Monday, December 28, 2009

Betul ke Alvin & The Chipmunks di Mines?


ermm kenaper? tak caye ke..


Korang tgkla sendiri, live tau dari Mines Shopping Centre last week.

Cadangnya nak jalan2 petang tu ke Mines sambil cuci2 mata sket tapi tak sangka plak, bile sampai sane baru nampak diorg tengah perform. Apalagi cepat2 amik gambo sambil berjalan. Berjalan? biar betul aku nie. Ha ah memang betul pun, sebab aku tak de spot nak berhenti amik gambo. Kawasan lobby mall nie penuh dengan orang. Sampai tingkat 3 pun still ramai orang lagi nak tengok diorg nie perform. Especially kids lah kan. Orang tua pun ramai gak yang sibuk2 amik gambo dan aku lah salah sorang daripadanya.

Then tetiba mr Big cakap,

mr Big : Jom amik gambo dengan diorg. I tau u suke kan.
me : Uik.. biar betul. Bole ke?
mr Big : Boleh la coz kite dah shopping lebih RM60 tu yg dapat pass utk amik gambo dgn diorg nie.
me : Nak nak.. jom cepat
mr Big : cam bebudak betul la.


So ktorg pun pegilah ke Information Counter, rupanye mr Big tadi beli barang pakai PB debit card, sebab tu ktorg leh dapat pass amik gambo tu.


Lepas beratur panjang2 yang orang berduyun ramai kat situ, dapatlah gak ktorg bergambar dgn Alvin & The Chipmunk. Rupanya diorg nie perform sempena film Alvin & The Chipmunk2 nak keluar kat cinema sempena Christmas nie.

p/s : sebijik cam bebudak kan?

No comments :