Wednesday, January 21, 2026

Buffet Ramadan 2026 | “Jamuan Penuh Makna, Raikan Detik Bersama” di Hilton Kuala Lumpur

Salam Semua,

Hilton Kuala Lumpur menyambut ketibaan bulan suci Ramadan dengan pengalaman iftar istimewa bertemakan “Jamuan Penuh Makna, Raikan Detik Bersama”, sebuah sajian bermakna yang meraikan kebersamaan, warisan kulinari tempatan dan sentuhan moden. Tema tahun ini mencerminkan keindahan tradisi Malaysia sambil menggabungkan inspirasi kontemporari, menjadikan setiap hidangan sebagai simbol kesyukuran, hubungan dan komuniti.


Seiring dengan semangat Ramadan yang mendekatkan keluarga dan sahabat handai, Hilton Kuala Lumpur menzahirkan nilai ini melalui suasana makan yang hangat dan penuh makna, di mana setiap perincian – daripada menu hingga dekorasi – direka untuk mencipta pengalaman berbuka puasa yang istimewa.
Inisiatif Ramadan Lestari Tahun Ketiga

Kini memasuki tahun ketiga, inisiatif Ramadan lestari Hilton Kuala Lumpur terus komited mengurangkan pembaziran makanan dengan memperkenalkan inovasi terbaharu, Keropok Citarasa Laut. Snek rangup ini dihasilkan daripada kulit makanan laut terpakai yang dibersihkan, dipanggang, dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk perisa sebelum dicampur dengan tepung ubi kayu, ketumbar, sos tiram dan lada putih.


Lebih daripada sekadar kudapan Ramadan, Keropok Citarasa Laut melambangkan komitmen berterusan hotel terhadap kelestarian melalui pengeluaran berskala kecil, stesen masakan secara langsung, penggunaan bahan tempatan serta pengurusan sisa yang bertanggungjawab – membuktikan inovasi lestari juga boleh menjadi lazat dan bercirikan cita rasa Malaysia.

Lebih 180 Hidangan Iftar di Vasco’s

Dengan lebih 180 pilihan hidangan, restoran Vasco’s menjadi pentas utama bufet Ramadan Hilton Kuala Lumpur sepanjang Februari dan Mac. Sajian bermula dengan menu pembuka selera seperti Otak-Otak Ikan Merah Emas dengan Salad Buah Markisa, Urap Daging Pekasam Buatan Sendiri, serta Salad Mangga Muda dengan Scallop Kering yang menyegarkan.


Hidangan laut pula menjadi tumpuan menerusi Oceanic Bounty on Ice, Pan-Seared Sea Bass, serta Ketam Bunga Masak Lemak Nenas, menggunakan hasil laut yang diperoleh secara bertanggungjawab dan diperakui ASC, BAP dan MSC, selari dengan pendekatan kelestarian Hilton Kuala Lumpur.

Stesen Live & Hidangan Premium

Pengalaman berbuka puasa dimeriahkan dengan stesen masakan secara langsung seperti Gulai Kepala Ikan Merah Emas, Shawarma Lubnan, Scallop Panggang Halia Bawang Putih Cili, Australian Wagyu Bolognese, Murtabak Angus, Lamb Gear Box dan Royale Caesar Reef Lobster Caesar Salad yang mewah.


Di stesen ukiran, tetamu boleh menikmati Kambing Australia Halal Panggang Seekor dengan Moroccan Chermoula, Daging Rusa Timorensis Panggang Perlahan 6 Jam, serta Lambassador Smoked Paprika Beef Shank yang menjadi kegemaran ramai. Persembahan Farm-to-Table pula mengetengahkan sayuran warisan dari Cameron Highlands, cendawan gourmet dan ubi bit organik, disempurnakan dengan sos keju salai.

Pencuci Mulut Ikonik Bertema Durian

Jamuan diakhiri dengan pencuci mulut istimewa seperti Baklava, serta aneka hidangan durian termasuk éclair, crêpes dan Serawa Pulut Durian Musang King. Kemuncaknya ialah Durian Tempura, yang kembali sebagai penutup paling dinanti setiap tahun.

Harga Bufet Ramadan Hilton Kuala Lumpur

Bufet Ramadan ditawarkan pada harga bermula RM238 nett seorang dewasa dan RM119 nett seorang kanak-kanak (6–12 tahun), dengan penjimatan tambahan untuk ahli Hilton Honors. 

Tawaran early bird dengan diskaun tambahan 5% untuk ahli Hilton Honors sah bagi tempahan dari 22 Januari hingga 18 Februari (untuk 10 orang ke bawah dan tidak sah bagi dine-in dari 2–17 Mac).

Bufet Ramadan ini berlangsung dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026, setiap hari dari 6.30 petang hingga 10.30 malam.

📞 Tempahan & Pertanyaan:
Telefon: +603 2264 2264
Emel: HiltonKualaLumpur_FB@hilton.com
Tempahan dalam talian: SevenRooms

Raikan Ramadan tahun ini dengan sajian penuh makna yang menggabungkan warisan, rasa dan nilai kebersamaan di Hilton Kuala Lumpur.

Tuesday, January 20, 2026

Giant Raikan Pemenang Kempen Ulang Tahun Ke-81


Salam Semua,

Giant Malaysia hari ini telah mengadakan majlis penyampaian hadiah di Giant Bukit Tinggi Klang kepada para pemenang bertuah Peraduan Ulang Tahun Ke-81, yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun syarikat pada tahun lalu.

Kempen berperingkat kebangsaan yang berlangsung pada 25 September 2025 hingga 5 November 2025 ini telah menerima lebih daripada 50,000 penyertaan. Ini merupakan satu pencapaian serta penglibatan pelanggan yang sangat memberangsangkan seluruh Malaysia.


Encik Tan Qi Fong telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama, dan telah menerima 20g jongkong emas, manakla Encik Varshna A/P R. Sanmuganathan adalah pemenang tempat kedua yang menerima kerusi Ogawa. Pemenang tempat ketiga diperolehi oleh Puan Sharifah Binti Bakar yang memenangi iPhone 17 Pro Max.

Giant turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pelanggan atas sokongan berterusan serta mengiktiraf sumbangan pembekal penaja dan rakan perniagaannya. Ini selaras dengan komitmen Giant untuk terus menawarkan nilai terbaik, memperkukuh kerjasama strategik, dan menghargai kesetiaan pelanggan.



Friday, January 16, 2026

Novo Nordisk Lancar Ubat Obesiti Wegovy® (Semaglutide 2.4mg) (MAL24126014AZ) di Malaysia: Kemajuan Penting dalam Usaha Tangani Obesiti dan Individu Menghidapi Berat Badan Berlebihan

Hi Semua,

Novo Nordisk hari ini mengumumkan ketersediaan Wegovy® (semaglutide 2.4 mg) (MAL24126014AZ) di Malaysia, iaitu pilihan rawatan tambahan bagi dewasa yang menghidapi obesiti dan berat badan berlebihan serta mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbiditi berkaitan dengan berat badan. 

Pelancaran ini dibuat berlandaskan kebimbangan yang kian meningkat dari sudut kesihatan, dengan data terkini daripada Tinjauan Kebangsaan Morbiditi dan Kesihatan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) 2023 mendedahkan bahawa hampir 54.4% orang dewasa di Malaysia dikategorikan mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. 

● Dr. Praful Chakkarwar, General Manager of Novo Nordisk Pharma (M) Sdn.Bhd.
● Prof. Dr. Rohana binti Abdul Ghani, President of the Malaysian Obesity Society (MYOS) and Senior Consultant Endocrinologist
● Emeritus Professor Dr Chan Siew Pheng, Senior Consultant Endocrinologist
● Dato' Sri Dr. Azhari Rosman, Senior Consultant Cardiologist


Obesiti ialah penyakit yang dikaitkan dengan lebih 200 potensi komplikasi kesihatan, menjadikannya penyakit ‘pintu masuk’ kepada penyakit yang lebih serius seperti diabetes tahap 2 dan penyakit kardiovaskular.
Keadaan-keadaan ini memberikan kesan yang besar terhadap jangka hayat serta kualiti hidup seseorang. 


Wegovy® (semaglutide 2.4 mg) ialah ubat suntikan mingguan yang berfungsi dengan meniru hormon semula jadi GLP-1 yang dilepaskan oleh usus selepas makan. Mekanisme ini menyasarkan bahagian tertentu dalam otak yang mengawal rasa lapar dan keinginan untuk makan, sekali gus menjadi pilihan rawatan berkesan bagi individu yang berdepan dengan kesukaran mengawal berat badan. Rawatan ini ditunjukkan sebagai tambahan kepada diet rendah kalori dan peningkatan aktiviti fizikal untuk pengurusan berat badan, termasuk penurunan berat badan dan pengekalan berat badan pada orang dewasa yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) ≥30 kg/m2 atau ≥27 kg/m2 hingga <30 kg/m2 dengan kehadiran sekurang-kurangnya satu komorbiditi berkaitan berat badan seperti disglisemia (pradiabetes atau diabetes mellitus jenis 2), hipertensi, dislipidemia, apnea tidur obstruktif atau penyakit kardiovaskular. Wegovy® membantu individu yang hidup dengan obesiti mencapai penurunan berat badan ≥20%. Selain itu, rawatan dengan semaglutide menunjukkan pengurangan jisim lemak yang lebih besar berbanding jisim tanpa lemak sekali gus membolehkan penurunan berat badan yang berkualiti.


Dr. Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk Malaysia,
berkata, “Hari ini menandakan detik penting dalam komitmen kami untuk memacu transformasi landskap penjagaan kesihatan di Malaysia. Dengan Wegovy®, kami akan memperkenalkan satu ubat penurunan berat badan yang berkesan untuk menyokong pesakit dalam perjalanan kesihatan mereka. Rawatan inovatif ini bertujuan untuk mentakrif semula pendekatan kami terhadap pengurusan obesiti dan terletak di tengah-tengah strategi jangka panjang yang lebih luas: penyelidikan klinikal tempatan, kerjasama korporat, set alat komuniti, inisiatif dalaman dan platform awam seperti Truth About Weight.”

Profesor Dr. Rohana Abdul Ghani, Pakar Perundingan Endokrinologi dan Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS), menekankan bahawa obesiti adalah satu kondisi yang kompleks, dan jauh lebih daripada sekadar isu kemahuan diri atau pilihan gaya hidup. “Obesiti merupakan keadaan biologi, tingkah laku dan persekitaran, serta bukan sekadar akibat kekurangan disiplin atau pilihan gaya hidup yang buruk. Malangnya, ia sering disalahertikan, menyebabkan rasa bersalah dan stigma dalam kalangan mereka yang terjejas. Halangan emosi dan sosial ini boleh menjadikan pengurusan berat badan yang berkesan semakin mencabar. Dengan menggabungkan terapi perubatan dengan pendidikan, empati dan penjagaan multidisiplin, kita dapat menggalakkan pendekatan holistik — iaitu pendekatan yang membina ketahanan, mengurangkan stigma, dan menggalakkan individu untuk mencapai peningkatan kesihatan yang berterusan.” 


Profesor Emeritus Dr. Chan Siew Pheng, Pakar Runding Endokrinologi
, menekankan betapa pentingnya pendekatan kolaboratif dalam pengurusan obesiti: “Pengurusan obesiti yang berkesan memerlukan dorongan daripada pasukan multidisiplin profesional penjagaan kesihatan, termasuk doktor, pakar pemakanan, pendidik jururawat, ahli fisioterapi dan profesional kesihatan mental untuk memberikan penjagaan holistik dan bersepadu yang memenuhi pelbagai keperluan individu ini. Adalah penting untuk menangani stereotaip umum iaitu obesiti hanyalah isu gaya hidup, kerana pandangan sedemikian boleh menyebabkan individu yang bergelut dengan isu berat badan menyalahkan diri mereka sendiri. Selain itu, perlu difahami bahawa apabila seseorang menurunkan berat badan, perubahan metabolik akan berlaku dan cenderung menyebabkan peningkatan berat semula, sekali gus menegaskan bahawa perjalanan ini memerlukan pemahaman yang lebih mendalam tentang tindak balas tubuh terhadap penurunan berat badan. Dengan menggabungkan ubat-ubatan dengan pendekatan diet dan gaya hidup yang diperibadikan, kita dapat meningkatkan hasil rawatan dengan ketara serta menyokong individu dalam perjalanan kesihatan mereka. ”

Dato’ Sri Dr. Azhari Rosman, Pakar Perunding Kardiologi Kanan / Pengarah Jabatan Pengalaman Pelanggan menekankan hubungan langsung antara obesiti dan kesihatan kardiovascular dengan berkata, “Hubungan antara obesiti dan penyakit jantung tidak boleh diabaikan. Melaksanakan strategi pengurusan obesiti yang berkesan adalah penting untuk meningkatkan hasil kesihatan secara menyeluruh.”



Novo Nordisk Malaysia kekal komited untuk mengubah kehidupan individu yang terjejas akibat penyakit kronik serta cabaran yang berkait dengannya. Syarikat ini bertekad untuk menggalakkan masa depan yang sihat bagi jutaan rakyat Malaysia dan bekerjasama bagi membuka lembaran baharu dalam penjagaan kesihatan.



Perihal Novo Nordisk

Novo Nordisk ialah salah satu syarikat penjagaan kesihatan global terkemuka yang diasaskan pada tahun 1923 dan mempunyai beribu pejabat di Denmark. Tujuan utama kami adalah untuk memacu perubahan untuk menewaskan penyakit kronik yang serius, berasaskan warisan kami dalam bidang diabetes. Kami melakukannya dengan menerajui penemuan saintifik baharu, memperluas akses kepada ubat-ubatan kami, serta berusaha mencegah dan akhirnya menyembuhkan penyakit. Novo Nordisk mempunyai kira-kira 72,000 orang pekerja di 80 buah negara dan memasarkan produknya di sekitar 170 negara di seluruh dunia.

 

Perihal Novo Nordisk Pharma Malaysia

Novo Nordisk ialah salah satu syarikat penjagaan kesihatan global terkemuka dengan kehadiran kukuh di Malaysia. Matlamat dan komitmen kami adalah untuk memacu perubahan dalam usaha menewaskan diabetes serta penyakit kronik serius lain, termasuk obesiti dan gangguan darah serta endokrin yang jarang berlaku. Sejak penubuhannya pada tahun 1992, Novo Nordisk Pharma Malaysia telah berkembang menjadi sebuah pasukan berdedikasi yang mempunyai seramai 170 orang pekerja pada tahun 2024. Produk inovatif kami telah memberikan manfaat kepada lebih 250,000 penduduk di Malaysia.