Tuesday, January 29, 2013

Pasar Siti Khadijah, Semuanya Ada Di Sini

Hi Korang,

Ramai orang tanya kenapa aku boleh tak de kat event Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013 anjuran Denaihati.com tu kan.

Sebabnya aku pi bercuti

Ktorg ke Kota Bahru, Kelantan.

Biasalah ada wedding tapi tak nak cite pasal tuh. Aku nak citer mengenai pasar famous kat KB ni.


Kalau tak singgah ke Pasar Siti Khadijah ni, rasanya memang tak lengkap percutian korang ke Kota Bahru. Yelah pasar ni betul-betul tengah Bandar KB tak kan boleh miss punya lah.

Pasar ini merupakan salah satu tarikan pelancong yang datang ke bandar Kota Bahru ni, ye sampai aku pun tertarik ke sini sampai 3 kali tau. Ianya terbahagi kepada 3 tingkat iaitu:-


Tingkat Bawah
Menjual barang keperluan harian, ayam, ikan, daging, sayur-sayuran hasil kampung


Tingkat 1
Menjual peralatan memasak, barangan tembaga, makanan tempatan, kedai makanan


Tingkat 2
Menjual kain baju, tudung, kain batik sutera, handbag, perhiasan rumah.

Kenapa sampai 3 kali aku ke sini?

First time ktorg pi tu hari Jumaat so kat Kelantan ni hari Jumaat kat public holiday so banyak kedai bukak lepas solat Jumaat, so sekadar cuti mata dan beli yang penting dulu. Petangnya plak lepas wedding abis, ktorg pi sekali lagi dan pasar almost nak tutup so tengok dari luar je lah.








Yang kali ketiga ni baru lah seronok jalan, keluar pepagi dari PCB Resort terus ke Pasar Siti Khadijah ni. Ronda each floor so dapatla beli souvenir sket untuk omak den + apak den + 2 orang makcik kat opis tuh. Mr Big beli seluar pelikat, aku plak banyak beli menda makan je cam keropok, asam-asam, beras wangi ermm itu je lah.







Korang jugak boleh cuba makan makanan asli Kelantan macam Nasi Kerabu, Laksam, Nasi Dagang, Nasi Air, Mee Celup dan ada lagi yang pelik-pelik yang tak sempat aku nak test. Memang sedap.






Tentang harga plak, bagi aku OK OK je. Maklumlah mak tak berapa pandai keceh kelate so harga pun biasa-biasa je lah tapi still murah gak. Orang perempuan kalau ke sini memang abis duit korang wei, kain baju,telekung, tudung cantik-cantik tuh ikut trend bagai. Boleh jadi gila dibuatnya

Itulah tips membeli belah di Pasar Siti Khadijah ni. Hopefully dapat membantu korang yang first time nak ke sini macam aku ni.


Memang seronok kalau kita bawak banyak duit.


7 comments :

nurayunni said...

kena bwk duit byk2 la cmnie..hihi

Unknown said...

walopon umah tok sy kt kelantan tp sy tak pernah smpai ke p/siti khadijah ni..best je tgk gambar

hazman aka species1980 said...

perghh... aku tengok udang besar tu memang tak tahan siot... tapi harga makanan kat kelantan still murah kan...

CEKODOK GEBU said...

last aku sampai kat pasar ni .. tahun 2003 .. ukh dah lama tak pi.. heheheh

obat tradisional kolesterol said...

thanks for information it

obat tradisional asma said...

nice info your post now

Suria Amanda said...

dah lama x buang duit kat sini la cik lily..terus mcm nak masukkan dalam wishlist...