Friday, February 6, 2015

Restoran MOZER’S Di Bukit Jelutong Shah Alam

Hi Korang,


Weekend memang penuh aktiviti makan ktorang coz inilah masanya untuk menjelajah tempat makan yang jauh sket dari umah.


Seriously aku memang tak pernah jejak kaki ke area Bukit Jelutong ni. Bukan apa, tak de apa tujuan so buat apa nak pi kan, bila dapat jemputan daripada Puan Rahiza (tuan punya MOZER’s) ni thru FOOD BLOGGER MELAYU haruslah tak lepaskan peluang tu kan.

Rupanya Restoran MOZER’S ni menghidangkan hidangan makanan Syria. Ok Syria je bukan Arab. Nampak cam sama tapi bukan dia hehehehhehee..




Simple je deko dalam restoran ni tak delah sarat dengan perhiasan arab. Yelah kita datang nak makan bukan nak tengok pameran barangan kan.


Orite usah membebel panjang, mehlah kita tengok apa yang menjadi santapan ktorang di tengahari yang awesome tuh.

Turkish Coffee RM5.00

Lemon Nana RM5.00


Lychee Mojito RM8.00




Syrian FATAYER

kira macam ala-ala pizza gituh. Doh semua diorang buat sendiri dan topping tu ada pelbagai pilihan macam chicken, spinach dan memacamlah. Semuanya dihidangkan panas-panas

MOZER’S Churros RM5.00

One of my favourite. Makan plak time panas-panas so haruslah rasa crunchness. Di hidangkan sekali dengan dip coklat dan peanut butter

Pumpkin Soup RM8.00

Mr Big kata sedap so dia yang habiskan semangkuk penuh sup ni dengan roti tangan. Homemade jugak ni tau

Hommous With Lamb RM10.00

Makan cicah dengan roti, sedap tuh. Hommous tu kan kacang dal. Ermm nampak nau korang tak biasa pi makan kat kedai arab ek.


Mixed Grill RM30.00


Appetizer yang lengkap coz dah nama pun mix grill kan. Ayam, kambing, kentang, roti semua dalam satu pinggan


Shawarma Salad RM18.00

salad ayam grill yang dihidangkan sekali dengan terung bakar dan dressing yang enak.

Beef Sharhat RM30.00

Ala-ala salad daging yang digrill. Aku makan dengan roti bersama sosnya sekali. Dagingnya lembut ek

Seafood Pasta RM20.00

Ini fusion ye. Seafoodnya bukan main banyak lagi, tengoklah udangnya besar-besar. Makan jangan tak makan kan.

Lamb Shank Kawajh RM35.00



Walaupun aku tak makan kambing tapi menu ni memang aku cuba gak. Bukan apa, kuahnya dah awesome. Tempting wei. Bukan gulai kari ek tapi sedap lah. Kalau korang pernah maka goulash (Hungarian food) so korang dah boleh agaklah rasanya cam ne. Eee sedaplah dagingnya lembut, aku rasa sket je daging tapi kuahnya aku makan dengan nasi. Itu pun dah sedap dah wei

pemanis mulut

Untuk pemanis mulut, ktorang di hidangkan dengan blueberry cake berserta vanilla aiskrim sekali. Hah, walaupun dah kenyang but stil nak rasa jugak kan.

In terms of harga, tak delah mahal mana pun. Kira macam korang makan kat restoran lain gak, average dalam RM10 – RM35 sepinggan ikut menu yang korang pilihlah. Kalau menu kambing tu, mahal sket plak coz kita pun tau harga kambing cam ne kan walaupun kambing tu tak mandi kan hahahahahahaaha

Jom kita ke:


Mozer’s
12G, D’Bayu,
Jalan Serambi U8/21,
Bukit Jelutong
Shah Alam (North)

Contact detail :019-377 0455

Landmark: 
kalau ikut daripada toll Bukit Jelutong tu bukan main senang. Lepas toll tu ada simpang masuk kiri then terus masuk. Jalan terus setiap kali jumpa roundabout, rasanya ada 3 roundabout. Lepas roundabout ketiga tu boleh nampak padang bola Sime Darby sebelah kanan dan bank Islam terus je masuk simpang ke kanan. Hah kat dalam tu lah restoran Mozer's ni ek.

Sekali sekala tukar selera makan makanan Syria apa salahnya kan. So far not bad sedapppp

Ok tunggu nanti review dari foodblogger yang shooting dengan Brian MasterChef tu dan jugak tuan punya sudu bersilang blogger sohoque ek

hehhehehe

12 comments :

Maria Hasun said...

Argh selamat da lunch :)

Eirna Nurasikin said...

tengok pun dah sedap..apatah lagi makan...

sitirohaida said...

wah...makanan dia memang nampak awesome...bestnya...

AMIIZAA@Mieja said...

mcm sedap air lycee tu:)

Unknown said...

Yang betul2 menggoda saya rasanya seafood pasta tu kot..Air lychee tu dalam nya daun pudina ye??tak pernah try lychee gini..nampak sedap.

Salma Othman said...

makin banyak restoren menarik kat shah alam ni. hadoi terliur.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

ala2 makanan arab gak nih. shawarma salad tu macam m'giurkn je. hoii2..!!

kehidupan sihat said...

not bad la kan..

ayam dengan terung tu nampak lazat.ke nana tengah lapar sekarang ni..hihi

salam kenal :) jemput ke blog nana

hazman fadzil said...

Cayalah beb.... gigih jugak la rasa / jamah skit lamb shank yang sedap tu kan.... harga memang reasonable kan

Anonymous said...

Salam Cik Lily Putih
Sedikit pembetulan, hommous tu dibuat dari kacang kuda (chickpeas) bukan kacang dhall. Terima kasih :)

Shahidah said...

No tel tu bukan Mozer's. I baru fon.

Anonymous said...

Churros tu dihidang dengan chocolate dip & caramel dip...bukan peanut butter ye. Churros kat Mozers mmg value for money..gemuk2!