Friday, August 24, 2018

Shopee 9.9 Super Shopping Day Kini Kembali

Hi Korang,

Shopee, platform e-dagang utama di Asia Tenggara dan Taiwan, telah melancarkan pesta beli-belah tahunan terbesarnya, Shopee 9.9 Super Shopping Day. Berikutan kejayaan acara 9.9 tahun lepas, yang mencatatkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda dan pertambahan kunjungan tapak web sebanyak lima kali ganda, Shopee memeriahkan lagi pesta tahun ini dengan menganjurkan acara beli-belah mega 14 hari dari 27 Ogos hingga 9 September. 


Shopee 9.9 Super Shopping Day, yang membabitkan lebih 10,000 penjual, 120 jenama, dan 40 rakan korporat, membawakan pelbagai tawaran hebat kepada pengguna meliputi semua kategori produk. Malah menjelang 9 September, Shopee akan mengadakan hari bertema hebat, setiap satu dengan promosi menarik, termasuk jualan kilat dan potongan sehingga 99% atas pelbagai produk berasaskan tema tawaran pada hari berkenaan. 


“Shopee telah berkembang pesat tahun lepas, dan kami kini menjadi destinasi beli-belah pilihan bagi pembeli dan penjual bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau. Ini merupakan tahun ketiga kami menganjurkan pesta beli-belah tahunan 9.9 di Malaysia, dan dijangka menjadi acara terbesar pernah kami anjurkan. Shopee 9.9 Super Shopping Day telah dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna kami; sejajar dengan itu, kami terus mengukuhkan hubungan dengan jenama terkemuka untuk membawakan lebih banyak tawaran eksklusif, dan melancarkan inisiatif baharu dalam usaha menambah baik pengalaman beli-belah keseluruhan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee di majlis pelancaran. 


Manfaat hari bertema hebat, termasuk Jualan Hebat Mengejut 

Mulai 27 Ogos, pengguna boleh menikmati acara beli-belah maraton tanpa henti selama 14 hari, dengan hari bertema setiap 24 jam secara berturut-turut. Setiap hari, pengguna boleh memanfaatkan pelbagai promosi dengan tema harian, bermula dengan Pesta Jenama Hebat (Super Brands Festival) pada 27 Ogos. Dalam Pesta Jenama Hebat, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan tawaran luar biasa dengan potongan sehingga 99% untuk produk paling hangat daripada pelbagai jenama kegemaran ramai termasuk Nestle, L’Oreal, Russell Taylors, honor, Mead Johnson, Elianware, Her Jewellery, Thunder Match, Watsons dan PETPET. Tambahan lagi, Shopee telah berganding bahu dengan rakan korporat seperti Citibank, VISA, Hong Leong Bank dan BHP untuk terus menambah nilai bagi pelanggan selepas mereka tidak lagi berada dalam talian. 

Pengguna boleh merebut tawaran hebat produk selebriti paling hangat di Shopee Celebrity Squad. Sejak pelancaran pada bulan Mei, Shopee Celebrity Squad telah mendapat sambutan hangat daripada peminat bintang-bintang tempatan termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nora Danish dan Emma Maembong. 

Pastikan anda mengingati tarikh 9 September kerana Shopee akan mengadakan 9 pusingan menarik Jualan Kilat (Shocking Sale) yang menjanjikan potongan 99% bagi produk paling popular. Di samping itu, pengguna juga boleh mendapatkan baucar eksklusif menawarkan diskaun besar bagi pelbagai kategori produk termasuk Barangan Pengguna Laris (FMCG), Fesyen, Elektronik, dan Gaya Hidup. 


Shopee Shake dengan tabung 99 juta syiling Shopee 

Sejak dilancarkan tahun lepas, Shopee Shake Shake telah dimainkan sebanyak 70 juta kali oleh beribu-ribu pengguna. Untuk terus menggalakkan permainan Shopee Shake sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day, Shopee akan menambah tabung syiling kepada jumlah luar biasa 99 juta syiling sepanjang kempen. Bukan itu sahaja, Shopee akan berbuat demikian secara ‘kaw kaw’ dengan membuka 9 slot masa pada 9 September, dengan 2 permainan setiap pengguna untuk setiap slot; supaya pemain boleh menggoncang dan menang sehingga 18 kali setiap 24 jam. 


Tawaran yang disediakan bukan sahaja lebih besar dan lebih baik, Shopee 9.9 Super Shopping Day juga bakal menghimpunkan peruncit dan peserta industri yang terbesar di negara ini. Sebagai sebahagian daripada pelancaran 9.9 Super Shopping Day, Shopee akan menganjurkan perbincangan panel bertajuk Membina Ekosistem E-dagang Serba Maju Menerusi Pakatan Strategik, melibatkan para pemimpin daripada jenama terkenal seperti PayNet, RHB, KLFW, Digi dan XES yang berkongsi idea untuk menyuburkan ekosistem e-dagang di Malaysia. 


“E-dagang di Malaysia semakin berkembang maju, dan berasaskan pakatan kukuh dengan industri, pengguna dapat menikmati kemudahan pembayaran dan logistik lebih baik, pilihan produk lebih luas, ciri lebih menyenangkan dan tawaran lebih menarik untuk membeli produk kegemaran mereka. Kami telah membawakan rangkaian tawaran dan promosi menyeluruh yang disesuaikan mengikut selera pengguna kami untuk Shopee 9.9 Super Shopping Day dan kami yakin pembeli pasti gembira dengan pengalaman beli-belah tiada tandingan di acara beli-belah serantau terbesar kami,” rumus Ho. 

Kunjungi shopee.com.my/99 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Muat turun Aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store.




 

Thursday, August 23, 2018

ANTABAX Melancarkan Kempen "BRING JOY BACK, NOT GERMS"!

Hi Korang,


Sebagai ibu saya sentiasa mahu melindungi keluarga saya daripada dijangkiti kuman dan bakteria. Apatah sekarang ini cukup popular dengan masalah seperti jangkitan HFMD yang cukup berleluasa di negara kita.


Dan sebagai solusinya saya telah menyediakan sabun ANTABAX untuk kegunaan harian keluarga saya. Sepertimana yang kita ketahui ANTABAX merupakan jenama penjagaan diri anti-bakteria HALAL yang pertama di Malaysia.


Berdasarkan ststistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga 16 Ogos 2018 didapati sebanyak 52,393 pelajar dilaporkan mendapat jangkitan HFMD. Melihat kepada senario ini, ANTABAX telah melancarkan kempen "Bring Joy Back, Not Germs". Pelbagai aktiviti telah disediakan dan paling menarik tips serta cara menjaga kebersihan tangan menerusi nyanyian lagu yang sangat 'catchy' yang boleh memikat hati kanak-kanak.

Ms Mandy Lee dari Lam Soon Edibles Oils Sdn Bhd,wakil dari pihak Antabax memberi ucapan aluan serta penerangan sedikit sebanyak tentang kempen yang sedang dijalankan.


Paling menarik turut diadakan sesi penerangan berinformasi mengenai HFMD "Knowing Communcable Diseases, HFMD Prevention" oleh Dr Anza Elias (Occupational Health Physician, Sunway Medical Centre).

Merujuk kepada kenyataan dari Centre for Disease Control (CDC), dianggarkan sebanyak 80 peratus jangkitan adalah disebabkan oleh sentuhan. Dan CDC juga mencadangkan penjagaan kebersihan (hygience) adalah antara yang paling penting untuk mengelakkan kita mudah jatuh sakit dan juga menyebarkan penyakit kepada orang lain.


Dr. Anza juga ada menjelaskan tentang apa itu 'communicable disease'?

Iaitu sejenis jangkitan yang boleh disebarkan melalui :-

jangkitan dari darah dan bendalir
bernafas didalam zon 'airborne virus'
kena gigitan serangga (seperti nyamuk dan sebagainya)

Secara kesimpulannya, bagi mencegah pemasalahan penyakit berjangkit lebih mudah disebarkan. Ianya perlu dimulakan daripada diri sendiri terlebih dahulu iaitu sentiasa menjaga kebersihan. Sebagai ibu, saya sentiasa mendidik anak saya untuk menjaga kebersihan diri. Terutama mencuci tangan sentiasa sebelum dan setelah melakukan aktiviti.

Sekurangnya kita dapat mengurangkan masalah HFMD dari terus merebak dikalangan masyarakat kita 



Wednesday, August 22, 2018

Acara Membasuh Tuala Paling Ramai Anjuran BIO-HOME Tersenarai Di Dalam MALAYSIAN BOOK OF RECORDS

Hi Korang,


Acara Membasuh Tuala Tangan Paling Ramai Anjuran bio-home Tersenarai Didalam Malaysian Book of Records. Seramai lebih daripada 725 peserta, iaitu kanak-kanak dan ibu bapa mereka telah mencatatkan rekod dalam masa kurang daripada satu jam menggunakan pembersih dtetergen dobi bio-home untuk membersihakan tuala tangan bersempena dengan kempen 'WE CARE' .


bio-home adalah produk dibawah jenama tempatan iaitu Lam Soon telah menawarkan pelbagai produk pembersihan rumah yang mesra alam. Produk ini dihasilkan daripada biodegradable dan renewable plant-based active ingredients yang mana pada yang sama pengguna boleh memelihara alam sekitar, mengekalkan kebersihan dan kehijauan.



Peserta adalah wakil-wakil dari 100 buah tadika dan 10 buah sekolah-sekolah yang telah bersetuju bekerjasama dengan jenama bio-home untuk tahun ini. Kempen ini adalah salah satu cara untuk menyedarkan masyarakat terutama golongan kanak-kanak untuk memupuk semangan penjagaan alama sekitar, penglibatan dengan aktiviti kitar semula dan mendidik anak-anak ini tentang kemahiran hidup seperti membantu membuat kerja rumah. Program ini juga dibuka kepada orang ramai untuk menyertainya sekali.


“The bio-home WE CARE initiative aims to educate families and especially young children on why and how we need to preserve the environment for our future. Sorting recyclable items for instance is a simple step that all of us could practise. Similarly using eco-friendly household detergents and cleaners such as those offered by bio-home is a good start,” said Mr. Francis Ng, Senior General Manager, Household and Personal, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd 


Setiap peserta menerima tuala tangan. Tugas mereka adalah untuk membasuh tuala tangan menggunakan pencuci pakaian bio-rumah dan air sehingga kotaran dapat dibersihkan sepenuhnya. Kita akan dapati ianya amat mudah dan mengambil masa tidak lama untuk membersihkan kotoran yang terdapat pada tuala tangan. Detergen bio-rumah juga telah diuji dan terbukti selamat dan lembut pada kulit.


Antara produk bio-home seperti detergen dobi, detergen pakaian, pencuci pinggan mangkuk, pembersih dapur, pembersih lantai dan pembersih pelbagai permukaan.

Boleh didapati dalam isipadu 1500ml yang dijual pada harga RM27.35 sahaja,