Sunday, September 29, 2019

Pesta ‘’Day of the Dead’’ Di Lost World Of Tambun Sempena Halloween Oktober Ini

Hi Korang

Lost World Of Tambun bakal menawarkan satu pengalaman Halloween yang penuh dengan keindahan dan kesenian. 

Ye baru-baru ni kak lily berkesempatan sekali lagi ke Lost World of Tambun ni untuk menyaksikan sendiri malam preview Halloween di sini. Ya ampun seronok bagai wei hehehehe..


Pada bulan Oktober ini, Lost World Of Tambun akan meraikan pesta ‘Day of the Dead’ yang pertama di kawasan ini. Lost World Of Tambun akan mengadakan aktiviti-aktiviti yang baharu sempena musim Halloween ini. 



Kali Pertama Mengadakan Pesta ‘Day of the Dead’ 


Tema pada tahun ini akan memberi tumpuan terhadap konsep kesenian artistik dan maut seperti di kesenian ‘Day of the Dead’ Mexico yang tradisional. Kami ingin memperkenal para pelawat kita akan sesuatu yang berbeza dengan sambutan Halloween gaya Amerika yang biasanya boleh dilihat di media popular. Kita juga ingin memperkenal para pelawat kita kepada satu budaya yang baharu’’, kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Lost World Of Tambun. 

Dari kiri : Mr Nurul Nuzairi (General Manager LWOT) , YB Tan Kar Hing (EXCO Tourism, Arts and Culture Committee), YB Howard Lee Chuan How ( EXCO Youth, Sports and Human Development)

Beliau bersambung kata,’Kami akan menaik taraf setiap musim perayaan yang kita sambut pada setiap tahun dan pasukan saya telah bekerja keras untuk menyempurnakan konsep unik ini di mana maut dilihat sebagai sesuatu yang indah dan bukannya sesuatu yang buruk, di mana hidup selepas mati diraikan dan tidak dilupai’. 

Mr Nurul Nuzairi - General Manager for launching

Sebagai sebuah taman tema taraf antarabangsa, setiap tahun kami berusaha untuk menjadi lebih kreatif, lebih meriah dan lebih hebat berbanding dengan tahun yang sebelumnya. Meraikan Halloween dengan cahaya, warna, dan gaya adalah sesuatu yang kami amat bangga akan tema ‘Day of the Dead’ tahun ini’’. 

Tentang ‘Day of the Dead’ 

Di Mexico, ‘Day of the Dead’ (Hari Maut) or Día de Muertos ialah hari untuk memperingati mereka yang telah meninggal dunia. Perayaan ini dikenali secara antarabangsa untuk kesenian perayaannya, khususnya seni tengkorak. 

The Lost World Of Tambun telah mengambil ilham daripada perayaan yang terkenal dan nilai estetik. ini untuk menjadi tarikan unik di kalangan sambutan-sambutan Halloween di Asia.



Suasana Yang Menyeronokkan Di Alam Ghaib

Para pengunjung akan dapat menikmati aktitiviti-aktiviti seperti lukisan muka berkilau, membuat patung Voodoo, menilik nasib oleh pembaca kad Tarot, mengambil gambar dengan pelakon-pelakon seram, dan juga mendengar muzik pancaragam mariachi.

ewah Mr Big pun kemain lagi ek

Para pengunjung juga akan mendapat peluang untuk menyertai rancangan-rancangan yang diadakan khas untuk bulan Oktober seperti ‘Beauty of the Dead Parade’, ‘A Night to Remember’, ‘DJ El Loco Party’, ‘Touch of the Dead’ dan juga ‘Soul of the Fire’.





Terbaharu: Forest of the Dead

Lost World Of Tambun akan membuka tarikan terbaharu mereka, Forest of the Dead yang akan mempamerkan pengalaman daripada hayat hingga maut yang penuh dengan keajaiban. 



Para pengunjung ‘Forest of the Dead’ digalakkan untuk mengambil gambar dan berkongsi pengalaman mereka di Instagram. ‘Forest of the Dead’ akan dibuka pada sepanjang bulan Oktober.

Sertailah ‘Party of the Dead’ 

‘Party of the Dead’ ialah sambutan penuh keseronokkan yang akan diadakan pada 31hb Oktober. LWOT menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus kepada mereka yang membeli tiket di kaunter dengan memakai kostum.

comey kan kitaorang heheheehe

Setiap pakej menawarkan satu tiket ‘Party of the Dead’, satu ‘Blood Bag Drink’ dan satu ‘Devil Horn Headband’.



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 


No comments :