Thursday, June 21, 2012

Otak-Otak Special @ Pappa Rich

Hi Korang,

Kalau dah memalam dengan tetiba rasa lapar plak kan, ktorg memang suka lepak kat Pappa Rich Bangi ni. Ye lah tempat ni bila malam cam cozy gitu. Rileks je walaupun orang cam ramai but tak de la sampai serabut sangat kan. 


Mr Big kalau ke sini memang suka nau makan otak-otak. Otak-otaknya memang special sket sebab buka di bakar/dipanggang tapi di kukus.


Cuma tengok. Dia cam basah-basah sket kan. So tak de la rasa hangit bila makan. Bau pun harum gak.


Tengoklah Mr Big makan dengan muka gangsternya. Apsal ntah? agaknya takut korang mintak sket kot kan. ishkkk kedekut sungguh kan

kahakhakahka

Korang nak cuba? meh check it out kat memane Pappa Rich outlets ye. For sure mesti ada la kan.. Sedap oooo terbaik dari ladang








Thanuja Masterchef Selebriti Yang Cantik

Hi Korang,

Dapat jugak aku bergambo dengan Miss Malaysia Thanuja Anathan ni masa event Dermalogica hari tuh kat Publika. Cantik orangnya. Kurus dan sesangat tinggi.

Bagai langit dengan bumi kan, beza sangat

Dek sebab terlalu tinggi itu yang sampai tukang ambil gambar aku ni terpotong rambut dia.

Sempat jugak aku tanya dia siapa jadi juara Masterchef Selebriti nanti. Dia cakap tak tau lagi sebab shooting pun belum abis lagi sambil dia senyum2 rahsia gituh.

So korang, sila maafkan photographer blogger aku ni dah macam cacat gambo aku ni kan. Iskk even K Ina KL pun pandai ambil gambo tau.

CLP notes : mood sedeyyyy.. baru nak jadikan FB picture profile ermm tak per la



Wednesday, June 20, 2012

Review Filem Mael Lambong

Hi Korang,

Semalam sempat aku ke TGV Sunway Piramid untuk preview screening bagi filem ‘MAEL LAMBONG’ ni.  Sapa tak kenal watak Mael Lombong ni kan, di adaptasikan daripada sketsa Zizan dan Johan dalam Maharaja Lawak yang lepas.


Terus tercetus idea pengarah Ahmad Idham untuk filemkan sketsa ni. Hebat kan, dala sekelip mata je aku rasa.

Meh layan synopsis filem Mael Lambong ni ek

Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.


Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.


Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.

Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya? Sama sama kita nantikan di pawagam.


THiller filem Mael LambonG, jom layan jap.



Bagi aku :

Jalan cerita very straight forward. Aku tak perlu serabut nak fikirkan kesudahannya. Ada adegan action, lawak dan romantik. Rasanya korang pun tau kan kalau Zizan buat lawak memang menjadi kan, sama gak dalam filem Mael Lambong ni. Cuma ada certain adegan tu aku rasa, kalau ada kanak-kanak menonton for sure mereka tak paham kan adult punya lawak.
Enjoy lah tengok filem ni, penuh dengan gelak ketawa. Gandingan Zizan dan Juliana Evans memang terbaik.

So cam biasa Mr Big kasi 3.5/5 star

Para pelakon Filem Mael Lambong

Loving Couple - Juliana Evans dan Zizan Razak

Korang mesti tertunggu-tunggu filem Mael Lambong ni keluar kan, jadi Filem Mael Lambong yang akan ditayangkan bermula 21 Jun 2012 di 79 panggung seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.