Wednesday, March 11, 2026

Lebih 1,000 sertai Program Buka Puasa Ala Madinah ST Rosyam Mall

Hi Korang,

Suasana Ramadan yang penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan jelas terasa apabila lebih 1,000 pengunjung memeriahkan Program Jom Berbuka Puasa Ala-Madinah di ST Rosyam Mall, Jalan Kebun, Klang.



  Program istimewa yang dianjurkan oleh ST Rosyam Mart, pasar raya borong moden halal 24 jam dengan persekitaran bertaraf lima bintang ini diadakan bagi meraikan masyarakat setempat sempena bulan Ramadan. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat, program ini turut mengundang anak-anak yatim, golongan asnaf serta wakil masjid berhampiran untuk bersama-sama berkongsi kemeriahan berbuka puasa.


Antara yang diraikan termasuk anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim/Miskin Klang [PEYAKIN] serta para asnaf yang diwakili oleh Masjid Telok Menegon dan Masjid Al-Muhsinin, Klang.



Program dimulakan dengan ceramah perdana oleh penceramah terkenal Ustaz Dato’ Mohammad Kazim Elias, diikuti sesi berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah serta moreh bersama para pengunjung.

Selain mengeratkan ukhuwah, pengunjung turut berpeluang menyertai acara cabutan bertuah yang menawarkan enam pakej umrah percuma tajaan ST Rosyam Mart dan Ikhlas.com, di samping 100 buah hamper sumbangan pelbagai jenama untuk dimenangi pengunjung bertuah.

Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor, berkata sambutan terhadap program buka puasa kali ini amat menggalakkan, sekali gus membuktikan inisiatif sebegini mampu merapatkan hubungan antara ST Rosyam Mart dan komuniti setempat.

“Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada kami untuk mendekati masyarakat dan berkongsi kemeriahan Ramadan, malah membolehkan kami bersama-sama menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih serta bermoreh.

Tahun ini lebih meriah dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan enam pakej umrah, dengan tiga daripadanya merupakan tajaan tambahan daripada Ikhlas.com, serta 100 hamper yang disumbangkan oleh para penaja. Terima kasih kepada semua penaja dan rakan strategik yang menjayakan program ini. Nantikan penganjurannya pada masa akan datang dengan skala yang lebih besar,” tambah Datuk Rosyam.


Selain itu, program ini turut menyampaikan sumbangan duit raya daripada Kumpulan Sri Ternak dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia [PUSPANITA] Cawangan KPDN, serta hamper saguhati daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Yeo’s Malaysia kepada penghuni rumah PEYAKIN serta para asnaf. Rumah PEYAKIN dan pihak masjid turut menerima baucar tunai RM2,000 daripada Kumpulan Sri Ternak serta Bakul Makanan sumbangan Ikhlas.com.






Program ini juga diserikan dengan pelbagai juadah percuma kepada pengunjung termasuk bubur lambuk daripada Adabi, nasi beriani ayam daripada Khulafa, nasi lemak ayam daripada Nasi Lemak Burung Hantu, 10 jenis air balang daripada 888, serta minuman oleh Nestlé.

Para pengunjung turut membawa pulang 1,200 goodie bag percuma tajaan Yeo’s Malaysia. Program ini mendapat sokongan pelbagai jenama termasuk 888, Adabi, DESA, Fatihah Frozen, HONOR, Ikhlas.com, Indra Valley, Khulafa, Lycka Lycka, Mixue, Nasi Lemak Burung Hantu, Nestlé, PKPS, PUSPANITA Cawangan KPDN, RG Hair Salon dan Yeo’s.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sri Ternak dan ST Rosyam Mart, sila layari laman web https://www.sriternak.com/, dan platform media sosial Facebook, Instagram, and TikTok.

Tuesday, March 10, 2026

D’Herbs Lancar Brandfilm Raya 2026 “Ya, Abah Saya Security”

Hi Korang,

D’Herbs Holdings mempersembahkan Brandfilm Raya 2026 bertajuk “Ya, Abah Saya Security”, sebuah karya istimewa yang diinspirasikan daripada kisah sebenar kehidupan usahawan terkenal tanah air, Dato’ Aliff Syukri bersama arwah ayahnya yang pernah bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan.


Brandfilm ini membawa penonton menyelami perjalanan emosi seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah berasa malu dengan pekerjaan ayahnya. Namun seiring dengan perjalanan masa dan kehidupan, beliau akhirnya menyedari bahawa di sebalik uniform sederhana itu tersimpan pengorbanan besar seorang ayah yang bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan masa depan anak-anaknya lebih baik.

Melalui penceritaan yang menyentuh hati, “Ya, Abah Saya Security” mengangkat tema kasih sayang, pengorbanan dan penghargaan terhadap ibu bapa, ia merupakan satu mesej yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakat, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Dato’ Aliff Syukri, brandfilm ini dihasilkan sebagai penghargaan terhadap arwah ayahnya yang banyak berkorban dalam membesarkan keluarga.



“Bila kita kecil, kadang-kadang kita tak faham pengorbanan ibu bapa. Kita hanya fikir tentang diri sendiri. Tapi bila kita dewasa, barulah kita sedar betapa besarnya pengorbanan mereka. Kisah ini sangat dekat dengan hati saya, dan saya harap ia dapat menyentuh hati ramai orang di luar sana,” katanya.

Tayangan perdana brandfilm tersebut telah berlangsung di GSC IOI Mall Damansara dan dihadiri oleh rakan media, influencer serta tetamu jemputan khas.



Brandfilm Raya D’Herbs 2026 ini dihasilkan dengan kerjasama Terranego Media sebagai agensi media dan diterbitkan oleh Tangerine Film sebagai syarikat produksi.


Melalui karya ini, D’Herbs berharap mesej yang disampaikan dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih menghargai ibu bapa serta insan tersayang selagi mereka masih ada di sisi.

Brandfilm “Ya, Abah Saya Security” akan dilancarkan kepada umum menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui platform digital rasmi D’Herbs pada 12 Mac 2026.

Monday, March 9, 2026

Mentholatum Lipcare Memperkenalkan Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Baharu

Hi Korang,

Adakah anda mencari sentuhan warna yang tidak merengsakan bibir atau membuatkan bibir terasa tegang dan tidak selesa?

Jika bibir anda sering terasa kering, merengsa atau tegang, namun anda masih menginginkan sentuhan warna semula jadi yang kelihatan sihat, mencari produk bibir yang sesuai boleh menjadi satu cabaran. Kebanyakan produk bibir berwarna sering terasa berat, mengeringkan atau tidak sesuai untuk bibir yang sensitif.

Berikutan kejayaan rangkaian asal Lip Pure tanpa warna oleh Mentholatum Lipcare, Lip Pure kini memperkenalkan Pelembap Bibir Lip Pure Tinted dengan menawarkan penjagaan yang sama dipercayai dengan tambahan sentuhan warna semula jadi. Produk ini juga terkenal dengan bahan yang mempunyai kualiti premium menggunakan 100% bahan gred makanan.

Pelembap Bibir Lip Pure Tinted serba baharu ini dicipta khas untuk memenuhi keperluan pengguna yang menginginkan penjagaan bibir dengan rona warna semula jadi. Direka untuk pemakaian harian, produk ini memberikan kelembapan yang ringan sambil menyerlahkan warna semula jadi bibir tanpa rasa berat seperti produk tradisional.



Didatangkan dalam dua pilihan warna, Merah (Cherry Red) dan Merah Jambu (Strawberry Pink), Pelembap Bibir Lip Pure Tinted memberikan kemasan lut sinar yang boleh dilapisi mengikut citarasa pengguna, pada masa sama, menyihatkan bibir secara mendalam. Tekstur yang licin dan ringan produk ini memastikan sapuan yang selesa, menjadikan produk ini ideal untuk riasan harian.

Dirumus khas untuk bibir sensitif, Pelembap Bibir Lip Pure Tinted menawarkan alternatif yang selamat dan tidak mengeringkan, yang juga menggabungkan penjagaan bibir bertaraf penjagaan kulit, memastikan kecantikan yang lebih natural.




MENGAPA PELEMBAP BIBIR LIP PURE TINTED?

• Penggunaan Bahan Gred Makanan Selamat
Diformulasi dengan bahan premium gred makanan, Pelembap Bibir Lip Pure Tinted memastikan penggunaan yang lembut dan boleh diguna tanpa ragu-ragu, juga sesuai untuk bibir sensitif yang memerlukan penjagaan tambahan.

• 4X Esen Madu untuk Bibir Lebih Sihat dan Berseri
Diperkaya dengan Royal Jelly, Madu Manuka, Lilin Lebah Semula Jadi dan Ekstrak Propolis, gabungan madu ini membantu melembapkan, menenangkan, dan melindungi bibir agar kekal lembut, licin, dan berseri secara semula jadi.

• Warna Lut Sinar Semula Jadi
Diperkaya dengan ekstrak tumbuhan semula jadi, tekstur ringan pada produk ini memberikan warna lembut dan lut sinar serta boleh dilapisi mengikut gaya solekan harian, sekali gus memastikan penampilan tampak asli.

• 12 Jam Kelembapan yang Berpanjangan
Pelembap Bibir Lip Pure Tinted memberikan kelembapan berterusan sepanjang hari, membantu mencegah kekeringan serta memastikan bibir kekal selesa dan berpenampilan sihat.

• Minyak Botani + Vitamin E
Produk ini mengandungi Minyak Badam Manis, Minyak Kernel Oat, Minyak Biji Meadowfoam, Minyak Biji Anggur dan Vitamin E untuk mengunci kelembapan, melembutkan bibir dan memperbaiki kondisi keseluruhan bibir.

• Lembut untuk Bibir Sensitif
Pelembap Bibir Lip Pure Tinted ini dirumus khas agar bibir merasa lebih ringan, tidak mengeringkan dan selesa dipakai setiap hari. Ia juga sesuai untuk bibir sensitif atau yang mudah merengsa.




Dijual pada harga runcit RM25.90 seunit, Mentholatum Lip Pure Tinted menawarkan penjagaan bibir berkualiti premium pada harga yang berpatutan.

Nikmati sains di sebalik bibir sempurna dengan Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum dalam pilihan Merah (Cherry Red) dan Merah Jambu (Strawberry Pink), kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka, kedai penjagaan diri dan peruncit dalam talian di seluruh negara.