Saturday, December 13, 2014

Antabax Umum Pemenang Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Pertama Di Peringkat Kebangsaan

Hi Korang,

Ni aku nak kongsikan sket citer last week mengenai event Antabax yang aku dapat attend.


Aktiviti mencoret atau doodling kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dan Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif, tampil mempopularkan bentuk karya artistik ini dengan menganjurkan Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Pertama Kalinya dengan sokongan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Doodle adalah lukisan spontan yang boleh mempunyai pelbagai bentuk daripada corak atau reka bentuk abstrak hingga kepada imej objek, landskap, manusia dan wajah. Sesetengah orang doodle dengan menyurih balik perkataan atau huruf

Mulanya dipandang rendah dan dianggap membuang masa, kajian-kajian terbaru dalam sains saraf, psikologi dan reka bentuk bagaimanapun mendapati aktiviti doodle boleh membantu dalam memfokus, memahami konsep baru dan menyimpan maklumat


Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax berlangsung dari 1 September hingga 19 Oktober 2014 dan telah menerima lebih daripada 2,000 penyertaan daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi dari seluruh pelosok Malaysia yang bersaing bagi merebut wang tunai berjumlah RM22,500.








Bagi menggalakkan lagi peserta untuk berkarya, satu pameran 60 lakaran, 20 daripada setiap kategori, telah diadakan di Balai Seni Visual Negara, dan telah dihadiri oleh peserta finalis serta ahli keluarga, sahabat handai dan guru-guru yang datang dari seluruh pelosok negara bagi memberi sokongan.




Menurut Pengurus Produk Kumpulan, Isi rumah dan Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Angeline Sim, Pertandingan Mencoret Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax ini lahir daripada sesi perah otak yang tentu sahaja melibatkan banyak lakaran.


“Ketika sedang merancang program kami yang seterusnya, kami menyedari beberapa orang daripada kami sedang doodlingketika mesyuarat. Kami segera mengkaji dengan lebih lanjut aktiviti doodling dan mendapati ia ada kaitan dengan kesihatan dan kebersihan, terutamanya kebersihan tangan kerana kebanyakan daripada kita menggunakan tangan untuk doodling. Manfaat kognitif dan kreatif aktiviti mencoret pula amat besar. Maka lahirlah Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax,” kata Cik Sim.


Menurut Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum, Unit Badan Beruniform, Persatuan/Kelab & pendidikan Luar, Kementerian Pendidikan Malaysia, En. Mahamad Amran Kamsi berkata “Kementerian Pendidikan sentiasa peka dengan kaedah-kaedah baru berinteraksi secara positif dengan pelajar, ibubapa dan pendidik. Kadang-kadang dalam kehidupan kita, kita membuat lakaran, dan ia biasa dilakukan secara separa sedar semasa minda tidak aktif atau memfokus kepada sesuatu. Ia merupakan tabiat yang baik kerana ia dipercayai meningkatkan konsentrasi. Doodling mampu menjadi cara yang berkesan untuk mendidik mengenai kebersihan tangan” 

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, En. Norddin Daud, memuji pertandingan tersebut dan menganggapnya berjaya mengukuhkan tabiat kebersihan tangan yang baik dalam kalangan pelajar menerusi pendekatan yang inovatif.


“Kajian mendapati 80% daripada penyakit berjangkit lazim tersebar menerusi tangan, maka adalah wajar untuk mengukuhkan tabiat kebersihan tangan menerusi aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan. Walaupun ia nampak seperti hanya untuk seronok, tetapi menyedarkan golongan muda tentang tabiat kebersihan tangan yang baik dan membantu mereka membentuk tabiat kebersihan yang baik sejak usia muda adalah penting,” kata En. Norddin Daud.



Tahniah diucapkan kepada para pemenang ye


Senarai pemenang:-

Kategori Sekolah Rendah

 
Pemenang
Louis Fong Jin
Help International School
RM3, 000
 Kedua
Juni Umairah Bt Mohd Afandi
SK Bandar Tun Hussein Onn
RM2, 000
Ketiga
Choong Bee Yee
SJK (C) Chung Kwok
RM1,000
Sagu Hati
Lim Wei Lyn
SK Assunta Satu
RM250
Sagu Hati
Hoh Yi Kang
SJK (C) Damansara
RM250
 
Kategori Sekolah Menengah:-
 
Pemenang
Siti Balkis Bt Mahd Salleh Masari
SMK Puncak Alam
RM3, 000
Kedua
Sia Siew Fong
SMK Bandar Sibu
RM2, 000
ketiga
Mohd Imran Bin Mohamad Hasni
SMK Bukit Selambau
RM1,000
Sagu Hati
Emily Wee Siao Yin
SMK Bandar Sibu
RM250
Sagu Hati
Lau Sing Yi
SMK Bandar Sibu
RM250
 
Kategori Pengajian Tinggi:-
 
Pemenang
Muhammad Nur Syafiq Bin Azhar
Universiti Teknologi Mara
RM3, 000
Kedua
Muhammad Syahmi Bin Shahrom
Universiti Teknologi Mara
RM2, 000
Ketiga
Nurul Hanim Bt Muhammad Khairuddin
Universiti Malaya
RM1,000
Sagu Hati
Mohammad Fadzli Bin Mohammad Darus
Universiti Malaya
RM250
Sagu Hati
Nur Aina Fatini Bt Azaman
Universiti Malaya
RM250
 
Kategori Penyertaan terbanyak:-
 
Pemenang
Sekolah Kebangsaan Assunta Satu
RM3,000

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Pertandingan Mencoret Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax, layari www.facebook/NewAntabax

1 comment :

Alongxp said...

yang sia sew foong dengan Emily Wee Siao Yin punye doodle lawa...