Monday, March 23, 2015

Makan Bubur Nasi Style Cina

Hi Korang,

Kita orang melayu ni femes dengan bubur lambuk, bubur asyura, bubur nasi biasa yang letak lauk-lauk tu kan.Pernah makan bubur nasi dengan you tiao?

Mesti ramai cakap tak pernah kan.

Cuba aku letak gambo


Mesti semua cakap, ooo pernah makan ni, selalu makan ni kan. Itulah sebab nama yang pelik terus je korang dah ingat lain. Ye makan bubur nasi kosong dengan you tiao atau pun kuih cakoi yang di goreng panas-panas, sangat style orang cina sungguh.



Sebenarnya aku singgah makan bubur nasi ni kat G Tower hari tuh sebelum event Avon start, jejalan kat food court level bawah ni then ternampak pulak kedai makan ni, so apa lagi terus order dan duduk makan.

Apa rasanya ?



Nak rasa apa, rasa sedap lah. Sebab semuanya panas-panas, mau nak melecur gak mulut aku masa first suapan tuh, yelah ingatkan bubur tu tak berapa panas la rupanya amikk ko !! Rasakan tak menyempat-yempatkan hehehehehhe


Nasib baik ada air soya sejuk penghilang dahaga sekali.

Ingat time demam je ke boleh makan bubur nasi, bila-bila pun boleh lah asalkan tekak teringin. Tapi payah sket nak cari bubur nasi style cina ni kan, kena pandai tengok tempat. Even kat food court besar-besar pun belum tentu boleh jumpa bubur style cam ni

Tup-tup teringat bubur Sentosa kat JB... arghh bile nak balik JB ni ek.. Aku winduuuuu!!!...



Tak De Rumah 4 Hari, Busy Berjalan

Hi Korang,

Tengok berapa lama tak update blog kan.

Itulah tak de depan laptop lebih daripada 4 hari. Nampak nau ke'busy'an nya semakin terserlah. Alah bukan pi bercuti mana pun, keja je semua ni.

Ok meh banjer satu gambo dulu ek.


Confirm korang rasa cam sakitnya ku di sini di dalam hati ku (sambil letak tangan kat dada kan) tapi tak terucap dengan kata-katanya. Yelah tengah-tengah minggu boleh bersantai-santai di tepi pantai yang indah ni.

hehhehe

Ok back to work, petang sket baru citer.

By the way, jangan lupa join 2 giveaway aku yang tengah hot ni.



Jangan lupa ek, semuanya dateline minggu ni..


Saturday, March 21, 2015

Jom Shopping di Market 15, The School JAYA ONE Weekend Ni Ek.

Hi Korang,

Weekend ni kat dah cukup bulan kann

Apalagi moh shopping sementara belum kena GST ni ek!!. Eee jangan sebut pasal GST please..

Ok ok ni aku nak war-warkan ni…


Markets 15 yang merupakan Bazaar suku tahun oleh Jaya One akan bekerjasama dengan The One Academy bagi melancarkan Hunters & Collectors Fair yang bakal berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Mac 2015 daripada pukul 11 pagi hingga 7 malam. 


Terkenal dengan spektrum luas daripada persembahan khas curated dari fesyen, vintage finds, aksesori, perkakas rumah, artisanal food and unique one-offs oleh para usahawan tempatan, bazar seperti karnival suku tahunan akan menjanjikan hujung minggu yang menyeronokkan bagi peminat fesyen dan penggemar makanan juga. Untuk menghidupkan suasana, Markets by Jaya One baru-baru ini telah memperkenalkan jenama unsur hiburan baru; yang dengan itu berfungsi sebagai platform untuk individu-individu berbakat untuk mempamerkan apa yang mereka suka buat.



Mempunyai darik-kira 100 vendor, 250 pelawat pertama pada setiap hari akan mendapat untuk berjalan kaki dengan beg hadiah istimewa terdiri daripada pelbagai baucar membeli-belah daripada vendor yang mengambil bahagian. Pelawat berada dalam untuk merawat menarik seperti The Hunters & Collectors Fair diketuai oleh pelajar kreatif The One Academy mahu melihat pelbagai barangan mereka Semata-mata buatan tangan: seperti alat tulis, pakaian dan perhiasan knacks dihasilkan dalam kuantiti yang terhad. Untuk menambah keseronokan, mereka juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti menghiburkan iaitu prize hunting and board drawing di The Tree di tingkat yang sama.


Peminat fotografi akan teruja sebagai Markets 15 akan mengadakan Instagram Hunt, di mana para pesertabberpeluang untuk memenangi mana hebat one-of-a-kind items barangan dari koleksi Hunters & Collectors Fair. Korang hanya perlu mengambil gambar tiga gerai kegemaran korang dan memuat naik gambar-gambar untuk akaun Instagram korang.

Well well well.



Korang mesti dah excited kan bila dengar pasal bazaar-bazaar shopping ni. So haruslah simpan duit gaji sket untuk shopping pada weekend nanti ek


Untuk maklumat lanjut mengenai Markets 14, sila layari laman Facebook di www.facebook.com/themrkts

Ok ok jangan lupa bawak beg plastic sendiri ek, kan Saturday no plastic bag day...