Friday, May 9, 2014

Peluang INSTASELLER Berniaga Bersama ARTIS Di Mega Eh Eh BAZAAR

Hi Korang,

Bagi korang peniaga Instagram atau pun yang mempunyai butik online dan online shop mesti suka dengan berita baik ni. Pendek kata kepada semua para peniaga online diluar sana lah.

Selain daripada duk cari customer secara maya, why not korang setup booth bagi kembangkan lagi perniagaan korang tuh.


Syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd dengan kerjasama strategik Dewan Pernigaan Melayu Malaysia (DPMM) WP Putrajaya dan Kolej UNITI menganjurkan acara juala secara besar-besaran sekali gus menghimpunkan seramai mungkin usahawan online menerusi MEGA BAZAAR : Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia.

Acara yang akan berlangsung sekitar Jun nanti bertempat dia Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) ini mengangkat objektif bagi memegang rekod sebagai satu perhimpunan besar-besaran bagi usahawan online selain menggalakan aktiviti keusahawanan terutamanya di kalangan bumiputera dan membantu meningkat ekonomi ummah serta mempromosi produk dan pernigaan usahawan online kepada rakyat.


“Ramai usahawan online akan berada di situ dan lebih menariknya terdapat lebih 50 artis dan selebriti akan turut sama menjual pelbagai produk mereka. Jika kita lihat hari ni, golongan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk menjalankan perniagaa mereka di laman sosial masing-masing" kata Puan Iffah Zaimi, Pengurus Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd.

Korang mesti dah excited nak join kan, ini detailsnya.



The Mega EH EH Bazaar (Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar Di Malaysia

Tarikh : 21hb dan 22hb Jun 2014 (Sabtu – Ahad)

Masa : 11 pagi – 7 malam

Tempat : Malaysia Agro Exposition Park Serdang, MAEPS


Info Penting Bagi Bakal Peniaga InstaSeller

Harga 1 booth : serendah RM400 untuk 2 hari (depends pada lokasi kawasan di dalam dewan)

Saiz Tapak Tersedia : 1.8meter x 1.8meter (6kaki x 6 kaki) / 36 kaki persegi

Peralatan Tersedia : Pembahagi ruang, meja 3’x3’, alas meja dan 2 kerusi

Bilangan Tapak Disediakan : 1,197 unit


So korang kaki niaga ni sila rebut peluang yang ada ni, selain daripada mendapat keuntungan yang kaw-kaw gitu, korang jugak boleh beramah mesra dengan selebriti tanahair, mana tau tup-tup booth korang sebelah booth Neelofa ke kan. Dia pun ada berniaga sama nanti time tuh.


Korang boleh contact untuk pertanyaan lanjut kat bawah ni.

Nama : En Murshid Eunos 012-2772636

atau pun

telefon je office

EH EH BAZAAR Sdn Bhd

No.27-1-1B, Jalan Medan PB 2B,
Section 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel no. 03-8926 1440


Tapi kalau korang nak mintak tolong aku booking kan pun boleh jugak, kira cepat sket que korang untuk dapatkan booth la coz aku special invite sket.

Join jangan tak join.

Aku nanti datang nak shopping je bukan nak berniaga pun, nakc ari baju plus size yang payah ni

7 comments :

Suria Amanda said...

berita hebat buat semua peniaga ni...eh SA pun peniaga...tp lebih selesa dengan online....hehehhe....

maszull said...

assalamualaikum CLP...bestnya ada peluang berniaga mcm ni...:)

emarieys said...

menarik..dah dekat dgn rumah...nanti join utk shopping jer..

Azhafizah MN said...

bagus ni boleh kembangkan pemasaran business dan boleh untung lebih kan.InshaAllah

hazman fadzil said...

bagus la bila ada inisiatif sebegini untuk usahawan melayu tapi diorang kena kasi promote lebih la kan sebab kat situ banyak giler booth dan kiosk....

Mimie said...

Bagus nih utk mereka yg minat berniaga

Mermaid said...

sama la baju plus size susah nak dpt huhu. ika pun susah nak cari yg bekernan di hati