Saturday, February 15, 2025

Hidangan Menambat Hati dari Seoul: Mi Sedaap Menyajikan Keenakan & Kepedasan Rasa yang Membuka Selera

Hi Korang,

Pencinta mi, siap sedia! 
Mi Sedaap ingin membawa keriangan Korea kepada ANDA!


Korean Spicy Chicken Ramen kini KEMBALI—lebih mengancam dan menyelerakan! Dengan wajah baharu, anda pasti akan jatuh cinta pada pandangan pertama. Diadun dengan bahan-bahan premium serta kelazatan rasa autentik Korea. Bukan itu saja, Mi Sedaap kini sedang hangat dengan iklan TV komersil yang dinamik—pastinya memikat mata yang memandang dan membuka selera untuk mencubanya!

Bukan sekadar berwajah baharu, malah kualitinya juga turut dipertingkatkan. 

Pek baharu Mi Sedaap adalah bukti komitmennya terhadap inovasi dan kecemerlangan, manakala mi itu sendiri dicipta untuk kesempurnaan. Ia diperbuat daripada tepung gandum premium dari Australia dan Kanada bagi menghasilkan tekstur yang lebih tebal dan kenyal—untuk menyerap kepedasan sos pekat dengan sempurna. Gabungan cili segar dan rempah-ratus yang berkualiti tinggi, menghasilkan rasa mi yang asli yang mantap di samping memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk memilih tahap kepedasan yang mereka gemari.

Samada anda sukakan rasa pedas-pedas manja atau pedas ‘giler’ (yang sangat kuat), Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen menjanjikan kelazatan dan kepuasan dalam setiap suapan.


Ng Hock Guan, Pengurus di Malaysia berkata, “Rangkaian Mi Sedaap Korean Spicy Chicken sememangnya mempunyai keaslian dari segi rasa dan kini rakyat Malaysia boleh menikmatinya. Pengaruh budaya Korea yang sedang melanda negara ini – seperti K-Drama, K-pop malah makanan Korea – memberi kami kesedaran tentang wujudnya jalinan antara rakyat Malaysia dengan apa sahaja yang berkaitan dengan Korea. Produk ini adalah cara kami meraikan rakyat Malaysia dengan memberikan rasa autentik Korea, yang diadun mengikut kesesuaian citarasa tempatan penduduk ASIA.”

Menurut beliau lagi, “Kami bukan sekadar menyajikan mi; kami membawa sebahagian daripada Korea ke dalam setiap rumah. Pelancaran ini membuktikan komitmen kami terhadap inovasi dan kualiti, dengan menggunakan bahan-bahan premium bagi memenuhi standard global. Di Mi Sedaap, kami menyasarkan untuk memberi makna baru kepada mi segera dengan mengubahnya menjadi sajian menarik yang mampu memikat peminat setia makanan Korea yang juga penggemar tegar mi.”

Wajah Baharu yang Segar


Untuk lebih menghangatkan suasana, Ahn Hyo Seop—aktor tampan yang juga merupakan bintang terkenal K-Drama, serta menjadi pujaan di serata dunia—tampil sebagai duta rasmi Mi Sedaap! Mempunyai daya tarikannya yang mempersona, beliau kelihatan begitu menikmati keenakan rasa pedas Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen di dalam iklan TV terbaharunya.


Di dalam iklan tersebut, Ahn Hyo Seop kelihatan begitu berselera dalam setiap suapannya, dan nampak sangat teruja ketika beliau menyatakan: mi ni ‘betul-betul rasa Korea!’. Bersedialah untuk bersama-sama Ahn Hyo Seop merasai pengalaman sebenar menikmati keaslian rasa Korea yang menambat hati.

1 Juta Mi Cawan Percuma: Janji Hebat untuk 1 Malaysia!


Rasa yang memikat mempunyai kuasa untuk menyatukan ramai orang—mencipta detik bermakna, serta dapat menjalinkan ikatan yang mesra. Dan inilah sebenarnya misi Mi Sedaap: berkongsi keenakan rasa autentik Korea ke seluruh pelusuk Malaysia.




Bagi meraikan pelancaran ini, Mi Sedaap berhasrat untuk mengagihkan 1 Juta Mi Cawan Percuma, untuk memastikan rakyat bertuah Malaysia dapat merasai kelazatan Mi Sedaap, yang tak mudah untuk dilupakan. Samada anda pencinta K-Drama, peminat setia makanan Korea, ataupun seseorang yang menghargai semangkuk mi yang sedap, inilah peluang keemasan untuk anda menikmati rasanya yang berbeza.


Dan kini—Mi Sedaap kini boleh dinikmati di jalanan! Terdapat trak dan mesin layan diri yang akan menyediakan mi cawan percuma untuk memudahkan sesiapa yang ingin merasainya. Bermula dengan 10 mesin layan diri di Lembah Kelang, terdapat juga rancangan untuk menambah 20 buah lagi lokasi sehingga hujung tahun. Baik di universiti, mahupun di pejabat, citarasa Korea kini semakin dekat dengan anda!

Tawaran Istimewa untuk Peminat


Mulai sekarang, pembeli boleh mendapatkan pek promosi eksklusif 5+1 di kedai-kedai yang mengambil bahagian di seluruh negara. Kumpulkan stok sekarang tanpa perlu mengeringkan poket anda!



Acara ini bermula dengan pelancaran gilang-gemilang selama enam hari di Sunway Pyramid (LG, Orange Concourse) dari 11 Februari hingga 16 Februari. Bersedialah untuk menyertai permainan berinteraktif, merebut hadiah eksklusif, dan turut serta dalam cabaran mencuba tahap kepedasan bagi menentukan samada anda sukakan pedas atau gemarkan kepedasan yang sederhana sahaja.

Paling istimewa, pelancaran ini bagaikan sambutan meraikan perpaduan, kelazatan rasa, dan kepercayaan bahawa detik bermakna perlu dikongsi bersama. Nantikan berita terkini, acara dan kejutan yang manis dengan mengikuti Mi Sedaap di laman Facebook, Instagram dan TikTok!






Wednesday, February 12, 2025

Pelaburan RM3 Juta: SVG Worldwide SS25 Mendefinisikan Semula Fesyen Jalanan Malaysia

Hi Korang,

Detik Bersejarah untuk Fesyen Malaysia

8 Februari bakal menjadi detik bersejarah dalam industrifesyen Malaysia apabila SVG Worldwide melancarkanpertunjukan fesyen ‘solo’ pertamanya—Musim Bunga/Panas2025 di The Yard, Sentul Depot. Muhammad Ashraf Bin Khairul Anuar, atau lebih dikenali sebagai Ashraf Anuar berusia 25 tahun, mencipta fenomena dalam dunia ‘streetwear’ dengan mengadakan acara yang mentakrif semulabatasan fesyen dan penceritaan.


Diberi judul "The Journey", koleksi ini menggambarkanevolusi artistiknya, melambangkan tahun-tahun penuh berkembang, bereksperimentasi, dan ketekunan. Lebih daripada sekadar pameran fesyen, acara ini menandakan peralihan jenama ke era baharu—menegaskan identiti sertakebebasan kreatifnya.

Walaupun Ashraf pernah menganjurkan pertunjukan fesyen sebelum ini, acara kali ini adalah yang terbesar dan paling ambisi. Dengan 100 peragawan dan peragawati di pentas peragaan, ia bakal mencatat rekod sebagai pertunjukan fesyen jalanan ‘solo’ terbesar di Malaysia. Pelaburan sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk produksi, pemasaran, dan rekabentuk, menjadikan pertunjukan ini satu pencapaian luar biasa dalam dunia fesyen tempatan.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman peminat fesyen, satu ‘Pop-up store’ di Starhill dari 9 hingga 16 Februari akan menawarkan akses eksklusif kepada koleksi edisi terhad. Selain itu, pertunjukan ini juga akan disiarkan secara langsunguntu disaksikan untuk tontonan umum.

_________________________________________________________

Ashraf Anuar: Dari RM50 ke Legasi Fesyen Beliau

Dari permulaan yang sederhana sehingga menjadi penerajupertunjukan fesyen ‘Streetwear’ terbesar di Malaysia, perjalanan Ashraf Anuar dalam industri ini dibentuk oleh ketekunan dan daya usaha. Pada usia 18 tahun, beliau mula menjual pakaian terpakai, menghabiskan masa berjam-jam memilih pakaian unik.

Dengan hanya RM50 di tangan, beliau mengambil risiko mencetak edisi pertama kemeja-T, yang habis terjual dalam beberapa hari. Detik ini menjadi titik tolak kepada lahirnya jenama SVG Worldwide. Dengan usaha gigih dan strategi penjenamaan yang kukuh, jenama ini kini berkembang menjadi syarikat bernilai jutaan ringgit. Hari ini, SVG Worldwide bernilai lebih RM5 juta, bukan sahaja sebagai jenama yang berjaya secara komersial tetapi juga sebagai ikon budaya fesyen jalanan.


Falsafah rekabentuk Ashraf berpusat pada gabungan‘Streetwear’ dan penceritaan. Setiap koleksi direka dengan teliti untuk menyampaikan naratif unik, menggabungkan elemen grafik yang rumit, ilusi tiga dimensi, dan tekstur ber-eksperimentasi. Ketekunan dalam inovasi dan konsep mendalam ini telah menjadikan SVG Worldwide jenama yang mendapat perhatian, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

_________________________________________________________

Fesyen sebagai Medium Perbincangan Tamadun dan Budaya

Selain ‘Aesthetic’, Ashraf Anuar melihat fesyen sebagai platform yang berkuasa untuk perbincangan budaya dan kesedaran sosial. Pertunjukan akan menampilkan persembahan istimewa oleh Faizal Tahir, sebagai penghormatan kepada Palestin, mencerminkan komitmen SVG Worldwide terhadap perjuangan melalui seni.

Penekanan terhadap mesej bermakna ini menunjukkan usaha Ashraf dalam menggabungkan fesyen dengan isu-isu global, menjadikan jenamanya lebih dari sekadar jenama.


Eksperimentasi ini terdahulu oleh beliau telah membuktikan pendekatannya yang berani dan inovatif. Dari mempersembahkan koleksi di trek perlumbaan sepanjang 800 meter di Petronas Sepang International Circuit hingga mencipta format pertunjukan fesyen yang unggul, beliau terus mencabar norma industri. Gabungan budaya motorsport, estetika kontemporari, dan fesyen mewah menjadikannya salah seorang pemikir kreatif paling dinamik di Malaysia.

_________________________________________________________

Masa Depan SVG Worldwide

Melalui "The Journey", Ashraf Anuar bukan sahaja mengukuhkan statusnya sebagai pempengaruh dalam industri fesyen Malaysia, tetapi juga menetapkan penanda aras baharu bagi jenama fesyen ‘Streetwear’.

Dengan menganjurkan pertunjukan fesyen terbesar ini, menampilkan 100 peragawan dan peragawati dengan pelaburan RM3 juta, Ashraf membuktikan bahawa jenama tempatan mampu menyaingi kuasa besar fesyen antarabangsa.

Pencapaian ini dijangka memberi inspirasi kepada pereka lain untuk menganjurkan pertunjukan fesyen berskala mega, sekaligus mengangkat industri fesyen Malaysia ke peringkat antarabangsa. SVG Worldwide bukan lagi sekadar jenama fesyen—ia adalah satu gerakan yang didorong oleh keaslian, inovasi, dan visi artistik yang tidak berkompromi.


Dengan menggabungkan ‘streetwear’ dan fesyen tertinggi, mencabar batas kreativiti melalui persembahan runway yang tidak konvensional, serta mengekalkan naratif sosial dan budaya yang kuat, SVG Worldwide muncul sebagai kuasa perintis dalam industri ini.

Ketika dunia fesyen menantikan perkembangan seterusnya, satu perkara pasti ini baru permulaan kepada transformasi global fesyen ‘streetwear’ oleh Ashraf Anuar.

Official venue: The Yard, Sentul Depot.

Thursday, February 6, 2025

Nikmati Kegembiraan Menjamu Selera Hidangan Sihat dan Enak Sepanjang Hari Bersama Alce Nero Pada Musim Perayaan dan Cuti Sekolah Ini

Hi Korang,

Cuti sekolah telah tiba dan tidak lama lagi, kemeriahan musim perayaan pula akan diraikan. Ini bermakna, sebagai ibu bapa yang sentiasa hands-on, kita perlu mencari cara untuk memenuhi masa dan memastikan mereka kenyang sepanjang hari. Alce Nero, jenama makanan organik terkemuka dari Itali, mempunyai rangkaian produk, resipi mesra kanak-kanak yang sihat dan enak serta panduan atau tips bagi memenuhi selera anda dan si kecil.


Bagi sesetengah ibu bapa, penyediaan hidangan organik yang lebih sihat untuk anak-anak dari sarapan sehingga makan malam adalah suatu yang menakutkan. Namun demikian, Alce Nero memudahkan usaha ini demi mewujudkan momen-momen indah bersama insan tersayang, seterusnya memulakan laluan pemakanan sihat bagi kanak-kanak.

Ini kerana Alce Nero telah dimulakan oleh pihak yang menghargai keluarga, petani organik dan pemproses yang komited sejak tahun 1978 untuk menghasilkan makanan terbaik daripada hasil agrikultur yang menghormati tanah dan kesuburannya. Selama lebih 40 tahun Alce Nero telah memilih penanaman secara organik dan mengambil berat tentang keseimbangan yang wujud di antara Bumi dan penghuninya dengan menghasilkan makanan yang direka demi kesejahteraan kedua-duanya.

Produk Alce Nero adalah lebih sihat kerana ia bermula daripada bahan mentah yang ditanam tanpa penggunaan bahan kimia sintetik, keupayaan agronomi berteknologi terkini serta teknik-teknik terbaharu yang melindungi dan mempertingkatkan ciri-ciri yang ada. Senarai ramuan juga sentiasa pendek dan memberi penekanan kepada elemen-elemen penting, di samping bebas daripada bahan awet dan tambahan.

Sebagai ibu bapa yang penyayang, marilah membuat keputusan yang lebih baik untuk anak-anak, diri dan Bumi dengan menambah produk organik dalam diet harian. Mudahkan peralihan dengan menambah pilihan organik dua hingga tiga kali seminggu sepanjang cuti persekolahan dan musim perayaan ini sebelum meningkatkan kekerapan sajian.

Mulakan diet yang lebih sihat dan mesra alam bersama produk organik Alce Nero™ termasuk pasta, sos pasta, cuka, minyak zaitun extra virgin, madu, jem dan sapuan. Kepelbagaian rangkaian produk ini pastinya akan meningkatkan kelazatan semulajadi, berkongsi kebaikan organik serta membuktikan manfaat kesihatannya dalam setiap hidangan.



Izinkan kami berkongsi beberapa tip untuk menambah kebaikan organik Alce Nero pada cuti sekolah dan musim perayaan ini, memaksimumkan keriangan dan peluang bagi si kecil anda untuk mempelajari dan merasai pengalaman menyediakan hidangan mereka bersama ibu atau ayah mereka!

Pump up the Jam ketika Sarapan


Jem Organik Campuran Beri Alce Nero (Alce Nero Organic Mixed Berries Jam) menggunakan pelbagai beri organik dari Itali. Ia disediakan tanpa tambahan pektin dengan warnanya yang semulajadi datang daripada buah-buahan yang digunakan. Memandangkan tiada kandungan pektin, tekstur jem ini lebih cair berbanding jem bukan organik biasa tetapi dengan rasa yang lebih menyerlah.

Benarkan si kecil untuk menyapu jem organik yang sihat dan lazat ini pada roti kegemaran mereka atau menambahnya ke dalam semangkuk oat panas mahupun yogurt bersama granola. Selain itu, tiada sempadan untuk menjadikan Jem Organik Campuran Beri Alce Nero ini sebagai sebahagian daripada penyediaan sajian pencuci mulut kegemaran anda.

Untuk meningkatkan lagi keriangan, pasangkan lagu-lagu tarian popular seperti Pump Up the Jam sambil menikmati Jem Organik Campuran Beri Alce Nero seperti Strawberi dan Pic!

Amore bersama Pasta Pada Tengah Hari dan Malam


Diperbuat daripada gandum durum, pasta Alce Nero™ kaya dengan asid folik, zat besi dan lutein serta kandungan protein dan serat yang tinggi, pada masa sama indeks glisemik rendah[1]. Ia menerima pensijilan organik, bebas pestisid dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan.

Kanak-kanak dan dewasa akan menggemari rasa dan penampilan rangkaian Tricolore Alce Nero yang mempunyai rasa semulajadi dengan warna oren kemerahan yang datang daripada tomato organik, hijau segar daripada bayam organik dan semulajadi daripada gandum durum. Pasta Tricolore Alce Nero boleh didapati dalam bentuk Spagetti, Fusilli berpintal dan Pasta Kanak-kanak yang comel.

Bagi hidangan pasta klasik, Spaghetti, Spaghettini (yang lebih nipis berbanding spagetti) dan Spaghetti Tricolore adalah sesuai, manakala Fusili atau Penne Alce Nero merupakan pilihan terbaik untuk salad pasta.

Bagi sajian pasta mudah dan segera bagi makan tengah hari dan malam untuk kanak-kanak, gandingkan pasta Alce Nero pilihan anda bersama Sos Pasta Organik Alce Nero bersama Daun Selasih, Sos Pasta Organik Alce Nero bersama Sayuran atau Sos Pasta Organik Alce Nero bersama Bawang dan Daun Selasih. Lengkapkan hidangan bersama protein kegemaran si kecil dan sajian salad segar bersama Cuka Balsamic Alce Nero. Hidangan enak dan menggembirakan yang mudah!

Snek dan Kudapan!


Kanak-kanak dan juga golongan dewasa kerap menikmati snek pada pertengahan pagi atau tengah haro. Jadikan ia santapan yang lebih sihat dan organik bersama minuman Cuka Epal Alce Nero (Alce Nero Apple Cider Vinegar) dan Madu Bunga Liar Organik Alce Nero (Alce Nero Organic Wildflower Honey). 


Bagi menambahkan lagi kesegaran, tambahkan kiub ais dan beberapa ranting daun rosemary. Kanak-kanak dan dewasa pasti akan menyukai minuman masam tetapi menyihatkan dan kelihatan mewah ini.

Selain itu, rakyat Malaysia tidak perlu was-was kerana produk Alce Nero™ telah menerima status Halal daripada badan-badan pensijilan yang diiktiraf JAKIM.

Ketersediaan


Produk Alce Nero™ turut boleh didapati di rangkaian AEON, Ben’s, Cold Storage, Giant, Jaya Grocer, Village Grocer, TF Value serta Ayam Brand Shopee Official Store (https://shopee.com.my/ayambrandofficialstore ) dan Ayam Brand Lazada Official Store.





[1] https://bebodywise.com/blog/durum-wheat/