Tuesday, February 2, 2016

Ais Krim MILO Nestle Yang Sedappp

Hi Korang,

Milo ayng favourite kita masa kecik-kecik dulu ni dah ada dalam bentuk ais krim plak.

Yeahh tak ke awesome tuh..


Ni hah aku citer sket tentang media launch ais krim Milo sedap ni tau

Pembuat ais krim terkemuka Malaysia, NESTLÉ AIS KRIM, hari ini memperkenalkan produk terbaharunya, NESTLÉ MILO® Frozen Confection pada satu majlis pelancaran media di Menara Surian.

MILO®, jenama minuman berkhasiat lagi enak yang menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat Malaysia sejak ia diperkenalkan buat kali pertamanya pada 1950, menjanjikan pembekalan tenaga sepanjang hari. Maka, pelancaran NESTLÉ MILO® Frozen Confection itu sekaligus menyerlahkan lagi niat dan misi NESTLÉ AIS KRIM selaku jenama isi rumah yang boleh dipercayai di seluruh negara.


Di Malaysia, MILO® mempunyai keunikannya yang tersendiri gara-gara sifat kreatif yang ditonjolkan oleh rakyatnya. Cara menikmati kelazatan MILO® tidak terhad kepada menjamunya sebagai minuman semata-mata. Ada yang terus menyedok sesudu serbuk MILO® lalu terus dimasukkan ke dalam mulut dan ada juga mereka yang merenjisnya ke atas sandwic bersalut susu pekat manis bagi menambah nikmat kepada hidangan tersebut. Tidak lupa juga MILO® ‘dinosaur’, istilah yang diberikan kepada segelas milo ais di mana permukaan atasnya dilitupi dengan serbuk MILO® tambahan. Dan kini, MILO® juga boleh dinikmati dalam bentuk batang ais krim dengan pelancaran NESTLÉ MILO® Frozen Confection.


Pengurus Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Ais Krim, Cik Yit Woon Lai, berkata, “Sebagai rakyat Malaysia, MILO® telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita semua. Kita meminumnya sebagai sarapan pagi mahupun sewaktu minum petang di pejabat. Oleh itu, kami dengan bangganya memperkenalkan tambahan baharu kepada jenama kami iaitu NESTLÉ MILO® Frozen Confection.” 

Jelas Cik Yit lagi, para penggemar ais krim kini berpeluang menikmati kelazatan MILO® secara 2-dalam-1 iaitu melalui gabungan MILO® dan konfeksi sejuk beku.

“NESTLÉ AIS KRIM yang dikenali kerana produknya yang berkualiti tinggi, bukan sahaja bersungguh-sungguh dalam memberi khasiat terbaik buat pengguna-penggunanya, malahan mengilhamkan kudapan manis demi menjadikan kehidupan orang ramai lebih manis dan segar. Selaku pembuat ais krim terkemuka di Malaysia, kami sentiasa memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan ais krim yang enak, adalah yang terbaik, tidak berkompromi sama sekali dengan kualitinya. Inilah yang membezakan kami dengan pesaing-pesaing kami,” ujar Cik Yit. 


Dengan “Nostalgia” sebagai temanya, pelancaran tersebut telah membawa para tetamunya mengimbau kembali perjalanan hidup masing-masing sambil ditemani MILO®. Sewaktu majlis itu juga, ahli-ahli media berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik dalam bentuk peti sejuk mini berjenama MILO®, di samping dipelawa mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersempena tema pelancaran.

Antara wakil-wakil Nestlé (Malaysia) Berhad lain yang hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah Pengarah Komunikasi En. Khoo Kar Khoon dan Pengurus Pemasaran Pengguna dari Unit Perniagaan Tenusu (MILO), Cik April Wong. 

NESTLÉ MILO® Frozen Confection boleh didapati di pasaran sejak 1 Januari 2016. Orang ramai boleh membeli NESTLÉ MILO® Frozen Confection pada harga RM1.50 sebatang.


Untuk keterangan lanjut mengenai Nestlé, sila layari laman sesawang Nestlé’s di http://www.nestle.com.my atau laman Facebook Nestlé’s Malaysia di https://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

Of courselah aku bedal sebanyak mungkin sebab sedap tuh..


At least masa kat event tu aku makan lebih dari 5 batang ais krim kan, itu pun tak puas sebab sedapnya tak terhingga, sebijik rasa air Milo lori tuh

Dah korang pi cepat cuba ek..

4 comments :

sitirohaida said...

7E ada promosi rm1 satu...wah..nak grab ni

Siti Yang Menaip said...

CT tak jumpa lagi eskrim ni..

el said...

cik lily
mmg siyes sedap baq hang eskem milo ni
cil el dah makan berbatang2 dah hahaha
murah dan sedap
nak beli magnum x mmpu katanya hahahaha

tetiba jadi cik el bila dtg sini
terasa remaja kejap bhahaha

Yana Yani said...

yang dekat 7E punya promotion tu, aiskrim milo hak ni ke
tengok pun rasa meleleh ayer liur ni
nak cuba jugalah nanti