Tuesday, February 14, 2017

Francais Melur & Tyme di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur

Hi Korang, 


Untuk kaki-kaki makan semuanya, nak bagitau ni.


Rangkaian restoran jenama Melur & Tyme begitu sinonim dengan pilihan hidangan Timur dan Barat telah pun melancarkan cawangan francais pertamanya di Gleneagles Hospital baru-baru ini. 

Pemilik francais Melur & Tyme Nabila Elanie Bt Jamaluddin Akbal berkata, "Walaupun ini merupakan francais pertama, namun kami masih mengekalkan keenakan rasa makanan seperti di restoran utama. Malah, konsep asal restoran dikekalkan walaupun ini cawangan yang dilesenkan. Menerusi pembukaan ini, kami berharap dapat memudahkan penduduk sekitar Ampang, Gombak dan Cheras berkunjung ke Melur & Thyme tanpa perlu ke pusat bandar lagi," 


Menjelaskan lebih lanjut, Nabila Elanie berkata, menu Melur &a Thyme terbahagi kepada Sip and Toss (salad dan sup), Tapas (seleksi fusion Timur dan Barat), Sandwich dan Burger, Main Course, Rice (nasi), Pasta & Noodles (pasta dan mee), Kids menu (hidangan kanak-kanak) dan Drinks (minuman). 

Di antara signature drinks yang bakal menjadi kegemaran para pelanggan 


Pineapple belt 
Apple monin, Mint Monin, Blue Lagoon, Pineapple Juice 

Lemongrass Apple 
Fresh Lemongrass Syrup,Lemon Squeeze Apple Syrup. Sugar Syrup 

Lemon Berry Sting 
Lemon Squeeze, Strawberry Sting, Topped up with Sprite 

Para pelanggan juga perlu meneliti senarai Sip and Toss yang bermula dengan Wild Mushroom Soup, California Grilled Seafood Salad, Salmon Salad dan Smoked Duck Salad pada harga bermula RM14++. 

Potato Leek Soup 
A smooth creamy soup that’s full of flavor 

Salmon Salad 
Mixed smoked and grilled salmon salad served with honey mustard dresssing 

Menu orang fusion dalam Tapas yang berlu dicuba tentulah Crispy Aromatic Duck pada harga RM34++. Tidak kurang hcbatnya ketam Crispy Chili Baby Crab yang digoreng garing bersama daun kari. Jika berani, apa salahnya mencuba hidangan sate itik yang dipcrap semalam sebelum dibakar atas bara. 

Crispy Aromatic Duck 

Tidak lengkap kunjungan ke Melur & Tyme sekiranya tidak mencuba hidangan malar segar Sandwich and Burger terutamanya rendang yang dipersembahkan sebagai M&T Beef Rendang Burger pada harga RM42++. 

Kalau tidak bersarapan cubalah menjengah ke bahagian Main Course yang menyajikan Braised Lamb Shank with Pasamah Style pada harga RM59++. Jika hidangan paha biri-biri terlalu klise mungkin Rendang Lamb Shank with Butter Rice boleh memenuhi selera tengah hari. 

Grilled Chicken Chop 
bahagian ayam yang di ‘grill’, dihidangkan bersama sayur-sayuran, mashed potato dan sos pilihan 

Fish & Chips 
Hidangan ikan dori yang dimasak ‘deep fried’ , dihidangkan bersama tartar sos, coleslaw dan kentang goreng.

Cubalah Nasi Goreng Daging Dendeng dalam bahagian Rice yang disediakan bersama emping daging, keropok, telur mata kerbau dan sambal belacan. Sekali-sekala, cubalah Nasi Campur M&T Style yang boleh ditambah lauk pauk berasaskan daging ayam, lembu atau makanan laut pada harga bermula RM13++. 

Nasi Goreng Daging Dendeng 
Nasi yang digoreng beserta daging dendeng. Dilengkapkan dengan keropok dan telur mata. 

Nasi Campur M&T Style
Ayam Cili Hijau – Small RM 13 Regular RM28  

Nasi putih dimasak secara tradisional di hidangkan bersama keropok. sambal belacan dan timur jua tomato. Pilihlah menu tambahan lauk pauk seperti ayam, daging mahupun makanan laut untuk melengkapkan hidangan korang. 


Jangan lupa membelek menu Pasta and Noodles terutama Spaghetti Seafood Tomyam,Plancha Seafood Spaghetti dan Croissant Crab Spaghetti yang hanya terdapat di restoran Melur and Thyme.

Plancha Seafood Spaghetti
Pasta cooked with homemade plancha sauce served with garlic prawn and flower crab

Spaghettti Cabonara with Beef Beacon 
Spaghetti yang dimasak bersama sos carbonara bersama beef bacon

Chicken Wing Satay
Chicken wing di perap seperti satay dan dihidangkan bersama kuah kacang, timun dan bawang

"Sempena pembukaan cawangan baharu ini, potongan 20% sehingga April ini manakala untuk memenuhi kebajikan pelawat dan kakitangan Gleneagels Hospital, kami menawarkan set makan tengah hari pada harga bermula RM20++" tambah Nabila Elanie .

Restoran Melur & Thyme yang mampu memuatkan sehingga 100 orang dalam satu-satu masa beroperasi setiap hari bermula puku1 8 pagi hingga 10 malam. Nabila Elanie turut memaklumkan, restorannya sedia menerima tempahan untuk pelanggan yang ingin mengadakan majlis keraian seperti hari lahir dan kesyukuran.

Jom kita ke :

Melur & Thyme Restaurant
Ground Floor, Block B,
Gleneagles Hospital
282-286, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Contact no. 019 3581889 atau 03 4265 3322.




Apa lagi, meh kita pi cuba..




No comments :