minyak Kelapa Dara dan Minyak Zaitun. 


Setelah rambut dicuci, disemburnya pula dengan MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic pada permukaan kulit kepala bagi menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan mencegah kegatalan kulit kepala. Terasa berangin sejuk kulit kepala akak ni. Tonik ini sangat sesuai apabila selepas mandi kerana pori kulit kepala terbuka dan urut secara bulatan sehingga rata dan meresap hingga ke akar. 

Bila di keringkan rambut dengan hair dryer tuh rasa lega sangat. Kulit kepala rasa segar dan tak gatal pun. Nyaman je kan. 


Terakhir sekali rambut kak lily di sapukan dengan MBH Hair Repair Silkening Serum pada rambut mama bagi merawat rambut yang rosak, bercabang di hujung dan berbau serta serum ini juga dapat melindungi dari bahan kimia dan sinaran UV yang bahaya. 

Penggunaan serum sangat mudah, hanya semburkan serum pada tapak tangan, ratakan dan usap pada rambut sehingga meresap kemudian sisirkan rambut. Cuma serum ini elakkan terkena pada kulit kepala. Ia boleh mengakibatkan kulit kepala kita berminyak. 

Habis je rawatan terus rasa lega dan selesa sangat dan rambut lebih ringan di buatnya. Yelah masa dating serabai nau rambutnya lepas je treatment wah terus rasa nak flip hair sana sini hehehe 



MBH Haircare, kak lily cadangkan elokkan wanita bertudung ke mari ek sebab bilik rawatannya yang tertutup, lagi pulak staff semuanya wanita so tak de masalah aurat kan. 


Selain daripada rawatan rambut, terdapat juga perkhidmatan lain seperti cuci rambut, gunting rambut, warna rambut, rebonding, dan lain-lain lagi. 

Jom kita ke : 

MBH Haircare 
No 17 Jalan Damai Mewah 2 
43000 Kajang 
Selangor 
Telefon : 011-6085 0817 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :  

Facebook : 

Instagram : 



#MBHHaircare 
#MBHMedispa 
#MBHBeautyAcademy 
#RawatanRambut 
#MesraMuslimah

1 comment :

Kk said...

Nak tanya. Boleh ke kalau nak buat analisa kulit kepala je dulu?