Monday, May 5, 2014

Promosi PIZZA HUT ‘TASTE OF ITALY’, Wah Sensasi Sangat Rasanya


Hi Korang,

Lama tak pi makan Pizza Hut lah.

Kalau Pizza Hut kat Kajang ni, hujung dengan awal bulan memang penuh orang yang sampai tak de meja langsung nak duduk kan. Betapa hebatnya penangan Pizza Hut ni. Bukan tak boleh order delivery tapi nak gak pi makan kat restoran.


Bila dapat invitation ke Pizza Hut’s Exclusive Blogger Party harituh kat Pavillion haruslah tak dilepaskan, lagipun ini kira first time nak makan pizza kat sini. Errmm thanks blogger Ruby.My tau.


Ktorang di perkenalkan dengan hidangan sensasi rasa Itali untuk promosi kali ni. Wah jadi orang Itali kita uolls. Arr mama mia…. Dengan slogan ‘Nikmati sensasi rasa Itali’, ianya di inspirasikan dari keistimewaan masakan Itali yang bukan sahaja dibuat setulus hati, malah dengan penuh kasih saying, sepertimana kebiasaan orang Itali menyediakan hidangan mereka.

‘Taste Of Italy’ ni memperkenalkan pizza flatbread dalam 3 citarasa enak. Korang yang minat ayam pasti menyukai Florentine Chicken Pizza dan Romano Chicken Pizza. Penggemar daging lembu pula mesti sukakan Tuscany Beef Pizza.

Florentine Chicken Pizza

Ada daging ayam dengan labu yang dimasak lembut. Bahan lain seperti buah zaitun (olive), ikan bilis dan di renjis sekali dengan minyak zaitun memberikan rasa makanan Itali yang enak.

Romano Chicken Pizza

Di datangkan topping di atasnya dengan chicken roll dan sedap dan lazat.

Tuscany Beef Pizza

Daging lembunya melimpah ruah dan kemudianya ditaburkan dengan cheese. Aduiyai terbaik oo

Pesto Chicken Spaghetti 

pedas sket coz macam ada cili padi, nama pun pesto kan. Tapi aku rasa diorang guna chili flakes banyak kat dish ni

Garlic Cream Fettuccine

Mr Big suka ni coz sangat-sangat creamy, even Zafirah anak si Ujang pun suke benau..

Mama Mia Meatballs

Cara masak macam resipi lasagna simple yang aku selalu buat tuh, but dagingnya di ketul-ketulkan.

Italiano Bruschetta

Simple je ingredientsnya tapi sedap, cripsy sesangat. Kalau cicah dengan sup ni lagi awesome

Tambahan untuk hidangan utama ni, ada pembuka selera yang betul-betul membuka selera seperti Italiano Bruschetta dan Mama Mia Meatballs dan juga 2 jenis pasta iaitu Garlic Cream Fettuccine dan Pesto Chicken Spaghetti bagi penggemar pasta.


Untuk makan di restoran, Pizza Hut menawarkan promosi ‘Taste Of Italy’ dalam 2 set iaitu

Signature Course – RM32.90 (Jimat RM15.20)
Ada 1 pilihan pizza, 1 pilihan pasta,1 hidangan Italiano Bruschetta dan 2 gelas Pepsi

Ultimate Course – RM59.90 (jimat RM26.50)
Ada 2 pilihan pizza, 1 pilihan pasta, 1 hidangan Mama Mia Meatballs dan 1 jug of Pepsi


Promosi ‘Taste Of Italy’ juga ditawarkan melalui delivery atau take-away dengan pembelian Big Italia Box yang mengandungi 1 pilihan pizza Rasa Itali, 1 pilihan pasta Rasa Itali, 8 ketul Italiano Bruschetta, 4 ketul dummet New Orleans dan 2 mangkuk sup yang berharga RM49.90 (jimat RM13.17)

Promosi PIZZA HUT ‘Taste Of Italy’ kini boleh di dapati di semua restoran Pizza Hut di Negara ni untuk makan di restoran, delivery dan take-away bermula dari 17hb April 2014.


Untuk maklumat lanjut, boleh terjah laman media sosial Pizza Hut Malaysia

Delivery
1 300 88 2525

Facebook

Twitter

Instagram


Apa lagi moh terjah Pizza Hut sekarang gak..

Aku masa taip entry ni, telan-telan air liur di buatnya. Terbayang-bayang cheese leleh kat tepi pizza tuh kann.. arghhhh lapoooooo.. 

Ni blogger Ruby punya pasal la ni… ermm#sayangiruby

9 comments :

Myra Jay said...

Baru semalam p pizza makan mama mia lasagna tu, tp nan hado tomato/ceri atas tu, meatball ajo..huhuuu

Ainim Rashihah said...

bestnya..oh lama saya tak makan pizza

maszull said...

assalamualaikum CLP...wah dah ada menu baru lg yer...mesti sedap tu...mkn ramai2 lg seronoknya...

ietams said...

eeeee... semuanya tempting!

adianiez AIDA said...

OMG !!!
feveret place aida ni... tapi kena tunggu end of the month. 1 kali 1 bulan 1 tempat fast food :-)

Scha Nazri said...

Aaaa, nampak sedapp gilaaa. Nak cubaa!

Mieza Everdeen said...

bestnya menu baru Pizza Hut, nak pergilah nanti dengan family ^_^

Mimie said...

macam macam ada....

Aqilah Azmi said...

Kyaaaaa nak gak aaaaa :(((